Wednesday, September 03, 2008

Cerita tentang lapan...

Salam sahabat blog. Setelah beberapa hari menyepi, hari ni, pagi ni, ada sikit kesempatan untuk abah mengepekkan sesuatu yang lebih peribadi pada abah dan keluarga. Hari ni takde epekan tentang hidup, dan kehidupan.

31 Ogos, seperti biasa, hari yang ramai rakyat Malaysia akan ingat, dan pada abah dan ummi, selain hari Malaysia merdeka, 31 Ogos juga adalah hari kami merdeka. Merdeka dalam erti kata, bebas untuk hidup berpasangan lelaki dan perempuan. 31 Ogos 2000 tempohari adalah hari abah menjadi milik ummi, dan yang paling penting, Ummi jadi milik abah. Untuk dikasihi, untuk disayangi, untuk disentuh dibelai (ni part yg paling best, hahahaha), untuk diluahkan gundah hati, dan untuk berkongsi segalanya.

Dan tahun ini, genap 8 tahun masihi Ummi bergelar isteri abah, dan untuk tahun bertuah 2008 ini, Ummi juga bergelar ibu pada 2 buah hati kesayangan kami - Mu'izz dan Azim.

Dan posting hari ini (yang sepatutnya dibuat tanggal 31 Ogos lalu) adalah posting khusus untuk Ummi (seperti selalunya).

Terima kasih
- kerana menjadi isteri, ibu dan pendamping yang paling baik untuk abah dan anak2.

- kerana sangat memahami keadaan diri abah, yang masih banyak kekurangan.

- atas segala budi yang telah tercurah selama ini, demi memastikan abah dan anak2 hidup dalam keselesaan dan kasih sayang.

- juga kerana sangat bersusah payah menggadaikan nyawa melahirkan 2 zuriat untuk abah (nanti sorang lagi yek Ummi ;-).

Maaf
- kerana selama 8 tahun bersama, abah banyak melukakan hati ummi, secara sengaja atau tidak.

- kerana selama 8 tahun ini juga, ada keinginan Ummi yang tidak tertunaikan lagi oleh abah.

- juga kerana tahun 2008 ini, abah tidak ada sesuatu untuk meraikan hari istimewa kita ini. Tahun ini, hanya posting ini sahaja yang mampu abah zahirkan untuk Ummi.

Semoga
- Allah beri abah lebih lama lagi masa untuk memiliki Ummi.

- Allah limpahkan rahmat dan kasih sayang dalam diri Ummi untuk disedekahkan pada abah dan anak2.

- Ummi diberi kesihatan tubuh badan, kelapangan jiwa dan kelembutan perasaan, untuk terus menjaga kami.

- Dan banyak semoga lagi yang tidak mampu abah luahkan sepenuhnya (bimbang nanti membosankan rakan2 blog abah). Tapi abah pasti Ummi tahu selebihnya semoga itu.

Paling penting, kasih dan sayang abah pada Ummi tetap utuh dalam jiwa abah, walau dikeadaan mana sekalipun. Moga ia terus kekal subur dan mewangi dalam jiwa abah, insyaAllah.

Untuk rakan blog, selamat menyambut ibadah puasa tahun ini. Semoga Allah berikan kita kesenangan dari segi masa dan kewangan, juga kesihatan tubuh badan, untuk kita maksimumkan ibadah kita pada Allah SWT dalam bulan penuh kerahmatan, penuh keampunan, dan penuh kasih sayang Allah ini.

5 comments:

Anonymous said...

takleh nak komen sangat .. entri yg privacy rasanya tapi apa pun diucapkan selamat berbahagia buat abah dan ummi berdua di samping permata2 hati di sisi. elok sangat rasanya sambut anniversary dengan ramadhan yang penuh berkat ini. tahniah !

DrKong said...

happy anniversary ya Abah Muizz. Semoga berkekalan hendaknya.

Aki (kotakitam) said...

Ya.. semoga kekal ke akhir hayat.. boleh tahan romantis la abah nih...

arsaili said...

Tahniah

Abah Mui'zz said...

Jeff, Kengkaru, Fai, Ar

Terima kasih banyak-banyak. Doakan semoga jodoh abah dan ummi akan kekal selamanya, selagi Allah kata ianya membawa kebaikan pada diri kami dan manusia sekitarnya. insyaAllah.