Wednesday, September 24, 2008

Cerita tentang buka puasa...

Semalam abah terpaksa bercuti, kerana pengasuh Azim terpaksa ke hospital. Dan sebab bercuti itu sempat jugalah abah lakukan beberapa perkara, termasuklah memukul Muizz. Ya, itulah yang abah buat. Memukul bukan pukul yang biasa, tapi pukul yang membuatkan pengasuh Muizz menangis. Kata sesetengah orang, "Ini bukan pukul anak, ini nak membunuh anak."

Itulah pertama kalinya abah pukul Muizz dengan teruk, dan didepan pengasuhnya (yang abah rasa jentik Muizz pun tak pernah). Dan perbuatan brutal itu abah buat selepas abah tak tahu nak buat macamana lagi. Sejak kebelakangan ini, dia banyak betul menguji abah dan ummi. Abah boleh faham kalau orang kata, "Bebudak umur macam itu, biasalah. Akan selalu buat perangai." Tapi abah tak boleh nak akur dengan kenyataan itu.

Untuk abang (kalau ditakdirkan Allah abang panjang umur, dan baca epekan abah ni) abah sangat sedih dengan apa yang abah dah buat pada abang, dan abah juga sedih dengan perangai yang abang dah buat pada abah dan ummi. Abang sekarang ini suka ingkar kata-kata dan arahan abah dan ummi. Abah cuba untuk bersembang dengan abang baik2 selama ini, tapi abang terus-terusan buat perangai juga. Abang pergi main jauh2 tanpa bagitahu abah, abang tak nak balik rumah, abang nak tidur rumah nenek, abang tak nak pergi sekolah. Abang cari macam2 alasan untuk tidak buat apa yang abah suruh. Abang suka merajuk kalau abang tak dapat apa yang abang nak. Dan abah serta ummi dah banyak bersabar dengan karenah abang.

Sebenarnya sebelum abah pukul Muizz pagi semalam, abah dah pernah beberapa kali bagitahu Ummi akan niat abah itu. Kata Ummi, "Abah sembang la elok2 dengan dia dulu. Biar dia faham." Tapi sebab darah abah cepat sangat menyirap pagi semalam, maka abah dulukan pukulan daripada sembang dgn anak kesayangan abah itu. Selepas adegan pukul itu, barulah adegan sembang dan menjelaskan elok2 berlaku - tentang segala kelakuan Muizz yang begitu sesakkan fikiran abah. Dan sebab itu juga, Muizz ponteng sekolah petang semalam.

Ponteng sebab abah bawak dia ke 1 Utama. Untuk tonton Wall-E, yang sudah sekian lama dia mintak dgn abah nak tonton. Dan itu bukan hadiah sebab abah rasa bersalah pukul dia, tidak. Wall-E itu adalah sebagai memenuhi permintaan dia yang telah sekian lama diberitahu pada abah. Dan alhamdulillah, Muizz enjoy cerita Wall-E itu, abah lagilah kan, tak perlu cakap. Wall-E pada abah adalah sebuah animasi yang cukup menarik, samada dari segi artistik animasinya, ataupun dari segi jalan cerita. Balik dari 1 Utama, dah hampir waktu berbuka. Oleh kerana kebanyakan kedai dah penuh, maka semalam, untuk kali pertamanya, kami cuma berbuka dengan sundae McDonalds. :-) Hanya lepas Isyak baru kami betul2 berbuka puasa.

Hari Sabtu baru-baru ni, abah dan keluarga ke KLIA, untuk menghantar anak saudara Ummi yang paling tua ke UK. Ayong dapat peluang belajar ke Surrey, tajaan Petronas. Oleh kerana pukul 7 kami dah ada kat KLIA, dan menunggu hingga pukul 10.30 malam, maka kami berbuka puasa ramai2 di KLIA. Hahaha, itulah pertama kalinya abah berbuka puasa di KLIA. Nasib baik la kakak ipar abah tu sediakan makanan extra. Walaupun sekadar bihun goreng dan sambal tempe, tetap mengenyangkan. Mahu tak kenyang, lepas solat, pakat2 ke KFC pulak. Untuk Yong (seandainya Yong baca blog ini) - Belajar baik2 ditempat orang. Yong jaga diri baik2 juga. Semoga Yong akan dapat apa yang Yong impikan selama ini.

Inilah juadah berbuka puasa kami - bihun goreng, sambal tempe dan salmon panggang.

Ini budak kecik yang tumpang sibuk berbuka. Org makan bihun, dia nak bihun. Org makan salmon, dia makan salmon. :-)

Oklah dulu setakat ni, abah nak sambung kerja. Jumpa anda lagi insyaAllah, sebelum abah bercuti raya.

4 comments:

irman_rahs said...

man rasa memukul adalah pendidikan terbaik utk anak2...man yakin abah tak kan pukul klu tidak kerana sayang kan...itu yg sebaiknya, kerana kita takut klu nasi suda menjadi bubur, mereka akan menconteng arang ke muka kita..dan akhirnya...anakku sazali!

jeff said...

hmm .. jangan patah riuk sudah. kesempatan ini saya pohon ribuan ampun maaf pada abah. awal sikit ni sebab off internet lama gak nanti. selamat hari raya. nanti pagi raya bulehlah saling maaf maafan dengan muiz ya :P

Abah Mui'zz said...

Man, sebab abah sayang dia la abah pukul. Tapi abah akui juga, pukulan abah agak keterlaluan juga sebenarnya. :-) Dan abah tak nak Mu'izz jadi Sazali. Biarlah dia tetap Anakku Mu'izz.

Jeff, patah riok tu tak la, insyaAllah. Abah marah tak lama Jeff, paling lama pun 30 minit jer. Dan abah dah pun minta maaf dengan dia hari tu juga, sebab abah rasa agak over sikit pukul dia. Selamat hari raya juga buat Jeff dan keluarga. Maaf andai ada salah silap abah pada Jeff.

Balik Kelate nanti hati2 drive. Abah akan balik kelate raya ke-2 insyaAllah.

Sharifah Hassan said...

Salam,

Memahami jiwa anak sebesar itu memang menguji kesabaran kita sebagai ibu dan bapa.

Biasanya kenakalannya ialah sindrom putus kasih. Dia cuba mendapatkan perhatian secara "pemberontakan". Antara punca biasa ialah dia merasakan perhatian kita telah beralih kepada orang baru.

Mungkin juga dia merasa kehilangan kasih sayang yang selama ini miliknya.

Perhati-perhatikan bila dia mula melakukan perkara-perkara yang kita tak sukai berulang-kali. Itu signalnya bahawa dia merasa terbuang.

Biasalah jiwa halus, pendekatan juga kena halus...so halusilah tindakan kita.

Memukul tak salah sebab itu sentakan yang akan menyedarkan si anak dari perlakuannya. Cuma kita perlu faham kenapa ia berlaku.

Wassalam...sekadar berkongsi pengalaman!(menarik juga untuk dijadikan entri saya!!)

Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin!