Friday, September 05, 2008

Cerita tentang Ramadhan 1429...

Sudah hari ke-5 kita berpuasa, dan sudah 5 hari ini juga abah rasa ada sesuatu yang tak berapa kena - samada dengan diri abah, ataupun persekitaran. Dan ketidakkenaan perasaan itu berkait rapat dengan ibadah puasa yang kita dok amalkan sekarang ini.

Setakat ini abah rasa Ramadhan kali ini tidak seperti Ramadhan sebelumnya. Kalau sebelum ini, tiap kali Ramadhan, Pasar Ramadhan adalah tempat wajib yg mesti abah lawati hampir setiap petang. Tapi kali ini, belum sekali pun abah jejakkan kaki ke Pasar Ramadhan.

Nafsu bila tengok makanan juga tidak ada, malah nafsu makan juga entah kemana perginya. Jika sebelum ini, tiap2 hari puasa, ada saja makanan yang abah terasa nak makan. Tapi tahun ini, setakat ini, takde terlintas pun makanan apa abah teringin nak makan. Apa yang ada Ummi hidangkan, itulah yang abah bedal, tanpa banyak soal. Cuma semalam saja, rasanya nafsu makan abah puas sedikit, sebab Ummi masak tom yam koong, dan goreng ayam sedap.

Paling abah risau, keinginan untuk beribadat juga tidak seperti sebelumnya. Kalau dulu, abah seronok dengan Ramadhan. Nak bertarawih ramai2 disurau itu juga buat abah sentiasa teruja. Tapi tahun ini, selalu datang rasa malasnya nak bertarawih disurau. Bila bertarawih, rasa semangat macam hilang entah kemana. Pesan Ustaz Azmi waktu kuliah lepas Isyak malam tadi, ibadah ni kena dibuat dengan mendatangkan hati dan tubuhbadan. Kalau fizikal saja buat ibadah, hati tidak ada, tak jadi. Dan itulah yang abah jadi gerun, sebab abah tahu, waktu ini, kala ini, ramadhan ini, virus itulah yang menimpa. Sebelum2 ni ada juga, tapi tak seteruk tahun ini. Moga-moga Allah berikan rahmat dan kesungguhan dalam hati abah untuk lebih menikmati ramadhan kali ini.

Takut sangat bila mikirkan yang dosa2 abah telah berjaya mengaburi hati abah dalam menikmati nikmat ibadah, dan menghadirkan hati dalam setiap ibadah yang dibuat, hanya untuk Allah SWT. Banyaknya dosa.

Berkenaan persekitaran, juga abah rasa ada yang tak kena. Tentang sambutan orang ramai di PR, abah tak pasti, sebab abah belum pergi lagi kesana. Tapi bila baca paper, katanya PR kurang dapat sambutan, tidak seperti sebelumnya. Agaknya sebab kenaikan kos hidup. Orang ramai dah tak mampu nak berbelanja di PR lagi. Dan abah pun sama la kot rasanya.

Bercakap soal kenaikan kos hidup ni, nak cerita sikit tentang terkejut cipannya abah sewaktu shopping baju raya anak2 2 hari sebelum puasa hari tu.

Kalau dulu, beli baju untuk Muizz sorang saja. Tapi tahun ni, kena belikan juga untuk Azim. Untuk berlaku adil, masing2 dapat dalam 4 pasang. Abah agak takde la banyak sangat abis. Tapi bila dah punch harga, ya Allah, kopak duit abah RM550. Padahal semuanya baju sale, yang kononnya 50 - 70 % diskaunnya. Tapi 8 pasang baju anak pun dah 5 ratus lebih. Aduihhhhhh.

Macam mana la dengan orang yg ada anak ramai kan? Abah rasa depa tentu lagi teruk kena sediakan duit untuk belikan baju raya anak2. Baju mak ayah tak kisah la sangat, sebab mak ayah dah banyak kali beraya, tapi untuk anak2, kena la jugak sediakan, sebab time depa budak2 ni la, depa seronok berbaju baru time raya (cam abah dulu2 la kan!)

Balik pada ketidakkenaan perasaan abah tadi, abah perasan yang sekarang ni surau belakang rumah abah itu sudah tidak meriah dengan jemaah waktu tarawih. Abah tak tahu apa keadaannya malam pertama tarawih (sebab malam pertama, abah bertarawih disurau kat Paka), beberapa malam ni abah tengok jemaah tak ramai. Yang nampak bertambah ramai ialah golongan kanak2 sekolah (alhamdulillah), golongan mak2 ayah2 dah makin berkurang. Kalau tidak penuh surau tu sampai kebelakang. Kali ni, banyak saf kosong, terutamanya selepas habis 8 rakaat tarawih (dan abah salah seorang yang mengosongkan saf itu).

Tazkirah sebelum tarawih pun sudah tidak ada tokoh2 yang selalu dijemput oleh pihak surau. Mungkin depa banyak jemputan didaerah lain agaknya, atau mungkin tahun ni depa kurangkan sikit aktiviti berceramah disurau2. Mungkin. Tapi itu satu sebabnya abah rasa suasana tarawih di surau itu macam hambar saja. Ini mungkin perasaan abah saja kot. Abah tak tahu kalau orang lain tak rasa apa yang abah rasa.

Apapun, abah mintak2 sangat semoga Allah tidak memanggil abah pulang dalam ramadhan ini. Walaupun hati abah kadang2 hilang dalam ibadah abah, abah sangat2 bermohon dan berdoa, agar abah diberi peluang untuk menikmati ramadhan 1429 ini dengan seikhlas dan semanis yang boleh. Abah akan cuba, walaupun abah tahu kena paksa hati dan diri ini banyak2.

Abah doakan moga anda tidak mengalami apa yang abah alami. Semoga Ramadhan kali ini lebih memberi banyak makna dan kebahagiaan pada anda. Semoga dalam ramadhan kali ini, banyak kerahmatan, keampunan dan kasih sayang Allah akan tercurah buat anda. Dan semoga kita semua, dapat diketemukan Allah dengan Lailatul Qadar, insyaAllah.

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
Yang mengiringi...

4 comments:

irman_rahs said...

selamat berpuasa jg utk abah..
aritu man sms tapi tak masuk...
bab tak nak g surau tu man setuju dgn abah...jgn kan abah, man yg masi muda ni pun dah segan2 pegi surau padahal surau dpn mata je..man rasa suma berpunca dari hati kita sendiri...hati dah gelap jrg cuci dgn wudu' dan akhirnya kita yg menderita melawan nafsu sdri...sbb tu man byk sms time pose aritu, spya didoakan kita diberi kelapangan dan keteguhan utk beramal kerana Allah...

arsaili said...

salam abah..sihat hendaknya...semogalah saya pun dikuatkan iman dan terus kuat untuk menjadi manusia yg lebih baik..

jrff said...

izinkan saya yg tak sebaik mana ni berkongsi .. agama itu nasihat. addinu nasihah. salah satu cara nasihat dalam agama ialah minta nasihat org soleh. abahpegi lah jumpa ustaz di sana dan khabarkan padanya, abah minta sedikit nasihat (secara umum je lah). Insya Allah.

Abah Mui'zz said...

Man, handphone abah yang baru ini ada masalah sikit dengan sms. Betul kata Man, seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Di dalam diri manusia ada seketul daging, apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak, itulah dia hati.” Selamat berpuasa dan mengimarahkan ramadhan buat Man dan keluarga. Kalau balik berhari raya nanti, sampaikan salam dari abah sekeluarga buat mak ayah dan adik beradik Man. Entah bila kita akan ketemu lagi.

Ar, abah pun doakan yang sama, untuk kita semua. Selamat menunaikan ibadah puasa dan ibadah lainnya dibumi Oz itu.

Jeff, terima kasih banyak-banyak atas nasihat. Akan abah lakukan andai Allah mengizinkan. Sekarang ni, keadaan sudah jadi lebih baik untuk abah, dan semoga ia akan kekal baik, selama-lamanya insyaAllah. Selamat menunaikan ibadah2 khusus dan umum dibulan Ramadhan ini buat jeff dan keluarga. Raya ni kalau buat open house, jemput la abah. Boleh abah kenal jeff sekeluarga nanti, insyaAllah.