Monday, August 25, 2008

Cerita tentang erti cinta...

Heart shaking pictures of Love of a Bird...

The picture is telling the suffering of a poor bird shocked with his wife's fatal injury.

Here his wife is injured and the condition is very appalling


Here he brings her food and attend her with love and compassion


Brings her food but shocked with her death and try to move her


He is aware that his sweetheart is dead and will not come to him again he cries with adoring love


Stand beside her and scream saddened of her death


Finally aware that she would not return to him and she departed him, stand beside her body with sad and sorrow


Niezam emelkan abah emel burung diatas ni. Menyayat hati juga melihatnya, tapi ia bukanlah memeranjatkan. Kerana abah pernah saksikan perkara yang sama. Sewaktu abah ditingkatan 4, ada seekor anak lembu dirempuh kereta. Kerana orang ramai berkumpul (rakyat malaysia memang prihatin bila ada kemalangan kan), abah pun turut sama sertai mereka.

Alhamdulillah, pemandu kereta tidak cedera teruk. Tapi abah kasihan dengan ibu lembu itu, yang tidak lari jauh dari anaknya. Dia tidak lari kerana anaknya mati disitu juga. Abah tahu dia meraung (dalam bunyi lembu la kan) akan kehilangan anak kesayangannya. Iyalah, ibu mana yang tak sedih kehilangan anak, hatta seekor ibu binatang.

Abah rasa cukup sayu waktu itu. Sayu sebab abah boleh rasa kesedihan si ibu lembu itu, dan sayu sebab abah tidak mampu buat apa2. Orang ramai berpakat tanam bangkai anak lembu tersebut menggunakan bulldozer. Dan waktu senjanya, abah tengok, ibu lembu itu kembali lagi ketempat itu, sambil keluarkan bunyi yang sama. Abah luahkan perkara itu pada keluarga waktu kami makan malam, dan alhamdulillah, perasaan sayu abah dikongsi juga oleh kakak-kakak abah yang turut sama menyaksikan kejadian itu.

Besarnya kuasa Allah SWT. Pada binatang itu dijadikan banyak perkara yang boleh dipelajari manusia. Bahawa dalam diri haiwan itu, wujud rasa kasih yang cukup mendalam pada pasangan/anak depa. Dan rasa itulah yang perlu diikuti oleh manusia yang kadangkala tidak kasih pada pasangan/anak depa.

Dan abah sekarang ini, berusaha kuat untuk mengajar Muizz agar berlaku baik pada binatang. Kadang2 naik geram juga dengan budak2 yang suka menyepak2 kucing atau menganiaya binatang. Tapi nak disalahkan budak, tak boleh juga. Bukan kerana memang perangai budak macam itu, tapi abah rasa ibubapa yang tak pandai nak mengajar anak supaya kasih pada binatang. Bukan tidak pernah Muizz pijak anak ayam hingga mati. Tapi selepas ditegur, dan diberitahu, alhamdulillah, menjadi juga.

Eh, apa abah ni, elok2 bercerita ttg nilai kasih sayang dalam diri binatang, tetiba pulak merepek pada soal berlaku baik pada binatang. Ekekekke.

Maaf la ya, terlencong sikit. Abah tinggalkan anda disini. Nak siapkan kerja sikit. Hari ni abah balik lambat, sebab nak tunggu dinner syarikat malam ni di Hotel Legend, KL.

Untuk semua bekas pelajar abah yang konvo pada hari Sabtu, Ahad, dan hari ini - tahniah untuk anda semua. Semoga tidak akan lokek berkongsi ilmu dengan orang lain nanti, insyaAllah. Dan jangan berhenti belajar.

7 comments:

rizal said...

cerita pernah baca sebelum ni..

kalau tak silap sebelum ni pun ada cerita lebih kurang yang mana photographer tuu shoot kat tepi jalan raya ada kereta..

sedih memang sedih...

btw, semperna merdeka, you ve been tagged. Mari meramaikan senarai Malaysia bloggers sempena merdeka ni.. :)

Hope you join us. Check kat restnrileks yer.. Selamat Hari merdeka. :)

-LaDy rAzOr- said...

huhuhu....sedihnya cerita nie...
teringat perkara yang sama berlaku pada ayah saya yg terlanggar seekor beruk yang sedang mengendong anaknya...si ibu mati di tempat kejadian dan si anak berbuat bising(seolah2 meratapi)dan duduk di sebelah ibunya....kami sekeluarga menangis melihatkan kejadian di depan mata itu...

jeff said...

Maha Besar kuasa Mu, Allah ..

arsaili said...

salam abah..terusik melihat gambar dan cerita tersebut...tak melencong pun abah..berlaku baik dengan binatang kan juga proses dan nilai berkasih sayang...bak kata org..sedang kan bintang kita nak pukul tak sampai hati..ini kan manusia...moga kita menjadi manusia yg penuh dengan kasih dan sayang..selamat menyambut ramadhan..tersalah silap harap di maafkan ya abah..semoga kedatangan 'nya' kali ini membawa seribu makna

Superb GURU BaniHassim said...

Salam Abah.
berlaku baik dgn semua org, semua bende, mmg dituntut...
tanpa mengira apa ganjaran yang bakal kita perolehi..

eloklah Abah explain kat muizz ttg bende2 nih...elokla dier tau erti kasihkan semua bende... :)

Abah Mui'zz said...

Bro rizal, tentang tag tu, insyaAllah ada masa, abah akan laksanakan.

lady razor, kadang2 kasih sayang antara binatang tu nampak lagi kukuh dari kasih sayang sesama manusia. Terima kasih sudi singgah dan beri komen.

Jeff, itulah yang sebenar-benarnya. Salam ramadhan untuk jeff n keluarga.

Ar, selamat memaksimumkan ramadhan. Abah maafkan walaupun rasa abah tidak ada apa kesalahan ar pun pada abah, dan abah mohon maaf juga.

superb guru banihassim, Salam ukhuwah. Abah sangat setuju dengan apa yang dikata. Dan memang betul, diwaktu umur Mu'izz sebeginilah abah kena terangkan betul2 pada dia tentang banyak benda berkaitan hidup dan kehidupan, walaupun kekadang sukar juga nak menyusun ayat. Terima kasih sudi singgah dan beri komen. Jzzk.

Kengkaru Kong said...

Cukup sedih dan sadis cerita burung itu Abah Muizz, ditambah lagi dengan cerita anak lembu yang kena langgar.

Dah lumrah hidup. Kengkaru pun tak tahu nak buat apa. Hanya berserah