Wednesday, June 18, 2008

Cerita tentang panda...

Hari Jumaat itu hari, abah dan Muizz ke 1-Utama. Kalau diikutkan abah tak nak pergi sebab badan rasa macam tak berapa sihat, tapi sebab abah dah berjanji dengan Mu'izz nak bawa dia tengok Kung-fu Panda, maka kami pergi jugalah.

Alhamdulillah kami dapat tiket untuk tayangan 7.50 malam. Lepas solat Maghrib, abah dan Mu'izz beli popcorn kesukaan dia, dan juga sikit minuman. Dan tepat pukul 8, terpakulah mata kami dengan cerita itu.

Apa yang abah boleh kata, dalam rasa nak demam itupun, abah masih boleh ketawa mengekek-ngekek bila tengok filem animasi itu. Kung-fu Panda adalah sebuah animasi yang sangat menarik. Kecantikan animasinya tak perlu dipertikaikanlah, ditambah pula dengan jalan cerita yang buat kami tak henti2 ketawa atau tersenyum. Pendek kata, memang puashatilah belanja RM13 malam tu untuk tengok ceritanya.

Balik dari 1-Utama, memang abah demam terus. Lepas telan panadol, terus tidur. Oleh kerana tak sihat, hari minggu abah cuma habis dirumah saja. Dalam orang lain sambut Hari Bapa mungkin diluar rumah, abah cuma meraikan (rai ke?) dirumah. Tapi alhamdulillah juga Allah bagi sakit ni. Sebabnya? Ummi memang manjakan abah sungguh-sungguh. Ekekkeke, untungnya badan. Ummi tak bagi abah sentuh sikitpun kerja rumah. Dahlah tu, siap masakkan sup ketam spesel buat abah (sebab takut kena denggi masa tu!). Bila difikirkan layanan ummi macam itu, rasa macam nak kena demam je selalu. Ekekekke.

2-3 hari ini, abah pening kepala lagi. Pening memikirkan sikap pelajar2 abah yang rata-ratanya mak-mak dan ayah-ayah orang ini. Bukan tidak faham, tapi abah susah nak terima kenyataan bahawa ramai manusia lebih menghargai gred dan CGPA daripada menghargai ilmu. Tapi nantilah abah mengepek tentang ini. Abah nak siapkan kerja dulu.

Semoga anda semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT senantiasa, insyaAllah.

3 comments:

DrKong said...

Apa sudah baik pening kepala mu? Kengkaru belum lagi tengok Kungfu Panda tu. Dari review pemirsa memang mendapat sambutan yang menggalakkan. Berkaitan dengan siswa-tua Abah Muizz tu, memang dorang ni jenis pok-pok silap (asal dapat) dapatkan markah tinggi. Kita serupa dalam hal nie. Namun Abah Muizz lebih tinggi level berbanding Kengkaru...

Abah Mui'zz said...

kengkaru, alhamdulillah, pening kepala abah dah kurang sikit.

Abah sarankan kengkaru tonton Kungfu Panda tu, sekurang2nya dapat menghiburkan hati.

Hahaha, mana ada level kengkaru. Kita sama saja, pelajar kita saja yang berlainan level agaknya.

DrKong said...

Good Morning Sir! Haha...Kengkaru dah tgk si Panda besor tu. Memang melekat lah. Kung Pow pun kalah. haha.