Friday, June 27, 2008

Cerita tentang 'life'...

Seminggu tak mengepek, rasa macam sebulan lamanya. [Seminggu tak baca Quran, tak pulak rasa macam sebulan ya! Manusia..manusia.] Disebalik kesibukan kerja, rasa nak mengepek di blog tu tetap ada, cuma masa je tak beri ruang untuk abah duduk depan laptop, menaip segala benda yg ada dalam minda kebelakangan ini.

Banyak benda sebenarnya (eh, cam biasa dengar je ayat penyedap ni) nak diepekkan, tapi abah nak fokus pada satu benda saja hari ni. Yang mana berkaitan secara tidak langsung dengan kehidupan.

Petang rabu baru ni, ada seorang adik menegur abah diruang YM. Lama sungguh kami tak bersembang, walaupun selalu nampak dia online. Tapi sebab abah sibuk (alasan biasa la kan), dan dia juga agaknya, maka kami tidak tegur satu sama lain walaupun kami sama2 online.

Dan bila orang dah tegur, mesti ada perkara nak disembangkan. Secara ikhlasnya abah cakap, kalau orang tegur abah dulu di ruangan chat, abah tidak akan ada banyak idea untuk bersembang. Sekadar berbasa basi bertanya khabar dan menjawab persoalan sajalah yang mampu abah buat .

Tetapi bila abah yang tegur kawan2 dulu, maka akan adalah benda yang abah nak bualkan. Hehe, sebab itu abah tegur kawan2 di ruangan chat. Yang dah kenal abah semestinya dah tahu, kalau abah page, maksudnya ada benda la tu. Kalau nak saja2 tegur, payah sikit abah ni. Ekekkeke.

Berbalik pada sembangan abah dengan adik tadi, abah nak mengepek sikit tentang satu soalan yang sering ditanya bila:=
1. Kita dah tak tahu apa nak tanya/cakap.
2. Kita sememangnya nak tahu apa cerita dia.

Apa soalannya? Soalan yang abah maksudkan ialah: “How's life?” @ ”Apa citer?” @ “Camna skang?”. Ramai orang guna ayat yang berbeza-beza, tapi pati soalannya sama saja iaitu bertanyakan tentang kehidupan orang yang sedang ‘chat’ dengan kita.

Abah selalu juga bertanya soalan itu pada rakan2 chat. Kadang2 abah bertanya sebab alasan 1 diatas. Tetapi kebanyakan masanya, abah bertanya sebab alasan no 2.

Tidak kiralah apa alasan kita bila kita keluarkan soalan macam itu, jawapan yang akan diperolehi belum tentu menjawap apa yang ditanya.

Ada yang bercerita panjang lebar, dan ada juga yang sekadar beritahu sipi2. Ada juga (kebanyakannya) yang cuma cakap, “Life aku macam tu jugak ler. Macam biasa.” Apapun jawapan yang diberi, abah pasti org yang jawab itu ada sebab jawab macam itu.
1. Sebab malas nak bercerita panjang lebar ttg kisah hidupnya.
2. Dia nak rahsiakan apa yang berlaku dalam hidupnya (yang mana memang hak dia)
3. Dia rasa kita tak ikhlas pun tanya dia soalan tu.

Adik itu tanya juga soalan yang sama pada abah, dan jawapan abah juga jawapan skima yang abah beri hampir setiap masa, iaitu, “Hidup abah baik-baik saja. Tidak ada perkara menarik yang berlaku.”

Bukan nak berbohong, tapi sememangnya hidup abah baik2 saja. Sebabnya abah rasa setiap hari dalam hidup abah adalah hari2 yang cantik dan indah, walaupun kadangkala sesak nafas dan minda juga. Tapi kalau orang2 tertentu yang bertanyakan soalan itu, kadangkala, apa yang menyesakkan nafas dan minda abah itu, akan abah luahkan juga.

Abah juga bertanyakan dia soalan yang sama, “How’s life?”

Kata dia, “OK, tapi banyak benda yang berlaku.”

Abah tanya lagi, “Contohnya?”

Kata dia, “Entahlah abah, susah saya nak cakap.”

Dan abah seperti biasalah, bila tidak ada banyak masa dan mood untuk provoke orang lain supaya bercakap, maka jawapan abah “IC, kalau susah nak cakap tak apa la. Mungkin lain kali saja boleh cakap.”

Dan perbualan itu berakhir disitu saja.

Eh, apa abah merepek ni. Aduihhhhh, tak pasal2 merepek tentang benda ni. Dan tak pasal2 ceritakan tentang sikap abah. Ekekeke, takpe la kan, sekurang2nya rakan2 yg selalu chat dgn abah itu tahu tentang sikap abah bila bersembang di alam maya.

Oklah, abah undur diri dulu. Masih banyak urusan pejabat dan peribadi yang perlu diselesaikan. Minggu ini adalah antara minggu yang agak menyesakkan fizikal dan mental abah. Tapi dalam sesak2 itupun abah tetap bahagia, terutamanya waktu balik dari pejabat, bila melihat si kecik jantung hati abah yang sudah makin membesar itu.

Wajah riang Azim lah yang buat abah rasa hidup abah sangat bermakna tika ini, dan wajah riang itu jugalah yang kembalikan ingatan abah sewaktu si Muizz jadi si kecik abah hampir 7 tahun lalu. Sebabnya? Sebab wajah si kecik no 2 ini saling tak tumpah dengan wajah si kecik no 1 abah. InsyaAllah kalau ada kesempatan, abah cuba uploadkan sikit gambar terbaru Azim.

Semoga anda semua baik2 saja, dan sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT, insyaAllah. Selamat berhujung minggu buat anda semua.

Jaga diri anda dan keluarga baik-baik...

5 comments:

Anonymous said...

dari abah kepada abah,

nice blog. terasa keikhlasannya. :)

abahfateh
http://abahfateh.blogspot.com

Abah Mui'zz said...

Terima kasih kerana sudi singgah, dan terima kasih juga atas keikhlasan yang dirasai. Semoga abahfateh akan sentiasa dapat singgah dan berikan komen membina untuk abah muizz ini, insyaAllah.

arsaili said...

salam abah..apa kabar semoga sihat sokmo. Saya kat negeri abah sekarang ni..ehehehe

Anonymous said...

salam abah,
Am pun dah lama tak chat dgn abah kan. Selalu online tapi selalunya invisable sahaja, takut org tegur nanti tak layan dia kecik hati pula tapi kalau layan kang kerja pula tak menjadi hehehe

Abah Mui'zz said...

Salam Ar. Abah sihat alhamdulillah. Harap Ar pun sihat juga. Uiks, pergi Ganu ke? Honeymoon lagi ke bro? Abah gurau je Ar. Enjoy your trip bro.

Salam Am, nak buat camana Am, kita sama2 sibuk. Tapi abah tahu, sesibuk mana pun, Am tetap ingat kat abah, kan? Ekekekke. Tapi betul Am kata, nanti ditegur, kita tak layan sebab sibuk, kecik hati pulak. Tapi abah terpaksa visiblekan diri abah di YM tu, sebab ramai rakan sekerja dipejabat ni guna YM untuk berurusan dengan abah. Harap Am dan famili sihat sejahtera selalu, insyaAllah.