Wednesday, June 04, 2008

Cerita tentang 'anyway'...

Sewaktu dalam perjalanan balik ke kampung hari tu, kami singgah di Stesen Petronas Lebuhraya Karak. Berhenti untuk makan sebenarnya. Tapi bila masuk dalam stor depa, abah terpandang satu poster motivasi yang dijual kat situ. Abah tertarik dengan kata-kata pada poster tu. Untuk beli tu, abah tak la sampai tahap itu. Apa abah buat, abah keluarkan HP, abah snap gambar poster tersebut. Bukan nak capture gambarnya, tapi kata2 yang tercatat pada poster itu.

Dan tadi, abah cari di Internet, kata-kata itu sebenarnya kata-kata yang ditulis oleh Mother Teresa. Abah faham kalau ada orang kata, mana boleh pegang kata-kata orang macam itu. Tapi abah tak kisah sangat, sebab pada abah, bukan siapa yang berkata-kata, tapi apa yang dikatakannya. Kata-kata itu banyak beri abah bayangan jawapan pada persoalan yang seringkali bermain-main dalam minda abah, terutama sekali bila ia melibatkan urusan kerja dipejabat.

Anda bacalah kata-kata ini, dan ambillah yang baik daripadanya.

People are often unreasonable, irrational, and self-centered.
Forgive them anyway.


If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives.
Be kind anyway.


If you are successful, you will win some unfaithful friends and some genuine enemies.
Succeed anyway.


If you are honest and sincere people may deceive you.
Be honest and sincere anyway.


What you spend years creating, others could destroy overnight.
Create anyway.

If you find serenity and happiness, some may be jealous.
Be happy anyway.


The good you do today, will often be forgotten.
Do good anyway.


Give the best you have, and it will never be enough.
Give your best anyway.


In the final analysis, it is between you and God.
It was never between you and them anyway.

Semoga anda sihat sejahtera adanya, insyaAllah.

3 comments:

fairozee said...

Seperti kata abah tuh betul, tak kisah lah dari siapa nasihat yang baik itu datang.. janji intipatinya baik baik belaka dan dapat membuka mata dan minda kita kearah jalan yang harmoni dan diberkati Allah...

Am said...

Am pun setuju, bukan orang itu yang kita nak ikut tapi kata-kata yang memberi banyak pedoman dan menyedarkan yang kita nak ikut

Kalau difikirkan balik, banyak kata-kata bukan orang melayu/islam yang kita ikut dan popular sekarang.

rizal said...

thanks abah sebab share ni dalam blog abah..

rizal pun setuju jugak dengan pendapat abah.. mana yang baik boleh diikuti..

contoh, kalau cikgu kita berbangsa asing, tapi kata-katanya berbentuk nasihat dan ada benar, tiada salahnya.

:)