Thursday, June 05, 2008

Cerita tentang naik...

Baca tajuk tu, rasanya anda semua mesti boleh agak kan apa abah nak ngepek (ada orang kata lucah je bunyi 'ngepek' ni, betul ke?) ari nih. Apa lagi kalau bukan soal kenaikan minyak. Masakan tidak, RM2.70 seliter itu walaupun masih murah, tapi untuk abah dan keluarga abah, pastinya ia bawa banyak kesan keatas hidup kami. Kalau sewaktu RM1.92 seliter pun abah rasa sesak nafas, inikan pula 2.70. Macam nak kena asma terus rasanya. Ekekeke. Tapi nak buat macam mana kan, dah itu realitinya. Abah terpaksa terima, dan terpaksa juga meng'adjust' apa-apa yang patut, kerana perbelanjaan pastinya sudah bertambah kosnya, sedangkan pendapatan tetap ditakuk itu juga.

Nak dijadikan cerita, malam tadi, abah keluar nak beli roti untuk bekal Muizz dirumah pengasuhnya. Keluar je dari rumah, abah terus tersangkut dek deretan kereta yang bergerak sangat perlahan. Bila dah dekat sampai area kedai runcit, abah cuba la nak potong Q, tapi belum sempat belok ke arah kedai, tiba2 kena tahan oleh seseorang. Bila abah turunkan cermin tingkap, kata orang itu, "Bang, diaorang semua beratur bang. bertimbangrasalah sikit, jangan potong Q. Kita kan orang malaysia." Abah terkedu la sekejap. Memang betul kita orang Malaysia, dan kita perlu bertimbangrasa. Abah tanya dia balik, "Diaorang ni beratur nak gi mana?" Orang tu jawab lagi, "Nak beli minyak la bang." Aduhaiiiiii. Patut la jem giler (opssss, Muizz tak suka abah guna perkataan ni).

Dan abah cakap sajalah pada orang itu, "Saya bukan nak beli minyak, saya nak pergi kedai runcit tu nak beli roti. Dah panjang sangat Q, saya potong la." Aduhhhhhh. Tak pasal-pasal kena sekat, hanya kerana ramai sangat orang nak beli minyak malam tadi. Tapi kan, abah memang ada niat nak isi minyak pun lepas beli roti tu, tapi bila tgk Q nya panjang yang amat, abah batalkan saja niat tu.

Tutup bab minyak naik, ini nak cerita soal benda lain pulak naik. Semalam abah ada buat pemeriksaan kesihatan dipejabat abah. Dan hasilnya, semua benda naik semacam minyak naik. Antaranya:

1. Berat - naik kepada 72kg.
2. BMI - 26.7 (dah masuk kategori Obesiti 2)
3. Tekanan darah - 129/105 (slightly high)
4. Body fat - 23.6% (slightly high)
5. Visceral fat - 12% (slightly high)
dan seterusnya......., yang mana kebanyakannya naik.

Nasihat doktor, "Awak patut jaga pemakanan, dan mesti selalu bersenam. Sebab kalau ikut bacaan ni semua, awak ada potensi tinggi untuk dapat hipertensi, strok dan serangan jantung." Dan abah, telan air liur saja bila dengar nasihat itu.

Impian dan........Kenyataan

Aduihhhhhh, parah le macam ni. Lepas ni memang nak kena jaga makan betul2 la, walaupun susah. Dan nak kena bersenam juga. Abah kalau boleh tak nak la semua penyakit ada pada abah. Tapi itu la kan, kita manusia ni, nak semuanya dalam keadaan baik, padahal kita tak berusaha sangat pun nak pastikan semuanya dalam keadaan baik. Sebab kita beranggapan kita sihat(walaupun hakikatnya kita tahu kita tak la sihat mana) :-)

Oklah, abah berhenti sini dulu. Lusa nak ke PD, ada hari keluarga. Harap2 kat sana nanti, tekanan darah abah akan kembali normal la. Ekekeke.

p/s: Dalam banyak benda2 naik tu, ada satu je yang tak naik. Teka apa dia?

5 comments:

Anonymous said...

uik, 72?.
takpe bah, makan selagi hidup. berat naik pun, abah maintain macho lagi. ekeke.

p/s: ermm, tapi, baru ni mase dok merempit tu, still terase seperti below 60 lagi. :-)

makan untuk hidup. (err, ke hidup untuk makan??). ops*

Abang Long said...

Bagaimanakah agaknya kehidupan sebagai seorang penganggur dalam menghadapai KENAIKAN harga ?

Abah Mui'zz said...

Zem, tak kisah la makan untuk hidup atau hidup untuk makan, janji bila lapar, ada benda boleh dimakan.

abang long, abah tak pasti ttg itu, sebab setakat ini abah tidak pernah lalui kehidupan sebagai penganggur, alhamdulillah. Tapi secara logik akal, kalau orang yang bekerja pun terasa beban kenaikan harga ni, orang yg tidak ada sumber pendapatan tetap, pasti akan lebih terasa.

Restnrileks said...

hmmm memang semuanya naik abah.. memang terpaksa laa lepas niii adjust mengadjust...

:)

Anonymous said...

Tak lama lagi semua tambang naik, nak masuk toilet pun naik nanti hehehe

Ps: abah pergi Pd dimana ya, Am pun baru balik PD ni