Wednesday, July 02, 2008

Cerita tentang adab dan sahabat...

Seorang rakan SIM abah menghantar emel berkenaan adab-adab dalam bersahabat, dan abah nak kongsi panduan berguna ini dengan anda.

DI DALAM BERSAHABAT...

Apabila bersahabat, diri sendiri dan sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah : -

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

Komen abah - This is very much true. (uiks, omputeh lak ke abah?) Pernah ada pengalaman pahit tentang kenyataan ini, bukan sekali, tapi berkali2, cuma dengan orang yang berbeza. Pesan abah, kenali karekter sahabat itu dahulu sebelum bergurau senda.

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

Komen abah - Betul juga. Mengkritik boleh (dan sangat perlu), asal jangan terlebih kritik.

3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

Komen abah - Jika ditanya abah, abah suka andai sahabat2 bertanyakan hal peribadi berkaitan orang2 terdekat dengan abah. Tapi bertanya sajalah, jangan sampai tahap mengorek rahsia. Ekekeke. Sebab kalau abah ditanya dan abah cerita, maknanya sahabat itu boleh tahu, tapi kalau ditanya abah tak jawab, maknanya, abah tak nak sahabat tahu.

4 . Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

Komen abah - Betul juga, tapi tengok keadaan. Kadangkala perlu juga ditanya. Tapi dalam bersahabat, selalunya tak perlu tanya, sahabat itu akan sukarela bercerita tentang benda ini, kecuali dia rasa kita tidak perlu tahu.

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

Komen abah - ini juga sangat perlu, cuma sayang, tak ramai orang yang ada kebolehan ini termasuklah abah. Kadang2 bukan niat kita nak membocorkan rahsia, tapi ia berlaku tanpa kita sedar. Sebabnya - suka sangat bercakap, hingga terlepas cerita/rahsia ttg sahabat lain. Kalau anda terasa nak bercerita dengan abah perkara rahsia, sila ingatkan abah awal2 bahawa itu rahsia yang perlu disimpan.

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

Komen abah - sangat betul. Kita manusia tidak ada yang sempurna, walaupun itu yang kita harapkan selalu. terima kekurangan sahabat, kalau rasa boleh diperbetulkan, tegurlah dengan kaedah paling berhemah. Untuk kebaikan dia, dan juga kita.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

Komen abah - Bercakap sedap mulut ini kalau nak dikira, bukan untuk sahabat saja, tapi untuk semua orang. Tetapi kalau bijak menyesuaikan tutur kata dan emosi sahabat, abah pasti kita akan lebih dikasihi sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

Komen abah - Abah tak pasti tentang ini. Kadangkala abah perlukan juga teman2 memberitahu teman2 lain ttg sesuatu. Sebab kadang2 abah terlupa untuk beritahu secara peribadi. Pada abah, selagi berita yang diberitahu itu bukan rahsia peribadi, abah ok saja. Asal saja tidak ditokok tambah dan diubahsuai berita itu.

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

Komen abah - Abah dah komen dalam Cerita tentang hubungan.

10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

Komen abah - dalam mana-mana hubungan sekalipun, petua ini perlu diikuti.

1 1. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

Komen abah - sama dengan komen item 10 diatas.

12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Komen abah - jika ini yang berlaku, kita sebenarnya bukanlah bersahabat dengan sahabat itu. Kita cuma berkawan sahaja. Kerana dalam berkawan, benda2 ini boleh berlaku, tapi dalam bersahabat, it is a no-no.

Itu sajalah dulu kot untuk hari ini. Ada banyak kerja nak diselesaikan, kerana 2 hari lepas, abah dah luangkan masa hadiri persidangan di KLCC. Menarik persidangannya, sebab ada VC USM yang bentangkan kertas kerja.

Hujung minggu ini pula abah perlu ke Sungai Petani, kerana ada kerja sedikit di sana. Abah bawa famili sekali insyaAllah.

Minggu depan, untuk 4 hari lamanya, abah perlu hadiri persidangan lagi di Saujana Subang.

Aduihhh, makin banyak la kerja pejabat yang akan tergendala.

Selamat bekerja untuk anda, dan selamat berhujung minggu nanti. Kita jumpa lagi minggu depan insyaAllah. Anda doakan kesejahteraan abah sekeluarga, dan abah juga doakan yang sama untuk anda, insyaAllah.

p/s: Ummi ada minta abah muatturun lagu yang menarik perhatian ummi. Ini abah kongsi dengan anda juga lagunya. Mana tahu kot2 ada yang suka.

Nota untuk ummi - Andai apapun berlaku, jangan bersedih, dan jangan sekali-kali ditutup pintu hati itu untuk abah. Sebab abah tak tahu pintu mana lagi mampu abah ketuk untuk menagih kasih dan simpati.

3 comments:

Restnrileks said...

Salam Abah..

hmmmm artikel yang bagus untuk dijadikan panduan.

Kadang2 di dalam kita berkawan, terlupa pula adat-adat yang sepatutnya.

Selamat hari minggu ya..

Anonymous said...

Salam Abah,

Bagi Am bila berkawan, Am selalunya akan lihat apa yang kawan Am sensitif, takut macam cakap tak tahu pula itu isu sensitif herhehe

Ps: sedap ayat abah untuk Ummi tu, tentu sayu bila Ummi baca hehehe

Abah Mui'zz said...

Salam Rizal, memang seronok dapat berkongsi tips2 berguna macam ini. Cuma takut lepas 2,3 bulan, lupa plak tips2 yang dah pernah baca ni. Cam biasa la kan. Hehe.

Am, betul apa Am kata. Tapi kalau kawan yang over sensitif, abah undur diri awal2. Takut nanti banyak sangat konflik. Alhamdulillah setakat ni kawan2 tak berapa sensitif sgt.