Tuesday, January 29, 2008

Cerita tentang mencipta kasih...

Hari Ahad malam baru-baru ini, sewaktu abah sedang syok menonton CSI di AXN, tiba-tiba ada satu sms masuk ke hp abah.

Bunyi smsnya macam ini: "Cunlah ex-girlpren abah kat tv3 tu. Ahaks."

Mula-mula abah tak faham sangat apa maksud sms tu, tapi bila abah tukar siaran ke TV3, barulah abah faham. Rupanya malam itu ada siaran langsung Juara Lagu. Dan sebab dah tertukar channel itu, dan tiba2 ada pengumuman dari pengacara yang calon seterusnya ialah Bob, maka lekat jugalah abah didepan TV sekejap.

Melihat persembahan Bob (yang sememangnya abah kagum dgn kemerduan vokalnya), abah terlupa langsung cerita CSI yang abah sedang tengok. Ekekekeke, dan rasanya, malam itulah juga pertama kalinya abah dengar lagu Kasih Tercipta ini. Apa yang abah boleh komen....abah suka dengar Bob nyanyikan lagu tu.

Untuk yg tidak berkesempatan mendengar betapa merdunya Bob nyanyi malam tu, ini abah jumpa video di YouTube.



p/s: Untuk bro rizal, tag tu abah jawab nanti ya. Skrg ni tgh cari kamera digital abah (yang bang long hadiahkan satu ketika dulu). Abah lupa mana abah letak.

3 comments:

penghantar sms said...

ahaks!.

rizal said...

ahak.aahak..tak perr abah.. homework tuu lambat buat pun takper.. wahh siap cari digita kamera. Kamera hp pun boleh..jangan lambat2 yer..nanti tak terkejar assignment pulak..sebabnya nii nak bagi award sat lagi..hehehe..

rizal said...

hehe..abah.. you ve been given an award by me.. sweat sweat.. check out my site yaa..