Wednesday, January 16, 2008

Cerita tentang Rasul Allah...

Sudah lama benar tak post apa-apa. Nak kata sibuk, memang sibuk, tapi kalau nak diluangkan sikit masa untuk post, insyaAllah ada. Tapi tak juga buat. Haha. Bukan apa, kekeringan idea dan kata-kata kebelakangan ini untuk menulis sesuatu.

Apapun, untuk rakan2 yang setia mengunjungi blog abah (kalau ada lah kan), ini ada sedikit video dan audio berkaitan Nabi junjungan, Muhammad s.a.w.






Kebetulan, ada seorang adik beritahu abah tentang kewujudan video itu, dan dalam masa yang sama, abah dok mendengar album Rabbani bertajuk Maulana, dan tiba-tiba datang rasa sayu mendengarkan satu lagu ini.

Bukan kesayuan rasa yang ingin abah kongsi, tapi kesedaran, bahawa kita seringkali lupa akan kekasih Allah itu. Kesibukan kerja dan hidup buatkan kita lupa pada Baginda. Moga-moga apa yang abah kongsi ini mampu buatkan kita paling tidak ingat pada Rasulullah s.a.w. Baik dalam doa, dalam kesibukan tugas, dalam kekalutan hidup, dan dalam apa2 situasi sekalipun, insyaAllah. Bukan sekadar ingat, tapi ingat yang mampu menambahkan kecintaan kita pada Rasulullah s.a.w.

Semoga anda semua akan tetap dalam rahmat dan kasihsayang Allah SWT. Selamat tahun baru hijrah 1429. Semoga 1429 ini akan jadi tahun paling cemerlang buat kita, insyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

Selawat dan salam atas Baginda. "Akhlak Rasulullah itu adalah Al-Quran".

p/s: Sy lak suke dgr lagu "Rasulullah" oleh Hijjaz. Bile dgr lagu tu, scr tak langsung teringat kat arwah Nabi. sayup-sayup sayu.

http://www.youtube.com/watch?v=5rdrH2JVzI8

Al-fatihah buat arwah Nabi.