Tuesday, January 22, 2008

Cerita tentang kerja...

Hari ni nak mengepek sikit(hehe, kebelakangan ni rasa nak mengepek je kerjanya) tentang "betapa bosan dan muaknya berurusan dengan orang malas buat kerja.".

Uiks, panjangnya topik. Tapi itu yang betulnya. Kenapa tetiba je keluar topik ngepekan yang itu. Sebabnya malam tadi, abah call kakak abah dikampung, dan dia luahkan rasa hati dia yang sangat bosan berurusan dengan pejabat agama di Dungun. Kalau sebelum ini, dia kecewa dengan cara bekerja kakitangan Majlis Daerah Dungun, time ni, giliran kakitangan Pejabat Agama pulak yang buat hal.

Hari sabtu lepas pun, waktu berkunjung ke rumah sepupu ummi, dia meluahkan rasa yang sama juga. Betapa dia bosan, kecewa dan marah bila berurusan dengan jabatan2 kerajaan. Dan bila mendengarkan luahan sepupu itu, abah rasa memang sepatutnya dia kecewa. Kalau abah pun abah kecewa.

Sepupu abah ingin menukarkan tanah yang dia ada kepada lot2 berasingan, dan untuk itu, perlu berurusan di Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran dan juga JPS. Diketiga2 jabatan ini, nasib yang dialaminya sama. Berdepan dengan kakitangan yang malas bekerja. Bayangkan permohonan dibuat awal 2006. Bila ditanya pada pertengahan 2006 akan statusnya, kerani itu boleh jawab, "Sabar En. X. En. X punya permohonan baru je dibuat. Masih ada banyak lagi permohonan tahun 2005 yang masih belum diproses." Aduisss mak. Dia tahu ke apa dia cakap. Kalau dah tahu, kenapa tak buat cepat2. Entah2 orang yang memohon tahun 2005 itu ramai yang dah meninggal. Sampai sudah la mereka tak tahu apa cerita permohonan mereka.

Tapi nasib baik la sepupu abah yang mendengarnya, kalau abah, hahahaha, dah lama kerani tu kena sembur dgn abah. Abah pantang betul manusia yang buat kerja macam nak tak nak sahaja. Time boss ada, dialah manusia paling sibuk dalam dunia. Bila boss tak ada, buat kerja cuma sejam, yang lain, sibuk dengan urusan peribadi.

Sama macam kes sepupu abang berjanji untuk berjumpa dgn seorang kakitangan lain di Shah Alam. Janji pukul 3 (sebab hari jumaat), tapi 3.30 belum nampak batang hidung. Lama benar wiridnya. Ke dia pergi solat jumaat diMasjid Nabawi. Bila ditelefon, masih tgh makan diluar.

Aduhaiii, malangnya kerajaan dapat kakitangan sebegini. Kerja dibuat macam "bapak dia yang bayar gaji". Masuk kerja asyik dok tengok jam bila nak balik. Keluar makan, 2 jam tak cukup. Berurusan dgn orang ramai, seolah2 orang ramai itu datang minta sedekah dengan depa, etc.

Ikhlas cakap, abah kalau boleh dielakkan berurusan dgn pejabat2 kerajaan ni, memang abah akan elakkan. Tapi kalau terpaksa tu, kena la juga. Bukan semua macam itu, abah faham. Tapi masalahnya, RAMAI lagi macam itu. Kerja hanya kerana gaji semata2. Bukan kerja untuk kerja sangat pun. Selagi gaji masuk bulan2, selagi itulah dia anggap kerja itu macam makan angin. Bila dia rasa rajin, dia buat, bila dia rasa tak ada mood, dia tak buat.

Ini abah nak buat rayuan terbuka pada mana2 kakitangan kerajaan ataupun swasta, yang kerja sekadar nak memenuhi poket hujung bulan saja. Yang rasa dah malas berurusan dgn orang awam, yang rasa tak mampu nak penuhi hak2 orang awam, yang rasa "kalau nak cepat urusan, kena hulur duit bawah meja" - [tang ni percayalah cakap abah, semua orang malaysia tahu realiti ini], yang rasa dengan buat kerja cepat tu sekadar buat penat saja (sebab ganjaran gaji cuma ciput), yang rasa bersembang ttg politik dan peribadi lebih seronok didalam pejabat - abah minta mereka ni hantar la surat berhenti cara terhormat.

Kerajaan atau organisasi anda tidak akan rugi jika anda berhenti, malah beruntung sebenarnya. Dan gantikanlah orang2 ini dengan mereka yang bekerja kerana bekerja mencari rezeki halal untuk anak isteri. Gantikan dengan mereka yang bekerja memenuhi hak orang ramai [yang secara tidak langsung membayar gaji mereka]. Gantikan dengan mereka yang tidak suka buang masa sewaktu kerja. Gantikan dengan mereka yang bila tak ada boss pun, mereka buat kerja dengan sepenuh hati.

Susah ke nak cari orang2 bagus macam yg abah cakapkan itu? Tak susah. Ramai pun diluar sana yang bagus2, tapi tak dapat nak masuk kerja, sebab ada manusia2 selfish yang pemalas ini, yang tak sanggup nak hilang gaji bulan2, tapi sanggup bertanggungjawab depan Allah diakhirat kelak akan urusan kerjanya.

Alamak, apa abah tulis ni? Tak OK lagi la ni rasanya kot. Ahaks.

Selamat bercuti untuk mereka yang bercuti. Bercuti sebab kerajaan bagi cuti, bukan bercuti sebab sama2 nak meraikan Thaipusam ya!

p/s: Akibat terlebih sembur perfume hari ni, tak pasal2 abah jadi Ambi Pur bergerak. :-)

5 comments:

akupunyahal said...

bila semua malas kita pun jadi malas kan abah?

Jamal Abd Rahman said...

salam abah...

mungkin tak semua ktangan kerajaan begitu abah..maybe abah ada bad exerience dgn sebahagian jbtn kerajaan yg membuatkan abah berpendapat begitu...i dont blame u...tapi perkhidmatan kerajaan skrg dah jauh lebih baik jika dibandingkan dgn thn 70an dan 80an...byk improvement especially yg involve dgn public...

mmg ada segelintir yg hanya tunggu gaji pd tiap hujung bulan...tak semua begitu... saya tau sbb saya ada pengalaman yg agak lama dulu dlm kerajaaan ni...

my 2 cents.

Abah Mui'zz said...

Malim, betul tu. Takat malas ok lagi, naik marah tu yg tak tahan. Hehe.

UncleJ, abah setuju. Sebab itu dalam mana-mana epekan abah, abah tidak akan sekali-kali guna perkataan SEMUA. Tidak adil kalau abah generalisasikan sesuatu atas segala orang dan benda.

Perkhidmatan lebih baik, abah juga setuju, tapi JAUH lebih baik - abah masih sangsi. Tapi tak tahulah zaman dulu2, memang teruk tahap gaban perkhidmatan depa.

My 2 cents too.

Restnrileks said...

abah..

my 2 cents too.. hehe

abah tau kang mana Encik Rizal kerja. kekeke..

sori to say..tapi apa yang abah cakap tuuu memang betul. Betul memang bukan semua yang buat begitu tapi memang betul juga memang bukan semua juga yang rajin dan amanah 100&. So, akhirnya apa yang tinggal 50-50.. 40-60.. 60-40?

Memang nampak ada perubahan di sesetengah badan kerajaan dan masih juga nampak tiada perubahan. So, kalao dibandingkan dengan 70-80 memang la sudah baik, tapi kalo dibandingkan dengan saingan-saingan negara lain zaman sekarang (ye laa dah kata Malaysia ni negara maju, tebilang,gemilang,cemerlang,angkasawan), masih banyak lagi ruang ruang yang boleh diperbaiki.

Being incompetent and inefficient are two things that i cannot tolerate right now..

hahaha..tersampuk spray parfum ambi pur pulak.. kekek..tapi nii ambi pur tak tandas..

orait abah..hepi blogging

Abah Mui'zz said...

En. Rizal (cam panggil bos la pulak rasanya),

Abah tak tahu nak kata apa selain dari "Setuju" dengan apa yg rizal kata.

Hepi blogging to u too dear bro.