Tuesday, January 08, 2008

Cerita tentang idola...

Hari ni takde nak mengepek, cuma nak berkongsi rahsia. Uiks, rahsia apa tu? Takde rahsia apa pun, cuma nak bagitahu anda siapakah idola-idola abah sekarang ini. Sejak remaja dulu lagi pun sebenarnya memang abah ada idola abah sendiri, tapi kalau zaman sekolah dulu, idolanya tak lari dari watak2 superhero, kemudian beralih pada penyanyi2, dan sekarang, beralih pula pada individu2 yang abah rasa sangat positif pemikiran mereka tentang hidup dan kehidupan. Idola yang mampu mengubah tanggapan dan fikiran kita terhadap sesuatu. Dan yang paling penting, idola yang mampu menyentuh jiwa kemanusiaan abah - dengan kesedaran tentang kemanusiaan dan ketuhanan dalam diri mereka.

Inilah rahsianya. Dua individu yang sekarang ini abah hormati sebagai individu-individu yang mampu menjadi contoh pada abah.



Dalam klip video itu ada 4 individu, idola abah cuma 2. Prof. Dato' Dr. Dzulkifli Abd Razak yang sekarang ini adalah Naib Canselor USM dan Dr Sheikh Muszaphar Shukor - Angkasawan pertama negara.

Abah cuma kenal mereka dari kejauhan, namun itupun sudah cukup untuk abah. Kerana yang penting, bukan berjumpa mereka secara peribadi [walaupun ini yang abah harap2kan], tapi dapat mendengar dan membaca idea2 dan pendapat mereka tentang sesuatu. Dan dalam kes dua individu ini, abah seronok mendengar dan membaca pemikiran mereka tentang sains, tentang kemanusiaan, dan tentang kebesaran Allah.

Abah berhenti disini dulu. Masih banyak urusan kerja yang perlu diselesaikan. Jumpa lagi insyaAllah.

P/S: Pagi tadi terima emel yg ada gambar Siti Nurhaliza [dia ni adalah ex-idola abah juga] bertudung. Walaupun ada orang pertikaikan itukah makna bertudung pada Siti, tapi pada abah, Siti pegang kata-kata dia untuk bertudung selepas menunaikan ibadah haji. Dia tak kata nak tutup aurat, cuma nak bertudung. Sedikit ralat rasa, tapi moga2 satu ketika nanti, dia akan menutup aurat, bukan sekadar bertudung kepala sahaja.

5 comments:

Anonymous said...

Sy pun kagum dgn VC sy (USM) hehe. Antara 1 sikap dia yg sy cukup respek; dia tak memiliki telefon bimbit. Sbb dia tak mau staff2 dia terlalu bergantung pada dia dlm membuat sesuatu keputusan. Dia selalu tekankan student2 supaya "Think out of the box".

p/s: Abah boleh jek kalo nak jumpe VC tu secara dekat. Cepat-cepatla register jd student Ph.D, ya! ekeke. Yg Dr. Sheikh tu, dia akan buat tour seluruh IPTA/IPTS bermula dgn USM.. so, just watch-out le kot2 dia akan terjah ke U abah..

ok, dah settle. ....jom lunch!.

Amran Abd Samad said...

Abahnye...
Thanks sebab guna link video saya.

Mangasyikkan!

Abah Mui'zz said...

Muzem, terima kasih sebab bagi hint. Hahaha, insyaAllah. Ekeke, insyaAllah orang Arab tuh!

papamikael, terima kasih juga kerana upload video tu kat youtube. Kalau tak, takde le abah nak 'ikuti' sesi angkasawan di USM.

~comei~ said...

:)

lama tak jenguk blog abah...

Anonymous said...

VC saya jugak Prof Dato' Dr. Dzul tu. mmg saya salute dia atas idea bernas beliau memartabatkan USM.