Thursday, July 05, 2007

Cerita tentang perancangan dan takdir...



Semalam adalah hari yang buat abah frust sungguh. Hehehehe, bukan frust apa sangat pun.

Kisahnya macam ini. abah dah beli tiket wayang untuk tengok Transformers, selepas Muizz asyik dok ajak tengok, dan sememangnya abah sentiasa teruja dengan cerita macam itu. Dalam abah dok berangan dapat tengok cerita tu, apatah lagi pagi semalam, kawan baik abah dok provoke abah supaya tengok kerana menurutnya, cerita tu memang hebat, dan pasti abah akan suka - akhirnya memang betul apa kata orang, manusia hanya merancang, Allah juga yang menentukan.

Hasilnya, abah tidak tengok cerita tu semalam. Kenapa? Sebabnya, abah berlegar2 cari tempat parking, naik turun level, pusing sana sini, tapi dah Allah kata tidak ada rezeki kami, maka dengan berat hati, abah terpaksa juga keluar dari bangunan 1 Utama itu untuk balik. Haha, waktu itu, rasanya abah sangat frust, ekeke, kalau boleh diukur, lagi frust dari putus cinta. Haha, pernah putus cinta ke abah???

Bukan abah saja yang kecewa, anak jantan abah pun turut sama kecewa. Abah tahu dia nak sangat tengok cerita tu. kalaulah dia tahu yang abahnya pun terlebih2 lagilah nak sangat tengok, hehe, pasti dia akan ketawa besar.

Tapi tak apalah, ada sebab Allah kata tidak boleh tengok malam tadi. InsyaAllah, kalau ada masa lapang lagi, abah akan bawa juga Muizz dan Ummi tonton cerita tu sebelum ia dikeluarkan dari senarai tayangan dipawagam nanti.

Tetapi, dalam kecewa2 itupun, abah sebenarnya sangat bahagia skrg ini. Sejenis rasa bahagia yang sudah lama abah tidak kecapi. Alhamdulillah, syukur pada Allah.



2 comments:

Anonymous said...

Abah, bunyi bahgia tu macam muizz nak dapat adik sahaja hehehe, betul ker?

Abah Mui'zz said...

Am, hehe, abah takleh nak cerita apa2 lagi, sebab ada beberapa perkara yang perlu dipastikan, sebelum abah beritahu. Apapun, mohon doa kawan2 supaya hidup abah dan keluarga akan senantiasa dirahmati dan dilindungi Allah.