Semalam Ummi tanya abah, "Abang dah tengok iklan raya PETRONAS?". Abah kata abah dah tengok. Ummi tanya lagi, "Abang tak rasa apa-apa ke?". Abah kata "Tak." Dan abah malaslah nak tulis apa komen Ummi seterusnya.
Tapi bukan itu yang abah nak sentuh. Abah nak sentuh tentang kisah dalam iklan tu. Kalau anda belum tengok lagi, boleh tengok kat sini:
Iklan tu bagus. Tapi bagus kalau kita lihat betul2. Lihat dari semua segi. Bukan sekadar lihat dan rasa sedih. Abah yakin ramai yang rasa sedih. Mahu tak sedih, tengokkan nasib seorang ayah tua. Tapi bukan mesej kesedihan yang cuba disampaikan pada kita, lebih dari itu.
Abah tahu itu antara kisah yang memang realitinya berlaku. KIta takleh kata itu cuma rekaan syarikat iklan. Realitinya sekarang memang macam itu, cuma kisahnya mungkin sikit berbeza, tapi patinya tetap sama. Cerita tentang keadaan diri kita bila dah tua. Tentang anak-anak kita bila kita dah tua.
Memang semua orang tak mahu lalui hidup tua semacam itu, tapi kita tak boleh jamin kita tak akan jadi macam itu. Kalau Allah nak duga, mungkin diujinya kita macam itu.
Kalau anda dah tua, tak boleh nak betulkan banyak benda lagi la kan. Tapi kalau anda muda lagi, dan anak2 masih boleh dibentuk lagi, abah rasa ambillah pengajaran dari iklan itu. Jangan ditonton sekadar iklan raya saja.
Fikirkan sikit diluar dari iklan itu. Letakkan diri kita sebagai ayah tua itu. Letakkan diri kita sebagai anak perempuannya. Letakkan diri kita sebagai menantu lelakinya. Letakkan diri kita sebagai dua anak kecil itu. Letakkan, dan fikirkan.
Abah yakin banyak yang boleh dipelajari dari iklan beberapa minit itu. Dan satu perkara penting yang abah pelajari dari situ - Bila dah tua, jangan lupa pakai lampin. Hehehe, lawak saja!
Bukan iklan Petronas itu saja yang boleh ditonton dan dipelajari sesuatu, abah rasa cerita Seputeh Qaseh Ramadhan kat TV3 tu pun banyak mesej yang ingin disampaikan pada kita. Mesej yang betapa dalam masyarakat kita, banyak sangat kepincangannya. Dan semoga dengan watak-watak dan kisah yang dipaparkan, kita boleh fikirkan sesuatu dan usahakan sesuatu agar drama hidup kita satu ketika nanti, bukan drama pincang seperti yang ditayangkan itu, insyaAllah.
Kalau anda boleh memikirkan sesuatu dan pelajari sesuatu, alhamdulillah. Moga kita sama-sama akan jadi hamba Allah yang lebih baik dalam kehidupan seharian kita, insyaAllah.
Jumpa lagi lepas raya, insyaAllah.

5 comments:
Hm setuju la abah..apa yg petronas buat tu adalah realiti yg mau menyedarkan org lain..Arwah mak & ayah saya selalu pesan, klu kita buat baik pada anak2 InsyaAllah anak2 akan sayangkan kita juga..dan x semestinya ibu bapa yg terabai itu x menyayangi anak2..mungkin itu adalah ujian..syukurlah klu kita diberi dan mendapat kasih sayang yg sepenuhnya..baik buruk sesuatu kejadian ada hikma yg perlu kita singkap..semoga Muizz menjadi anak yang baik...doa salam sejahtera untuk semua ibu bapa kita..semoga semuanya diberkati..hormati dan sayangi ibu bapa, InsyaAllah hidup akan diberkati..Amin
putaran kehidupan begitulah hakikinya bayi, kanak2, remaja, belia, dewasa, tua...kita semua akan menuju kearah itu... bang long rasa jikalau umur dipanjangkan & berkeadaan sedemikian bang long reda ke old folk home dari pada menyusahkan anak2 menantu... bunyi sedih tapi itulah kenyataan yg perlu kita hadapi di zaman serba canggih ini...pasal tu petronas buat iklan tuh...bukan utk menyedarkan anak2 tetapi lebih utk menyedarkan golongan tua supaya bersedia utk di 'pinggir'kan.
bang long, anak masa kecik sampai besar pun boleh tahan juga menyusahkan. Menangis, buang air merata, makan kena suap etc. Tapi mak ayah takde pulak gi hantar anak tu ke rumah kebajikan masyarakat. Dibasuh berak, disuap makan, dihantar sekolah juga. Sebab - sayangkan anak.
Anak bila dah besar, takde pulak nak jaga mak ayah[sesetengahnya la kan]. Sebabnya - dah ada sayang lain dan mak ayah menyusahkan. Kasih sayang mak ayah dah tak perlu. Dan mungkin sebab kasih sayang pengorbanan mak ayah boleh beli kat supermarket, 20 sen satu. Agaknya.
menangis saya tgk iklan tu, anyway, selamat hari raya aidilfitri buat abah, ummmi and muiz
iklan tu adaptasi dari cerita pendek / cerita nasihat. mmg bagus diorg dpt visualkan.. mesej lebih sampai.
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat abah, ummi dan muizz
Post a Comment