Monday, October 16, 2006

Cerita tentang pening...

Dari pagi tadi abah dok buka blog ni, dan dari pagi tadi juga dok memikir apa la yang abah nak mengepek. Dan bila dok kalut dengan kerja, abah terlupa langsung tentang blog. Dan nak pukul 1 ni, baru teringat balik yang abah ada benda nak mengepek.

Bukan benda penting sangat pun, cuma nak ceritakan betapa abah pening. Bukan pening betul2, tapi pening kiasan. Pening tentang apa, pening tentang kita. Tentang orang kita, Melayu Islam. Ler, kenapa lak nak pening, ada masalah apa? Takdelah masalah apa, cuma bila abah dok baca akhbar dan emel2 yang semakin hari semakin banyak dok bercerita tentang kita, sedikit sebanyak buat abah pening. Macam-macam isu.

Kadang2 abah fikir, kenapa makin hari makin pelik jadinya perkara2 dalam hidup. Ada yang makin bagus, ada yang makin menyesakkan dada dan minda. Isu Mawi dengan kenyataan yang dianggap 'sinis' oleh sesetengah pihak, hingga jadi satu perdebatan antara mereka yang terasa dengan mereka yang rasa depa sokong Mawi. Harap2 orang yang menyokong apa yg Mawi kata tu bukan sebab Mawi yang cakap, sudah ler. Yun pun suruh abah komen tentang isu ni, tapi abah takde la nak komen banyak. Pada abah, kalau nak diceritakan tentang aurat dan hukum bersentuhan lelaki perempuan bukan Muhrim, majoriti orang Islam Melayu Malaysia tahu akan apa hukumnya, walaupun ramai yang buat2 tak tahu atau memilih untuk malas nak ambik tahu tentang hukum itu. Bila Mawi keluarkan isu itu, ia seolah2 jadi benda besar semula, dan kerana Mawi yang keluarkan, perdebatan yg ada diakhbar tu kelihatan lebih pada Mawi kata, bukan kerana berdebat sebab nak terangkan hukum.

Abah bukan peminat Mawi, juga bukan peminat siapa-siapa. Tapi kalau bab aurat dan setuhan bukan muhrim pun jadi isu besar orang2 Melayu Islam sendiri, maka abah sepatutnya rasa pening. Bukan orang Buddha dan Hindu atau Kristian pun yang bising bab2 'dalam filem, takleh bersentuh lelaki perempuan bukan muhrim'. Yang kecohnya orang kita jugalah. Nak kecoh apanya, benda dah tetap, hukum dah ada. Apa nak jadi?? orang Islam sendiri perkecohkan tentang hukum agama sendiri???

Itu belum masuk isu 'haram'nya menyokong perayaan bangsa lain yang berkaitan agama mereka. Ini pun kecoh juga, tapi yang bagusnya sikit, sebab bangsa lain pun ikut sama kecoh. Bagus jugalah, sebab dengan kecoh macam itu, kita ada peluang terangkan pada yang bukan Islam akan hukumnya. Cuma yang buat abah pening, orang Islam sendiri lak kecoh lebih2, seolah2 mereka dan mak ayah mereka yang beraya Deepavali tuh. Bila Mufti Perak kata haram, maka banyak la pandangan dari rakyat marhaen beragama Islam ni yang kata macam2 tentang fatwa tersebut.

Ada yang sampai pertikaikan kenapa haram? Astaghfirullahaladzim, pening, memang pening.

Tapi satu benda yang berjaya ditunjuk oleh isu2 yang buat abah pening ni: RAMAI sangat rakyat Malaysia beragama Islam, terutamanya Melayu, yang masih tidak terdidik sepenuhnya untuk memikirkan dan berbincang tentang sesuatu perkara secara baik. Ramai yang jenis main cakap ikut kepala sendiri, dicampur dengan ramai yang tak tahu berlagak tahu. Dan jadi pening sangat, bila ada yang bercakap sesuatu yang dia sendiri tak berapa nak faham.

Apa nak jadi??? Aduih, pening..pening.

Harap2nya kita semua ni rajin2lah didik orang2 disekitar kita, supaya generasi muda yang akan ganti tempat kita nanti takkan terus2an pening macam kita pening, atau lebih takut lagi, depa yang jadi kepala yang memeningkan orang lain pulak.

4 comments:

Anonymous said...

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Wahai saudara2 seIslamku, takutlah kepada musibah dari Allah jika kita menafikan hukum Allah.

Anonymous said...

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Wahai saudara2 seIslamku, takutlah kepada musibah dari Allah jika kita menafikan hukum Allah.

Anonymous said...

Abahmuizz, bang long sarankan jgn pening2kan kepala tu selalu tau, nanti yg untung ialah kompeni yg buat panadol jerk...masalah ni takkan berakhir tambahan di akhir2 zaman ini, lepas satu satu perkara yg menjengkelkan berlaku...seperti kata abahmuizz, org Islam sendiri yg memperlekehkan hukum Islam itu sendiri, so how??

Arab Saudi yg menjadi tonggak Ugama Islam ( so to speak )pun duduk diam jerk bila umat Islam di sekitar mereka di bom dan di bunuh...kita pun bukanlah nak duduk diam saja tapi apakan daya kalau sekadar angkat sepanduk dan berdoa beramai2 tu bolehlah.

Memang kita selalu hendak yg paling ideal spt kata dua "punjangga" di atas...takutlah kepada musibah dari Allah jika kita menafikan hukum Allah...selalunya lumrah manusia ni sejak azali sudah terhantuk baru nak tengadah ( betul ke pun )selagi belum ditimpa musibah selagi tu mereka buat derk je...( orang lain yg kene bukan aku attitude )

Anonymous said...

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

bang long & abah mui'zz
benarlah apa yang bang long tulis tu. masa zaman ana sekolah sahabat-sahabat ana panggil ana "pujangga pincang" sebab ana suka membaca sajak, menulis sajak, menulis cerpen dsb. sekarang nih ana tak tahu mana pergi minat ana tuh. mungkin dulu ana terpengaruh dengan novel2 pak hamka dan sajak2 usman awang.
Ana nak kongsi sikit kisah sahabat ana yang inkar dengan perintah Allah. pada mula perniagaan beliau sangat berjaya. Alhamdulillah, ana tumpang gembira. Tapi mungkin Allah tak reda, panas tak kesampaian ke petang. Ana doakan perniagaan barunya akan berjaya dan dia pun telah kembali kepangkal jalan. Alhamdulillah.