Wednesday, October 18, 2006

Cerita tentang riak...

Abah nak cerita sikit tentang apa kisah tazkirah semalam.

Kalau malam sebelum tu, abah takleh nak tahan gelak, sampai mengekek-ngekek dalam surau, malam tadi, abah jadi takut sikit.

Takut bukan sebab ustaz tu serius, tapi takut dengan apa yg diingatkan.

Topik semalam simple je, tapi mampu buat abah rasa takut sangat. Apa topiknya - rasa riak.

Anda semua pun tahu kan apa makna riak tu. Senang sangat nak sebut, dan sesenang itulah juga hati kita nak rasa. Abah tak cakap orang lain, abah cakap ttg diri abah sendiri.

Untuk kebanyakan orang, abah rasa kita ni bukan nak rasa riak apa pun. Bila kita buat sesuatu memang niat kita ikhlas kerana Allah. Tapi bila sampai time buat tu, atau bila orang lain dok sebut2 apa kita buat, mulalah syaitan dok cucuk dalam hati. Mulalah rasa bangga sikit, walaupun mulut kata tak.

"Uih, bagus la hang nih derma utk anak2 yatim". "Hang ni aku tengok, rajin betul pergi surau, bagus la". "Ko ni Mat, memang rajin betul kerja aku tengok, selalu stayback. Kerja selalu excellent." Memang betul kadang apa yg dikata itu kenyataan yang takde orang nak sangkal pun, dan kawan2 kita cakap ikhlas pun. Cuma kitalah, bila dengar macam itu. Memang mulut kita kata, "alah, takde apalah, biasalah camtu". Tapi hati kita kadang2 takleh nak larang, takleh nak tegah dari rasa bangga juga walau sedikit.

Kena lagi teruk, orang lain tak cakap apapun, tapi kita sendiri yang terdetik dalam hati. Rasa bangga dengan apa yang kita ada, atau kita buat.

Susah sebenarnya nak jinakkan hati dari sifat macam ini. Kalau kesalahan dan dosa2 yang jelas nampak dimata, senang sikit. Kalau salah perbuatan, salah cakap, kawan2 boleh tegur. Tapi kalau tersilap rasa bangga, rasa riak, apatah lagi rasa ujub, memang sangat susah. Sebab orang tak nampak.

Abah tak tahu anda semua macammana. Tapi kalau ikut kata ustaz semalam(lupa la pulak namanya), orang yang riak, buat la apa pun, Allah akan tetap lemparkan kedalam neraka nanti. Ya Allah, takut sangat bila dengar ustaz cakap macam itu. Demi Allah, abah rasa hati abah ni pun jenis senang betul terdetik unsur2 riak ni. Dan setiap ketika itu jugalah abah rasa sangat takut dengan Allah.

Moga-moga Allah jauhkan hati kita semua dari terdetik perasaan macam itu. Dan kalau terdetik juga, cepat2lah kita mohon keampunan Allah.

Abah, Ummi dan Muizz nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Meraikan Idulfitri pada kawan-kawan abah semua. Mohon maaf andai ada terkasar bahasa, terlanjur kata, tersilap bicara, atau mungkin terlebih senda. Abah doakan moga Idulfitri kali ini benar2 dapat mengembalikan kita pada fitrah kejadian kita yang asal - fitrah seorang hamba yang sangat mencintai Penciptanya.

Pada yang akan melangsungkan perkahwinan lepas raya ni, tahniah abah ucapkan. InsyaAllah kalau takde aral, abah akan sampai juga kekenduri nanti.

Pada yg memandu, hati-hati bawa kenderaan. Dan ini, abah nak kongsi satu lagu yang memang jadi lagu wajib tiap kali abah memandu waktu nak balik raya. Jadi syok semacam kalau dengar lagu ni waktu balik raya. Hehe.




Ini juga satu lagu raya untuk kawan2 semua.




Salam idulfitri 1427H.

2 comments:

Anonymous said...

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Abah Mui'zz
Terima kasih kerana Abah mengingatkan ana & sahabat sekelian mengenai riak.Ana pun selalu juga ada perasaan "perasan" .. Astagfirullahal Azimm.Rasanya biarlah orang mengutuk kita, dapat kita sikit pahala, daripada orang memuji, dapat pula dosa kalau riak. Allahu'Allam. Mudah-mudahan Allah lembutkan hati kita supaya sentiasa beristigfar dan bertasbih. Segala yang indah dan baik2 datang dari Allah dan yang buruk adalah dari kita sendiri.

Anonymous said...

Abahmuizz, selama lebih kurang 10 bulan bang long 'kesaorangan'di perantauan, again so to speak, hampir kesemua pages akhbar bang long baca termasuk segala kisah2/ articles agama didalamnya dan termasuklah bab riak tu jagak. Memang perasaan riak tu menakutkan tetapi itulah yg paling sukar dihindarkan...
satu contoh yg paling simple, kekadang ingat nak guna keta kancil jerk sebab bila dihighway bila keta kancil potong keta bang long mulalah bang long kata, eik keta cc kecik nak potong keta aku...cepat2 bang long beristigfar, moga Allah ampunkan dosa bang long tu...pasal riak agaknya dah kumpul 4 saman la plak...belanja anak yatim makan pun dapat pahala.