Tuesday, June 16, 2009

Cerita tentang Bacathon...

Salam sahabat, semoga semuanya sihat ceria hari ini.

Sekadar nak bercerita tentang diri dan kehidupan abah. Tidak ada apa yang menarik.

Pagi ni dapat sms dari seorang sahabat, "Wah, masuk Utusan la ko ari nih." Haha, nanti balik petang ni nak kena beli Utusan Malaysia la nampaknya, nak tgk gak apa berita yg keluar.

Esok, abah akan bercuti sebab nak bawak Muizz ke Hospital Sg Buloh untuk MRI. Abah dan Ummi sangat2 berharap semoga hasil MRI akan tunjukkan bahawa Muizz tidak ada apa2 yg perlu abah bimbangkan. Dan abah pun berharap anda doakan anak kami yg sorang itu. Anak yg kadang2 buat abah rasa sayang, geram, gelihati, dan macam2 lagi.

Malam tadi, dia bawak balik Kad Kutipan derma untuk program Bacathon sekolahnya. Program tu target untuk kumpul RM50K bagi tujuan mengisi tabung PIBG sekolah. Abah tak nak komen banyak la pasal tu, tapi abah cuma nak pandang dari sudut positif. Abah berharap semoga duit yang disumbangkan oleh orang ramai dengan hasil pencarian sehari2 mereka tu, akan digunakan sebaiknya oleh pihak sekolah, untuk membangunkan pelajar, bukan untuk program2 yg bukan2.

Terlanjur sebut pasal tu, abah pun buka peluang ni kalau2 sahabat2 semua ingin menyumbang pada program itu. Kalau sudi, dan kalau ada duit2 lebih. Tak banyak pun tak apa, janji ikhlas. Kalau sudi, boleh bank-in pada akaun bank abah via M2U atau CIMBClicks. Mesej atau emel abah untuk no akaun, ya?

Sampai situ dulu hari ni, kita jumpa lagi insyaAllah.

3 comments:

arsaili said...

salam abah..kenapa ngan muiz? moga tade apa2 yang berlaku...didoakan dia sihat2 aja

amieda said...

salam abah..ye la tertya2 plak apsal dgn muiz sampai masuk trowong nih...semoga xde apa2 k..

btw abah..thanks sesangat coz singgah n komen kat 'umah' sy..
terharu sampai nak nangesss..hu hu..

rajin2 singgah lg ye..

irman_rahs said...

sy doakan abah n family sihat sejahtera selalu...