Wednesday, September 10, 2008

Cerita tentang kamera...

Uiks abah, awat hari ni berkongsi gambar lak nih. Bukan nak berkongsi gambar sangat pun, tapi sekadar nak bercerita tentang kamera digital baru abah. Dan kebetulan sebab itu antara gambar terawal yang abah snap dengan kamera baru ni, maka tunjukkanlah juga sampel barang sekeping dua. Dan abah akui awal-awal, abah sangat tidak reti mengambil gambar. Main snap je. Mu'izz rasanya lebih terer bab ambil gambar dengan kamera ni. Diatas tu adalah rupa buah hati abah waktu bangun tidur. Abah snap gambar tu waktu sahur pagi tadi. Azim memang sudah kebiasaan akan turut bangun waktu kami bersahur, tapi dia cuma pandang saja la kami makan. :-)

Bercakap tentang sahur, alhamdulillah, setakat ni masih belum terlepas lagi sahur, tidak seperti tahun2 sebelumnya. Dan rahsianya, kami ada jam loceng yang tidak boleh tidak, pasti akan terjaga bila mendengarnya. Dan jam loceng itu tak lain tak bukan, si Azim yang suka mengamuk awal pagi itu. Pukul 4.30 pagi memang dia akan bangun, dan mengamuk - sebab tak ada orang nak layan dia. Maka sebab amukan tu, kami akan terjaga untuk bersahur, alhamdulillah.


Mu'izz pun alhamdulillah turut serta bersahur, dan juga berpuasa. Risau juga abah waktu mula-mula puasa hari tu, sebab 3 hari pertama puasa, dia akan makan waktu tengahari - alasannya, tak tahan lapar. Tapi pada hari ke4, alhamdulillah, dia boleh puasa penuh sehari, dan berlanjutan hingga ke hari ini. Dan dibulan puasa ini jugalah dia rajin sikit nak mendirikan solat - tanpa disuruh. Itulah agaknya kelebihan bulan Ramadhan dimana Allah jadikan hati manusia itu sentiasa ingat dan patuh untuk berbuat kebaikan.

Balik pada cerita kamera digital baru tadi. Bukan abah beli pun sebenarnya. Untuk waktu sekarang, memang budget tak mengizinkan untuk kamera digital. Dalam hati sebelum ni memang berangan pun nak beli kamera digital yang OK sikit, sebab kamera yang dihadiahkan oleh bang long sebelum ni dah agak cepat habis bateri selalunya. Rezeki Allah, 2 hari lepas, abah dapat panggilan dari Pusat Pungutan Zakat WP, memberitahu abah menang tempat ke3 untuk Kuiz Zakat Online 2008 yang depa anjurkan baru-baru ini. Dan hadiahnya inilah dia - Kamera Digital Olympus ยต 1030 SW. Harganya abah tak tahu berapa, tapi tak kisah la kan, dah namanya lagi hadiah, terima sajalah tanpa banyak soal periksa.

Abah terima kamera tu malam tadi, dalam satu upacara penyampaian hadiah di Grand Season KL. Seronok punya pasal sebab nak explore kamera, buka puasa pun abah makan ala kadar saja. Tapi syok jugalah majlis buka puasa tu sebab abah dapat sedikit ilmu berkaitan zakat, dan juga dapat bertemu dengan anak2 yatim Nurul Iman.

Oklah dulu, nanti abah mengepek lagi. Sekarang ni nak siapkan kerja dulu.

Selamat berpuasa dan berbuka puasa, serta bersolat tarawih dan beribadah lainnya buat anda semua.

Ops, sebelum tu, sekadar nota untuk diri abah sendiri pada masa depan. Hari ni, 10 Ramadhan 1429, genaplah umur abah 36 tahun Hijrah. Dan bila ditilik2 dalam cermin, dah banyak sangat uban mula muncul dikepala. Patut ler, dah tua. Terbaca di satu laman web satu ketika dulu, katanya;

Lahir pada bulan Ramadhan - Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Kata abah - Semoga apa yang dikatakan itu akan jadi kenyataan buat diri abah. Tapi untuk masa ini, diusia 36 tahun Hijrah ini, rasanya banyak yang tak selari dengan sifat diri abah. :-)

2 comments:

Anonymous said...

selamat hari lahir, sama tarikh dengan peristiwa Nabi SAW buka kota Makkah pada 6 Hijrah

dan .. wah, selamba seronok la nanti beraya dengan kamera baru kekeke

Abah Mui'zz said...

Jeff, terima kasih. Abah pun baru tahu akan sejarah pembukaan Kota Mekah pada 10 Ramadhan.

Muizz yang seronok dgn kamera tu Jeff. Abah ni biasa jerk (dalam hati - seronok gak ler).

Tahun ni nak amik gambar beraya dengan keluarga banyak2 (kalau diizin Allah), takut nanti tahun depan tak dapat beraya dengan keluarga lagi. :-)