Hari Khamis itu hari, abah tonton satu cerita dari DVD. Tak ada niat nak tonton sangat pun, tapi bila dah tengok sikit tu, lekat la pulak sampai habis cerita.
Tajuk ceritanya CRASH. Kalau nak baca tentangnya, klik sini. Pada abah, ini antara cerita yang bagus. Bagus sekiranya ditonton dan dipelajari sesuatu darinya. Kalau setakat tengok untuk hiburan semata, tak la bagus mana.
Apa yang buatkan abah kata bagus. Satu sebab jalan ceritanya. Ini satu-satunya cerita yang mana kisahnya melibatkan banyak orang, dan kisah mereka berkaitan antara satu sama lain. Satu perkara lagi tentang cerita yang berkisahkan "racial sentiment" ini, ialah apa yang dia nak kita pelajari dari kisah yang ditunjukkan.
Abah tak mahu nak komen lebih-lebih, tapi abah sarankan anda tonton, dan buat la apa kesimpulan yang anda nak buat - asalkan ianya kesimpulan positif.
P/S: Kalau nak tonton, pastikan anak-anak kecil tidak ada sekali, sebab ada babak yang tak patut untuk depa.
Everyday we are faced with reactions.
How we interpret a situation colours our perception of daily life.
How we interpret a situation colours our perception of daily life.
No comments:
Post a Comment