Abah dok menyemak2 tugasan pelajar ni, tapi sebab naik boring dok baca tugasan depa, yang kebanyakannya 'cut and paste' dari Internet je, abah nak melayan la ngepek kat blog ni sat.
Takde kisah apapun. Hari sabtu hari tu, abah dok mendengar Muizz bercerita tentang kisah mimpi dia. Abah yang mula tanya dia, "Abang mimpi apa malam tadi?". Abah tanya tu sebab, malam tu dia ketawa waktu tidur.
Dia pun seperti biasalah bila ditanya, ada je idea nak bercerita. Al-kisah ceritanya. Dia dok bermimpi tentang bagaimana dia terpaksa lari kerana dikejar seekor raksasa. Lari punya lari, entah macam mana, tiba-tiba raksasa tu berjaya tangkap kaki dia. Dia pun takut la. Lepas tu, tiba-tiba Ultraman datang. Ultraman pun bergaduh la dengan raksasa yang tangkap kaki Muizz tu. Ultraman berjaya matikan raksasa tu. Itu yang Muizz seronok sangat tu.
Bila abah tanya, "Abah takde ke masa raksasa tangkap kaki Ahmad?". Katanya, "Abah ada. Abah la yang jadi Ultraman masa raksasa tu tangkap kaki ahmad." Hehehehe, aduih. Abang, abang. Sekian banyak mimpi, Ultraman dan raksasa juga yang dimimpikannya. Tapi itulah, nama lagi budak-budak.
Kang kalau bapak budak mimpi jadi Ultraman, lain lak pulak nanti ceritanya.
Abah tumpang seronok jugalah bila dia ceritakan tentang mimpi dia. Ingat nak bercerita tentang mimpi abah kat dia juga, tapi tak boleh lah, bahaya. Ekekekeke, mimpi apalah tu ek?
Oklah, abah nak sambung menghadap tugasan student abah ni dulu.

2 comments:
Salam Abah..
cuba tanya Muizz, dlm mimpi dia tu, abah sebagai Ultraman, kecek klate atau guno bahaso baku..??
Salam PB,
Ultraman mano ado kecek PB? Hehehe.
Tapi abah rasa kalau Ultraman kecek pun, mesti kecek bahasa baku. Ekekeke.
Post a Comment