Monday, June 20, 2005

Cerita tentang ujian Allah...

Semalam rehat je kat rumah, tak buat apa sangat, cuma bersihkan laman depan rumah je sikit. Petang tu bawak muizz ngan ummi pergi jalan-jalan kat area tasik di Kota Damansara, then bawak muizz gi kedai ikan. Seronok betul dia tengok ikan2 tu. Abah pun lagilah seronok, sebab abah memang suka dengan ikan-ikan peliharaan ni. Cuma ummi je tak bagi beli. :-(

Semalam juga dapat sms dari seorang sahabat. Kandungannya lebih kepada kenapa dirinya tak habis2 ditimpa malang. "Adakah ini ujian Allah pada dosa2 aku yg lepas?" tanya dia.

Abah tak tahu nak balas apa, tapi yg abah tahu, dia mesti tengah tension. Abah call la sekejap, harap2 dapat buat dia releks sikit. Alhamdulillah, lepas borak2 sikit, dia kedengaran ok. Abah pun tak reti nak bagi pandangan, cuma bagitahu kat dia, ujian dan dugaan hidup dari Allah selalunya sebab 2 benda. Satu sebab Allah sayangkan kita, keduanya sebab Allah nak bagi peringatan atas kesilapan yang kita dah buat. Dan Allah tak akan uji melebihi dari kemampuan kita menanggungnya. Walaupun mungkin kita rasa berat, namun Allah tahu kita mampu menghadapinya. Yang penting, kena redha, kena tabah, dan kena kuat hadapi dugaan.

Semua orang diuji, diuji dengan kepayahan, diuji dengan kesenangan. Beruntunglah sesiapa yang mampu menghadapi ujian Allah itu dengan baik dan tabah. Cuma sebagai manusia yang lemah ini, kita kadang-kadang tak nampak apa yang tersirat disebalik segala ujian Allah pada kita.

Bercakap ttg ujian Allah ini juga, ada banyak benda yang abah nak kongsi dgn anda semua, tapi nantilah. Bila masanya sesuai, akan abah kongsikan.

2 comments:

Anonymous said...

Satu lagi tujuan allah uji kita kerana nak beri pahala lebih pada kita dan nak cuci dosa-dosa kita, itupun kalau kita redha dengan ujian allah tu lah

Sebenarnya kita patut bersyukur kerana diuji oleh allah

Abah Mui'zz said...

Betul tu Mad. Tapi itulah, kita manusia lemah, kadang-kadang lupa dan alpa.