Saturday, June 18, 2005

Cerita pertama (dan harapnya bukan yang terakhir)

Out of nowhere, tetiba je tergerak hati nak create blog. Abah tahu abah tak reti nak menulis-nulis ni, tapi dah seronok baca blog orang lain, yang masing-masing, ada cerita dan penulisan yang menarik, so, create la satu. Harap-harap bila orang baca, ada la kebaikan/iktibar atau apa sajalah, yang boleh dipelajari. Abah tak tahu lagi pun nak menulis tentang apa,mungkin lebih pada kehidupan seharian abah. Seronok juga berkongsi cerita tentang hidup, dan kehidupan.

Oklah dulu buat first posting ni. Dah mengantuk dah sebenarnya. Tadi hampir 2 jam juga temankan ummi tengok AF3. Seronok juga sesekali tengok program macam ini. Sekurang-kurangnya tahulah juga apa yang orang dok bercerita sekarang ni. Abah ni takdelah tua sangat, cuma tak berapa gemar menonton TV,unless ada cerita2 best macam CSI. Hehe.

Muizz pun dah ajak tidur ni....abah undur diri dulu la. Esok abah cuba paparkan satu cerita yg diemelkan pada abah satu ketika dulu. First time baca, rasa macam terkena kat diri sendiri je. Dan abah rasa nak berkongsi cerita tu dgn sesiapa yg baca blog abah ni.

Hingga jumpa lagi...

2 comments:

bang long said...

...setahun kemudian Abahmuizz sudah pun pandai menulis ...juga setahun kemudian ada kawan yg datang & pergi...& setahun kemudian AF4 juga telah bermula...hehe world world

may Allah bless you dear brother.

Bang Long said...

...abahmuizz, didalam keghairahan menulis & mengepek abang berharap elakkan tulisan2 yg 'mengenekan' manusia lain walaupun digarap secara am atau secara general kata omputih & juga elakan ngepekan yg di kira kontraversial dimana kita sendiri tidak pasti...atau kita sendiri yg berada didalam situasi itu atau pada org lain...