Friday, January 30, 2009

Cerita tentang adil, dan nasib...

Salam sahabat. Lama tak mengepek. Rindu pulak rasanya nak mengepek. hahaha. Itupun lepas ditegur seorang sahabat, "Kalau ada masa tu, rajin2la update blog!".

Dan pagi ini, abah update. Tapi kalau cerita yg tak best lagi takpe kan? Janji update. Ekekeke.
Justify Full
Bukan tak best apa pun, cuma nak mengepek soal adil, takdir, dan nasib.

Ada beberapa insiden yang buatkan abah nak mengepek tentang tu.

1. Baru2 ni ada seorang sahabat menceritakan bagaimana bossnya menjalankan sesi "performance appraisal" dengan dia. Menurut sahabat itu, bossnya go through dan discuss satu persatu item dalam borang itu, sebelum mereka agree untuk satu keputusan. Dan pada abah, itu yang sepatutnya. Dan sahabat itu beruntung dapat boss yg detail dan adil macam itu. Tak semua orang dapat boss yg macam itu, termasuk abah. Hahaha, bukan nak komplen, tidak. Tapi bila tiba time appraisal macam skrg ini, abah antara orang yang tidak bernasib baik. Tidak bernasib baik kerana boss abah tidak pernah serius dalam soal appraisal staff. Mungkin bagi dia itu benda remeh, tapi untuk staff, itulah benda yg memberi kesan untuk bertahun2 lamanya. Peringatan untuk abah, dan anda semua, bila tiba soal menilai prestatsi staf bawahan, be serious, dan berlaku adillah kepada mereka, dan juga organisasi. Lagi sedih bila dengar ada rakan berkata, "Well, sorry. You are just unlucky to have such boss."

2. Baru2 ini juga syarikat abah buat aktiviti pelarasan gaji. Benda yg sepatutnya jadi berita gembira untuk semua orang, akhirnya menjadi berita gembira untuk sesetengah orang sahaja. Sesetengah yang lain, termasuk abah, cuma sekadar pandang sepi berita itu. Bukan tidak bersyukur, sangat bersyukur atas rezeki yang Allah bagi, tetapi bila dilihat pada formula pengiraan yang HR gunakan, betapa tidak bernasib baiknya kami. Hanya kerana gaji sudah dikatakan tinggi, dan kerana pengalaman kerja sebelum2 ini tidak diambil kira dalam pelarasan, maka ramailah junior2 kami (yang rata2nya 7-8 tahun lebih muda) mendapat gaji yang hampir sama dengan kami. "Well, sorry, you are just unlucky."

3. Dua hari lepas, abah diminta menilai hasil kerja beberapa manusia. Berdasarkan penilaian, abah rasa mereka sepatutnya mendapat apa yg mereka deserve. Tetapi bila dibuat pengiraan, dan dimasukkan dalam sistem, kadar bayaran untuk setiap mereka berbeza. Abah suarakan hal ini pada seorang rakan sekerja, katanya, "Tak apalah, bukannya derang tahu apa derang dapat, dan derang takkan tahu sapa yg menilai depa." Hahaha, mudahnya nak mencipta alasan untuk satu persoalan, kan? Dan abah, tidak akan sanggup nak kata pada orang2 itu, "Well, sorry, you are just unlucky. Some of you get RM700, and some of you get RM300, eventhough the quality of your work are almost similar."

Memang dalam hidup, adakalanya, kita akan tergolong dalam golongan yang tidak bernasib baik. Untuk benda yang tidak boleh dibetulkan, abah rasa, orang tidak akan regret sangat bila mereka dikatakan "unlucky". Tapi untuk perkara2 yang boleh dibetulkan dan boleh diusahakan, agak zalim juga bila kita cuma boleh kata, "Sorry, you are just unlucky", terutamanya apabila isu adil dan tidak adil menjadi satu agendanya.

Orang boleh kata, "Kita tidak boleh nak puaskan hati semua orang." Kan? Betul. Tetapi kalau boleh berlaku adil, walaupun tidak memuaskan hati semua orang, itu lebih baik.

Abah tak salahkan sesiapa dalam soal adil tidak adil ini. Kerana pada abah, dalam sesetengah situasi, kita kadang2 berlaku tidak adil dengan secara tidak sedar. Tetapi bila kita sedar yg kita tidak berlaku adil, dan kita tidak berbuat apa2 untuk menjadikan ia lebih adil pada orang lain dan diri kita sendiri, then, sangat malanglah kita.

Apapun, abah tinggalkan la soal nasib, takdir dan adil itu sebagai kenangan untuk waktu ini. Abah kena bergerak kedepan, berusaha sebaiknya. Semoga kita semua akan diberi lebih hidayat dan berusaha kearah mencapai hidayat Allah itu, dengan lebih berlaku adil pada mereka disekitar kita. Supaya disana nanti, orang2 itu tidak akan menuntut keadilan mereka, yang kita pandang remeh sewaktu didunia ini, dari kita.

Hingga jumpa lagi, insyaAllah. Selamat bercuti hujung minggu.

Thursday, January 22, 2009

Cerita tentang DumbTag...

Sue dah tag abah. Uwaaaaa. Tapi dalam uwaaa uwaaa pun, nak kena jawab gak kan. Kan sue? Ekekeke.

Oklah, abah jawab.

Tag ini bertajuk, 16 perkara rawak.

Syarat dan peraturannya adalah;

1. apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
-> Akan abah buat.

2. silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
-> Abah tak mo buat.

3. sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
-> Sue

4. ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
-> Rasanya, mak abah dah bagi cukup kot. Skrg ni Ummi lak kasi lagi, memang melebih2 la. Kalau abah nak bagi kat anda, boleh? Sapa nak?

Maka...inilah dia jawapan kepada persoalan itu...

16 perkara rawak, berkaitan abah:

1. Untuk waktu ini, sedang dalam berusaha mendapatkan apa yang abah rasa abah patut dapat di pejabat ini. Apa tu? Rahsia. Boleh?

2. Baru saja kehilangan seorang sahabat baik. Bukan sebab dia meninggal, tapi sebab takdir kata "sampai sini saja persahabatan kalian". Dan abah percaya, ia adalah untuk kebaikan kedua belah pihak.

3. Ada seorang adik a.k.a sahabat juga dalam proses menghindari abah. Dan abah tidak tahu apa puncanya. Dan abah tahu adik itu baca blog abah ini. Kalau abah salah, ampunkan abah. Tapi kalau anda memilih untuk lari juga dari abah, abah takkan halang. Bak kata Siti Nurhaliza, "pergi tak disuruh, datang tak diminta, andai ada jodoh, insyaAllah".

4. Baru-baru ni waktu dilanda krisis, abah hampir2 putus asa untuk berblog. Dan memang terlintas dalam akal tak waras (masa tu la), yang abah nak tutup blog abah ni.

5. Hajat hati nak balik kampung berjumpa mak, akak2, anak2 buah di Paka cuti raya cina ni, tapi nampaknya tak berkesampaian kot, atas alasan yg tak boleh nak tolak.

6. Sepanjang minggu lepas, abah dicop sebagai "laser". Anda faham maknanya kan? Abah tak tahu kenapa dicop sebegitu, tapi mungkin betul. Ya Allah, teruknya abah, sampai kena cop macam itu. Hu hu hu.

Lagi 10 hutang dulu ya. Esok abah sambung. Nak balik dulu, ambik Azim kat rumah pengasuh, sebab Ummi terpaksa stayback kat ofis sekarang ni, tengah banyak kerja katanya. Siannnn Ummi.

Wednesday, January 21, 2009

Cerita tentang belas...

Malam tadi, selepas temankan Muizz siapkan kerja sekolah dia, dan selepas depa bertiga tidur, abah sempat tonton satu produk TV9 bertajuk Bumi Dipijak Langit Dijunjung. Dipaparkan kisah Puan Norlina Alawi dan PERNIMnya, serta kisah Prof Madya Dr Sharifah Zainiyah Syed Yahya dan kanak-kanak down-sindromnya.

Melihat pada dua cerita berbeza tapi sama itu buat abah terharu dan tersedar. Terharu melihatkan anak2 malang itu masih mampu menikmati kehidupan dan kasih sayang insan2 berhati mulia. Terharu juga melihatkan penderitaan sebahagian mereka. Walaupun mereka tidak faham akan makna derita, tapi abah yakin jauh disudut hati, mereka pasti berangan2 dilahirkan dan dibesarkan dengan sempurna, seperti mana yang mereka tonton dalam cerita2 TV (walaupun kadang2 tak masuk akal).

Tersedar pula bila melihat kanak2 itu, dan melihat pada ujian Allah pada mereka. Tak seberapa dibandingkan ujian Allah pada abah. Dalam abah rasa betapa beratnya masalah yg menimpa, abah fikir masalah mereka jauh lagi berat. Dilahirkan dengan HIV/Sindrom Down, ditinggalkan ibubapa (atas pilihan depa/atas sebab panggilan Allah), terpaksa hidup dengan belas ihsan dan kasih sayang manusia lain, terpaksa menelan ubat2 pahit itu hampir setiap hari, dan ada yang cuma menunggu masa dijemput Allah, dalam usia semuda itu - sungguh mereka itu manusia2 tabah. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Maha Pemurah. Didatangkan manusia2 berhati mulia macam Pn Norlina dan Dr Sharifah, untuk membantu kanak2 ini seberapa daya yang mereka ada. Abah pun tidak akan semulia mereka untuk berbuat apa yang mereka buat, walaupun dalam hati, ingin sangat buat perkara2 itu. Abah tabik spring pada dua insan ini, dan insan2 lain diluar sana yang berkorban banyak benda demi memastikan anak2 ini membesar sebaik mungkin.

Ya Allah, Engkau kasihilah mereka. Ampunkan dosa-dosa mereka dan ibu-bapa mereka. Ampunkan juga dosa-dosa kami, hambaMu yang sangat lemah dan khilaf. Engkau datangkan juga dalam hati-hati kami sifat2 mulia yang telah Engkau berikan pada mereka yang terpilih. Semoga kami semua akan punya rasa belas dan ingin membantu sedaya kami, insan2 dan anak2 bangsa yang memerlukan itu.

P/S: Bercakap tentang kanak-kanak, ada satu lagu yg abah cukup suka dengar, yang berkait rapat dengan kanak-kanak, anak2 abah khusunya, dan sesiapa saja yang sangat dekat diri mereka dalam hati abah.

Marc Anthony - My Baby You

Monday, January 19, 2009

Takde cerita lagi, cuma lara...

Salam sahabat. Bertemu lagi kita. Maaf sebab lama sangat mendiamkan diri. Bukan sengaja, tapi sebab ada banyak benda berlaku, yang hampir keseluruhannya berpusat dalam diri dan minda abah.

Pada rakan2 yang ada add abah pada YM mereka, pasti tahu yg mood abah tak berapa best kebelakangan ini. Bukan disengajakan, tetapi sebab banyak faktor luaran yang mengusik minda dan jiwa abah, ditambah pula dengan kelemahan diri abah sebagai seorang hamba Allah.

Untuk hari ini, abah tidak berhasrat untuk berkongsi perkara2 yang mengganggu itu, insyaAllah satu hari nanti akan abah kongsikan. Sepanjang 36 tahun hidup, baru kali ini abah berdepan dengan ujian Allah yang cukup berat pada abah. Nak tidur malam pun susah, mengingatkan benda2 ini. Yang mampu abah buat, minta pertolongan Allah tiap kali lepas solat, supaya dikurangkan beban ujian ini. Dan itupun secara sembunyi2 dibelakang ummi dan anak2. Abah tak nak depa tahu, dan abah tak nak depa susah hati.

Dan anda sebagai rakan2 abah yg sangat baik, jangan susah hati juga baca sikit luahan abah ini. InsyaAllah, abah yakin Allah akan bantu. Abah akan OK nanti. Kena perlu bersabar, dan perlu berusaha kearah menyelesaikan benda2 itu.

Anda doakan abah, ya!

Monday, January 12, 2009

Tiada cerita, hanya lara...

Salam sahabat,

Sekadar memetik tulisan Awang Selamat.

Muka depan Utusan Malaysia siaran Rabu, 7 Januari lalu menyiarkan gambar mayat kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala di sebalik runtuhan rumahnya yang musnah dibedil tentera Israel.

Gambar bersaiz besar yang menyayat hati itu mendapat banyak reaksi simpati daripada para pembaca tidak kira agama, kaum mahupun usia.

Salah seorang bapa menghubungi Awang dan kemudian menyerahkan talian kepada anak perempuannya berusia 12 tahun bernama Ros. Menurut si bapa, anaknya itu mahu meluahkan perasaan kerana terlalu sedih dan terganggu dengan apa yang menimpa kanak-kanak dalam gambar tersebut.

Lalu Awang mendengar rintihannya. ‘‘Pak cik, kenapa kita semua tidak boleh selamatkan budak itu? Kenapa dia mesti mati macam itu? Kenapa adik rasa macam nak ganti tempat (nyawa) dia?” Selepas kata- kata itu, Ros kedengaran menangis teresak-esak dan terdengar juga suara tangisan bapanya.

Awang tidak terkata, sebak yang mendalam. Mungkin Ros lebih mengenal erti kemanusiaan berbanding kebanyakan kita.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Friday, January 09, 2009

Cerita tentang taman dan teman...

Salam sahabat.

Hari ni takde nak mengepek apa, cuma nak minta bantuan anda. Ada satu lagu baru Siti yang abah suka dengar. Liriknya pun best, dan rasanya abah faham, cuma nak minta bantuan anda, kalau2 sudi, tolong terjemahkan lirik tersebut mengikut kefahaman anda. Ini bukan soalan Kertas Bahasa Malaysia SPM 2009, tidak. Ini cuma nak mintak bantuan anda. Untuk membantu abah memahami bagaimana anda memahami sesebuah lirik lagu.

Boleh kan? Tak boleh pun tak apa, tak paksa...



Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga

Burung berbisik tanpa dusta
Mersik manja asyik fana

Di kala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hindar purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara

Saatku jejaki tamanmu
Benar indah amat indah

Di kala luka terlalu dalam
Sembuhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Chorus

Walau jauhku berlari
Walau jenuhku mencari
Tetap sungguh kau temani
Tanpa jemu dan benci

Biarku telan tangismu
Biarku simpan resahmu
Meski kau bukan millikku
Teguh kau di hatiku

Percayalah
Kau inderaloka
Kan kususuri
Bahagiamu teman di taman ini

Thursday, January 08, 2009

Cerita tentang Gaza...

Abah tak mampu nak tahan rasa sayu abah bila mana abah ternampak gambar ini dalam akhbar BH semalam. Sungguh abah tak mampu. Betapa terseksanya mereka disana.

Dan kita disini, masih mampu melalui hidup yg kita kehendaki tanpa ada rasa ingin mengambil iktibar dari apa yg berlaku. Laungan2 memboikot ekonomi Amerika dan Israel kita pandang sepi.

Pinta abah pada anda semua, usahakanlah sesuatu, supaya kesedihan kita dan mereka disana dapat dikurangkan. Berdoalah banyak2 pada Allah supaya mereka akan selamat. Buatlah apa yg kita mampu untuk lumpuhkan ekonomi sekutu2 Israel laknatullah dibumi Malaysia kita ini. Kalau gambar diatas, dan gambar2 dibawah ini masih tidak mampu untuk buat kita berusaha sesuatu, abah tidak boleh nak cakap apa....


Lawati:
Palestinkini
MuslimConsumer Malaysia

Tuesday, January 06, 2009

Cerita pertama 2009...

Salam sahabat. Abah kembali lagi, setelah lama bercuti. Dengan azam baru (ececece, sejak bila lak berazam2 bin tekad ni bah). Bukan azam apa pun, azam untuk "speak less, listen more". Dan untuk menjawab soalan Irman, abah akan tetap mengepek seperti biasa, jika ada idea. Selagi anda semua tidak beri abah isyarat yang, "Abah, you are too much la", maka abah akan tetap mengepek. Kerana abah tahu, tanpa sahabat semua yg membaca blog abah ni, siapalah abah (ceh, cam ucapan pemenang Anugerah Bintang Popular la plak).

Disebalik kerja yang banyak menanti ni, abah luangkan sikit masa untuk mengepek ditahun baru 2009 ni, sekadar untuk pastikan pengunjung blog ini ada benda baru untuk dibaca (kalau sudi).

Semalam hari persekolahan, dan sebagai abah pada seorang anak yang sekolah, abah pun kena pergi ke sekolah untuk hantar dan ambil Muizz dari sekolah. Pagi ke sekolah agama, petang ke sekolah kebangsaan. Untuk sekolah agama, takde masalah, sebab depan rumah saja. Tapi tengahari utk ke sekolah kebangsaan, mak aih, nak naik muntah abah ngan muizz makan jem strawberi atas jalan. Punyalah ramai ibubapa yang ke sekolah hantar anak. Tapi takpe, sebab hari pertama sekolah, maka sampai lambat sikit pun ok.

Alhamdulillah, Muizz naik kelas untuk Tahun 2 ni. Disebalik kesibukan dia bermain, dan berangan2 dengan idea kanak2 dia, masih diberi peluang naik kelas. Harap2 dia akan lebih fokus pada pelajarannya untuk Tahun 2 ini.

Dan bercakap tentang Muizz, abah terpaksa habiskan dalam RM700 juga untuk belanja persekolahannya. Aduihhhh. Daripada pakaian sekolah, hinggalah kepada kelengkapan lainnya, termasuklah yuran persekolahan. Kira masak jugalah wallet abah bulan ni. Itu baru sorang anak, kalau ada 2, 3, tak tahulah abah. Mungkin ada sahabat yg kata, takkan sebanyak tu kot. Memang sebanyak itu, sebab pakaian sekolahnya semua perlu dibeli baru. Bukan sebab pakaian tahun lepas dah koyak, alhamdulillah masih elok, tapi sebab semuanya dah tak muat. Muizz dah semakin membesar dan meninggi, maka baju, seluar dan kasut perlu dibeli baru. Even baju2 basahan dia pun semua dah mengecik. Seluar semua dan senteng2. Ekekeke, takpe bang. InsyaAllah dengan rezeki yg Allah bagi pada abah, abah akan cuba penuhi keperluan asas anak2 abah. Abang jangan bimbang.

Petang semalam, waktu menunggu Muizz habis assembly, abah menyaksikan dialog antara 2 budak sekolah ini.

Murid A: Syamil (atau mungkin nama lain), ko kelas mana?
Syamil : Aku kelassssss .... entah. [Lepas tu dia terus beredar]
Murid A pergi pada ibunya, dan berkata: Mama, Syamil kata dia kelas entah.

Dan abah, mampu tersenyum sajalah... Sama spt ibu pada Murid A tadi.

Wednesday, December 31, 2008

Cerita tentang dengar vs cakap...

Semalam, ada dua adik menegur abah kenapa dah lama tak mengepek. The truth is, abah ketiadaan bahan untuk mengepek. Walaupun bercuti hingga 5 Jan nanti, idea macam takde yang singgah. Kertas exam yang beratus2 nak disemak tu, tak sentuh sekeping pun lagi. Masak ler 2,3 hari ni nak perabihkan semua skrip tu.

Apapun, semalam bersembang dgn sorang kawan baik. Dia meluahkan sesuatu, dan abah sebagai abah, yang memang kalau bercakap tak reti nak naik lampu merah, memainkan peranan yang sama semalam. Hingga akhirnya, sahabat tadi kata, "Bro, saya cuma meluahkan je apa yang saya rasa." Dan ayat itu secara otomatiknya buat abah tersedar. Abah baru sedar yang dia cuma bercerita, dan abah pulak memandai2 cakap itu dan ini, kononnya untuk beri pendapat, walhal kawan tu tak sebut pun nak mintak pendapat abah. Aduihhhh, abah. Apalah abah ni.

Kenapa la selalu lupa, bahawa sebagai kawan, sebagai sahabat, kita perlu "listen more, speak less". Abah dah belajar benda tu waktu degree dulu, tapi selaaaaaalu lupa. Khilafnya abah. Semoga sahabat2 maafkan kekhilafan abah yang satu itu, jika ada abah terbuat pada sahabat. Sebab dalam berbicara samada secara bersemuka atau maya, kebanyakan kita hanya mahu pihak yg satu lagi mendengar apa yg kita ingin kata. Dan kita akan minta pendapat jika kita mahukan. Tapi bila pihak yg satu lagi itu pulak yang melebih2 bercakap, memang potong stim la kan. Ekekekeke.

Takpe, sempena tahun hijrah yang baru, dan juga tahun masihi yang baru esok ni, abah kena buat satu azam bin tekad la, bahawasanya abah tak nak bercakap dan menulis banyak2 lagi. Abah akan cuma mendengar dan membaca bicara dan luahan hati kawan/sahabat. Bahawa abah cuma akan memberi pandangan dan pendapat bila diminta sahaja. Boleh? Entah, abah rasa susah. Sebab azam2 tahun2 yg lepas2 tu, rasanya terlalu banyak yg tak terbuat pun. Bukan tak termampu, tapi sebab takde usaha nak membuatnya.

Bercakap tentang azam, cukup la itu satu je azam abah kali ini. Harap2 Allah mudahkanlah bagi abah untuk menunaikannya, demi kelangsungan dan kepanjangan perhubungan abah dengan sahabat2 semua.

Nak menyentuh sikit isu Gaza. Sedih sgt tengok apa yang jadi pada saudara2 kita disana. Mereka menangis merayu bantuan kita semua, tapi kita semua tak mampu nak membantu. Sangat tidak mampu. Sebabnya? Anda fikirlah sendiri. Nak harapkan pemimpin-pemimpin, mereka hanya mampu taip dan faks surat bantahan dan kecaman sajalah. Dan kita sendiri, disebalik sedih dengan apa yg terjadi pada saudara seagama yang dihina dan diseksa disana, kita masih sempat mengubati kesedihan dengan menyokong perkembangan ekonomi Isreal laknatullah itu. Masih sempat makan burger McD, masih sempat beli barang di TESCO, masih mampu hilangkan dahaga dengan Nescafe ais. Memang kecik sangat usaha kita kalau setakat nak boikot barang2 itu. Tapi yg kecik itupun kita tak mampu nak buat.

Berdoalah wahai sahabat, semoga Allah beri mereka kekuatan untuk melawan musuh dan menuntut hak mereka. Dan semoga Allah datangkan semula semangat ukhuwah dan saling bantu membantu sesama Muslim dalam hati kita semua.

Monday, December 22, 2008

Cerita tentang KK...

Salam sahabat. Sekarang ini sedang menunggu flight ke KL di airport baru KK yang nampak canggih dan cantik ini. Sementara tunggu depa panggil masuk, sempat la rasanya kot mengepek satu post. Bukan ada apa pun, sekadar nak bercerita apa yg berlaku pada kedatangan abah ke KK kali ini. Kerja macam biasa la kan. Tak nak bercerita tentang itu.

Sabtu malam selepas habis kerja, rakan pejabat bawa abah ke majlis makan malam anjuran alumni chapter sabah di Shangrila Tanjung Aru. Kali pertama abah ke sini, dan boleh tahan juga tempatnya. Ada 2 perkara yg menarik tentang dinner kali ini. Pertama, makanannya sedap. (Itu yg penting kan, nama lagi majlis makan2). Keduanya, abah boleh terima persembahan yang diberikan, kerana persembahan hanya tertumpu pada tarian kaum2 unik Sabah, yang abah jarang sangat dapat tengok (apatah lagi secara live). Yang paling best tengok depa menari yang guna buluh tu ler. Hebat juga depa nih. Sebab kalau tak kena gaya, boleh hancur kaki terkepit batang buluh tu (ini kata Abu Bakar Elah).

Abu Bakar Elah sebagai seorang yg abah kenal kerana rambutnya, pada malam itu menunjukkan pada abah yang dia sememangnya seorang entertainer yang baik. Dia boleh menyanyi, berlawak, bercakap dengan baik, dan dalam cara yang menghiburkan. Oleh kerana tekak abah tak berapa sihat, maka tak boleh la nak gelak lebih2 waktu dia buat lawak. Sengih saja ler yg mampu.

Adam AF juga tidaklah mengecewakan sangat. Boleh la. Abah bukan minat Adam pun, tapi ok la persembahannya malam itu. Tapi satu insiden yg tak boleh abah lupa;

ABE: Adam, ko tahu ka kalau aku masuk universiti, apa bidang aku mau ambil?
Adam: Tak tahulah bang. Bidang apa?
ABE: Sains. Sebab aku mahu cari formula yg boleh naikkan ketinggian aku ini. Ko pun aku tahu sesuai ambik bidang apa kalau masuk universiti.
Adam: Bidang apa bang?
ABE: Bidang solekan.
Adam: Solekan? Kenapa?
ABE: Sebab ko cantik, dan sebab ko macam pondan.

Dan ketika ini, memang gamat la dewan makan tu. Kesian Adam, merah padam mukanya. Abah memang kesian dia, tapi abah pun tak boleh nak tahan rasa nak gelak juga. Tapi abah tahu, Adam tahu yg ABE cuma bergurau saja dengan dia. Biasalah kan, jadi MC untuk majlis2 sebegitu, kadang2 kena jenis cakap lepas macam itu juga. Kalau sopan santun sangat pun, nanti jadi bosan pula majlis.

Ahad malam, lepas balik kerja. Irman datang jemput abah dihotel, dan bawa abah makan malam sambil ditemani cahaya lilin (romantik abih tu) kat tepi pantai. Terima kasih banyak2 Man. Makanannya sedap, dan abah kenyang. Terima kasih sudi belanja, walaupun abah tahu, kopak juga beg duit tuh. Dan terima kasih juga sudi temankan abah makan, serta bersembang2 tentang macam2 benda.

Terima kasih juga sebab sudi hantar abah ke airport sekejap tadi, disebalik kesesakan jalanraya, dan terkejar2 waktu kerja. Abah sangat-sangat hargai. Allah saja yg boleh balas budi baik Irman pada abah.

Oklah, sampai sini saja. Cek mek molek kat kaunter tu dah suruh masuk kapal.

Sampai juga lagi nanti, insyaAllah.

Friday, December 19, 2008

Cerita tentang cinta suci...

Salam sahabat. Sekarang tengah membunuh waktu (kata orang la), tapi abah tak tahu membunuh waktu tu macamana. Agaknya dengan melepak kat KFC di KLIA nih, layari Internet, baca blog kawan2, dan tak buat sebarang kerja berfaedah, itulah kot yg dinamakan membunuh waktu.

Memang betul abah tak buat satu kerjapun sambil2 tunggu flight ke KK kejap lagi ni. Dok berchatting, dan duduk baca emel2 yg tak sempat bak baca kebelakangan ini. Dan bercakap pasal emel, ada satu emel yang menarik hati abah untuk dikongsi dengan anda. Mungkin anda dah baca, atau mungkin tak minat pun nak baca, tapi abah tetap nak tempek juga emel tu disini.

CINTA SEORANG SUAMI...

Based on True Story (abah tak tahu tahu how true is this story)

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak..disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat... tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA Maha Mendengar...

Satu je yg abah nak cakap: I wish I could be like Pak Suyanto. Yang mampu memiliki cinta yang cukup suci, kerana Allah. Dan abah tahu abah kena struggle betul2 untuk jadi macam itu, sebab ujian2 persekitaran sangat hebat sekarang ini. Semoga Allah mudahkan, insyaAllah.

Wednesday, December 17, 2008

Cerita tentang bantuan...

Post kali ini adalah post istimewa bagi memaparkan rayuan dan sekaligus memohon jasa baik anda untuk menyumbang sedaya yang mampu. Abah tidak ada kaitan secara rasmi dengan apa yang dipaparkan, cuma ingin menyumbang sedikit upaya sebagai hamba Allah yg telah banyak menikmati keindahan hidup yg Allah bagi.

Madrasah Al-Yamani, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Terletak ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur - Kg Baru Flat tinggi pasar minggu Kg Baru berdekatan Stesyen LRT .

Madrasah ini berkonsepkan pondok dan telah ditubuhkan 12 tahun yang lalu oleh Ustaz Fadzli , seorang pendakwah bebas dan pakar rujuk feqah yang banyak memberi kuliah-kuliah ilmu dimasjid-masjid serta pejabat-pejabat kerajaan dan swasta .

Dalam keadaan yang serba kekurangan ini Ustaz Fadzli tetap gigih mendidik anak-anak tahfiz dan tahfizah nya. Pada masa ini terdapat 51 orang pelajar lelaki dan perempuan disamping 5 orang ustaz dan ustazah sepenuh masa. Dengan perbelanjaan lebih RM35,000 sebulan adalah sesuatu yang agak berat bagi madrasah ini untuk terus bergerak tanpa bantuan dari orang ramai. Oleh yang demikian kami merayu anda untuk sama-sama menghulurkan bantuan terus kepada Madrasah Al-Yamani Kg. Baru , Kuala Lumpur .

Untuk menghulurkan bantuan boleh terus hubungi Ustaz Fadzli 019-3838730

Akaun Bank Islam Berhad - Madrasah Alyamani - 1415-3010-0014- 53.

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
(No. Pendaftaran 646393-A) ditubuhkan bagi membantu anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar.

Pada masa ini pihak yayasan sedang menjalankan berbagai program bagi mempertingkatkan kemudahan asas, peningkatan tahap pendidikan serta pembangunan insan bagi beberapa buah rumah jagaan anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Rumah-rumah tersebut ialah Rumah Nurul Iman di Manjoi, Ipoh, Perak , Pondok Penyayang Raudah, Gombak, Selangor, Rumah Jagaan Nur Hikmah Kajang , Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Sri Sabah dan Rumah Jagaan Darul Qana'ah Gombak, Kuala Lumpur. Beberapa buah lagi rumah jagaan juga sedang dalam proses untuk dimasukkan didalam program sokongan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.

Sumbangan Melalui Maybank2U

Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@nurhikmah.org.my.

Sumbangan Melalui CIMBClick

Caranya ialah :
1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/
2. Pilih Pay Bills
3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
4. Pilih Payment To >> Payee List
5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
6. Masukkan Nama Anda (optional)
7. Masukkan Contact No. (optional)
8. Masukkan Jumlah
9. Tekan Submit


Pengerusi Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Saya Kamarudin Abdullah selaku Pengerusi Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa dan seorang bekas penganut agama Keristian telah menjalankan aktiviti Dakwah dan Kebajikan sudah hampir 18 tahun di negeri Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya. Alhamdullillah sambutan dari non muslim dan saudara baru amat menggalakkan.

Aktiviti kami terdiri untuk kanak-kanak hingga orang dewasa. Di antaranya adalah dari Public Talk hingga seminar serta berdakwah secara one to one basis kepada non muslim dan kauselling saudara baru. PUBLIC TALK TERKINI ADALAH SHEIKH YUSUF ESTES BEKAS PADERI DAN PENDAKYAH KRISTIAN DARI AMERIKA SYARIKAT.

Masalah utama kami adalah kekurangan dana untuk menjalankan aktivitinya.

Kami pohon jasa baik Tuan-tuan dan Puan-puan untuk menghulur apa jua bantuan demi membantu Agama Allah yang benar ini.

Segala Bantuan kewangan bolehlah di salurkan di atas nama "Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa atau IPSI.

Akaun No. 557380300023 Maybank cawangan Lebuh Bishop Pulau Pinang.

Bantuan melalui cek bolehlah di hantar ke alamat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa IPSI, CO-33A-GF Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama 10460 Pulau Pinang.
Tel/Fax 04-2274849.

Untuk senarai yang lebih banyak, abah sarankan anda ke info-jariah.blogspot.com.

Sungguh banyak ruang Allah buka untuk kita dalam membantu saudara seagama yang memerlukan.

Monday, December 15, 2008

Cerita tentang Adam dan Hawa...

Semalam, terjumpa lagu baru Samihah, yang boleh tahan sedap jugalah abah dengar. Dan nak dikongsikan dgn anda. Lagunya tentang Cinta Adam dan Hawa.



Terlanjur Samihah dok menyanyi tentang adam dan hawa tu, abah nak juga mengepek sikit pasal majlis makan malam yang abah hadiri bersama ummi malam Sabtu lepas. Majlis makan malam itu adalah majlis anjuran syarikat tempat ummi bekerja. Abah tak la suka sangat nak hadiri majlis2 makan malam sebegini, sebab abah tahu, mana2 majlis dinner, mesti akan lewat tamatnya. Tapi kerana dalam majlis ini, Ummi dapat award untuk Long Service Staff, maka nak tak nak, kena hadiri juga.

Majlis yang OK pada mulanya, dengan keletah MC yang memang jenis cakap lepas, dan kelakar, akhirnya membuatkan abah rasa sesak nafas sedikit. Sesak bila ditengah2 majlis, tetamu dihidangkan dengan tarian sekumpulan "adam yg nak jadi hawa" yang diberi nama London Dolls. Aduhaiiii. Dengan pakaian yg sangat2 menjolok mata (dan pastinya isu aurat tidak dipedulikan oleh mereka ini), mereka buat tarian2 yang pada fikiran abah sengaja untuk melalaikan tetamu.

Abah tak boleh nak komen banyak sebab abah cuma tonton sekejap saja. Oleh kerana terasa sesak nafas dan minda, abah keluar dari dewan itu. Bila keluar, rupa2nya bukan abah saja, hampir 1/3 tetamu lain juga keluar. Dan dari cakap2 yg abah dengar, masing2 meluahkan betapa tidak selesanya mereka dengan apa yang dipersembahkan. Bagaimana nak selesa. Dengan sekumpulan hawa2 palsu ini menyanyi dan berjoget hingga keatas riba tetamu (tanpa minta izin), sudah pastinya akan buat ramai orang tidak selesa.

Bukan setakat duduk atas riba, malah digesel2kan buah bidara palsu itu juga kemuka tetamu. MasyaAllah. Abah tak tengok la yg ini, tapi itu yg ummi cerita. Sedih, sungguh sedih.

Mujur juga aksi2 mereka itu tidak lama. Kerana kalau lama, pastinya abah akan tarik tangan ummi untuk balik saja. Abah bukan manusia baik, tidak. Abah sangat lemah iman, dan abah banyak kelemahan lain. Tapi untuk abah duduk, dan enjoy persembahan melampau hawa2 palsu ini, it is a NO-NO. Abah tahu itu cara mereka cari makan, tapi pada abah, banyak lagi cara lain untuk cari makan. Bukan dengan bergelek, dan tayangkan hampir 80% tubuh badan pada orang lain.

Oklah, tak nak mengepek banyak2, nanti anda bosan pula.

Abah undur diri dulu, jumpa lagi nanti insyaAllah.

Saturday, December 13, 2008

Cerita tentang korban...

Seminggu tak mengepek apa2. Hari ni terasa nak mengepek, tapi bukan ada apa pun, sekadar nak berkongsi apa yang berlaku sepanjang seminggu tak mengepek (yang penting2 sajalah).

Hari Sabtu 6 Dis, kami sekeluarga bertolak balik ke Kelantan. Lepas saja tol Gombak, mak aihhh, beratur panjang kereta. Walaupun meter minyak ada banyak lagi, tapi sebab tak sedap hati, berhenti juga kat BP isi minyak. Sambil isi minyak, sempat juga sembang dgn staf BP tu. Kata dia, "Dari pagi tadi lagi bang jem macam ni." Aduihhhh. Dan perjalanan seterusnya tak perlu ceritalah. Perjalanan yang selalunya cuma ambil 6-7 jam sahaja, kali ini bertukar menjadi 14 jam. Memang masak ler dalam kereta. Rasa nak menangis pun ada, ekekeke, yelah, ini first time kami travel 14 jam. Mengantuk pun ya, letih pun ya, tapi sebab nak teruskan juga, makan go ahead saja la. Sampai la umah mek kat Jelawat tu dalam pukul 3 pagi. Barang semua tinggal dalam kereta, masuk bilik. Alhamdulillah. Mimpi apa pagi tu ek?

Hari raya korban di kelantan macam biasala. Takde la macam beraya sangat, walaupun orang2 luar pakat dok kata, "Meriah kan raya haji kat Pantai Timur". Pada abah yang hampir saban tahun (sejak kecik) beraya haji di Kelantan dan Trg, abah tidak rasa meriah mana. Lepas solat raya (untuk pertama kalinya, abah terlupa langsung bawa Mek ke masjid untuk sama2 solat sunat raya, sungguh abah lupa). Bila balik rumah, baru abah perasan. Waktu tu Ummi kata, "Ngepek Mek abah tinggal dia." Aduhaiii, pagi2 raya dah buat dosa baru kat mak mertua. Apalah punya menantu abah ni.

Lepas makan nasi dagang yg mi masak, abah tukar baju, sebab perlu bergerak kerumah mak saudara untuk sesi melapah lembu. Alhamdulillah, Allah beri peluang abah untuk berkorban tahun ini. Sambil2 melapah daging, terdengar keluhan hati seorang makcik, "Menantu kita kat rumah tu, diajak datang sini, tak mahu dia. Tak biasa kerja2 macam ni katanya." Bila ada sorang pakcik tanya, "Orang mana?", "Orang Johor". Abah tak nak komen apa lah, sebab abah tahu apa si menantu makcik tu rasa. Sebab abah pernah rasa yang sama. Abah ni walaupun orang kampung, tapi bab2 melapah lembu ni, memang takde skill langsung. Memang fail la. Kalau kat umah abah, selamat la, sebab mak tahu abah tak biasa dgn kerja2 macam ini.

Tapi dikampung mertua ni, nak tak nak, kena la buat macho juga sama2 menolong melapah lembu. Dan hasilnya, boleh pun buat, walaupun kekok sikit. Ekekekekke. Tapi itu tak penting, yang penting, pengalaman melapah lembu tu ada, dan sekarang dah rasa konfiden sikit nak bantu orang melapah lembu. Ekekeke. Dan untuk pengetahuan sahabat, ini kali ke2. Harap2 tahun depan ada peluang lagi insyaAllah.

Habis raya, kami ke Pasar Jelawat setiap pagi. Apa lagi, cari makan ler. Dengan anak2 buah yang berbelas orang kat rumah Mek tu, memang terpaksa le cari makan. Dan kali ni abah terjumpa benda baru. Baru abah tahu rupa2nya disini, ada dijual bihun dan mee goreng secara timbang kilo. Ekekeke, kelakar juga bunyinya. Dalam ramai2 orang tu, sempat jugalah abah beli sekilo bihun goreng campur dgn mee goreng. Cukup la untuk anak2 buah. Harganya - RM4.

Hari Khamis, kami balik ke KL. Dan kali ini abah memilih jalan Trg, sebab nak singgah jumpa mak sekejap di Paka. Oleh kerana abah lupa nak bagitahu mak yg abah cuma singgah, maka tak merasalah nasi dagang mak hari tu. Sebab mak cuma sediakan bahan saja, nak masaknya hari Jumaat (sebab mak ingat abah akan bermalam). Kesian mak, beria2 dia siapkan dan beli bahan2 tu semua. Alih2, anak jantan ni kena balik KL juga petang tu. Tak apalah mak, insyaAllah ada cuti lagi, kami akan balik lagi. Dan kali ni, mak kena masak nasi dagang dan laksa untuk abah. Ekekeek. Sebab masakan air tangan mak saja yg abah nak makan, selain masakan air tangan ummi. Ekekeke.

Dalam 2 jam singgah tu pun, sempat juga belasah tapai pulut. Hasilnya, suara abah tiba2 hilang, hinggalah pasa saat abah mengepek ni. Aduihhhh. Punyalah susah nak berkomunikasi time2 macam ini. Dan waktu takde suara inilah juga datang rasa, syukurnya Allah bagi aku suara.

Cukuplah tu kot abah mengepek tentang diri abah. Nanti abah ngepek pasal benda lain pulak, insyaAllah.

Selamat berhujung minggu untuk anda semua. Semoga kasih sayang dan keampunan Allah sentiasa ada untuk kita, insyaAllah.

Friday, December 05, 2008

Cerita tentang loghat...

Irman ada tulis di Msjbox kat bawah tu tentang betapa tergelincir telinganya mendengar orang Terengganu bercakap dalam TV. Itu baru dengar orang biasa Man, belum dengar MB Ganu bercakap lagi. Sebab abah pernah dengar dia bercakap dalam TV pasal isu Proton Perdana hari tu. Alhamdulillah abah dah biasa dgn loghat Ganu, faham la abah apa dia kata. Tapi orang lain? Sebab itu ada satu manusia tu tulis dalam suratkhabar minta MB Ganu itu cakap bahasa yang orang lain faham.

Betul jugalah. Dalam menyokong loghat ibunda pun, jangan dilupa akan orang yg mendengar. Depa pun nak tahu juga apa kita kata kan. Kalau dibantai dalam loghat kampung sendiri, susah la orang lain nak tahu apa kita kata. Kesian la kat depa kan? Abah tak kata nak kena cakap macam orang KL (ada ke cakap KL?) tapi memandangkan semua orang dah belajar silibus Bahasa Malaysia sejak dari Darjah 1, takkan la tak boleh nak bercakap Bahasa Malaysia sewaktu orang temuramah, atau sewaktu bercakap dengan orang yg kita tahu bukan suku sakat kita.

Abah bangga dengan loghat Ganu, tapi itu bukan modal untuk abah menuturkannya dengan semua orang. Tengok dengan siapa abah bercakap la. Kalau dengan org yg abah rasa dia faham, ok jer nak cakap ala2 makang ikang ni kang. Tapi kalau abah rasa dia tak faham, dan dia tak selesa, abah cakap la macamana yg abah rasa dia akan faham.

Dan bercakap soal loghat dan bahasa ni, abah pelik juga bila tengok orang2 kita bercakap dengan cina2 atau india2, kita seboleh tidak nak guna bahasa pelik. Manyak, mulah, talak. Apa bendanya tuh? Padahal cina2 dan india2 itupun orang Malaysia juga. Dan depa pun belajar gak BM waktu sekolah dulu. Tapi nak juga kita cakap melayu ala2 cina dan india bercakap. Mungkin sebab nak dia faham, betul. Tapi kalau cakap BM biasa pun, abah tak rasa dia tak faham. Tak perlu la nak pelatkan bahasa melayu kita tu, atau cuba nak cakap apa2 cina+english. Pelik bebenor abah dengar. "I told you oledi what", "No need to write maaa, just draw only".

Tutup bab tu. Nak bukak bab accident yg abah lihat petang semalam. Sepanjang abah memandu dari Tanjung Malim ke Sg Buloh, ada 4 kemalangan berlaku, dan kesemuanya adalah kerana terbabas. Memang betul la kata kawan abah, lebuhraya PLUS dari TM ke KL ni kena hati2 sikit, sebab jalannya licin, terutamanya waktu hujan. Setakat 2 minggu abah ulang alik SB-TM ni, memang banyak sangat kemalangan yg abah dah lihat. Untuk anda yg lalu jalan ni, berhati2lah ya memandu. Jangan bawak kereta tu laju sangat.

Dan bercakap soal berhati2 memandu ni, teringat perbualan maya abah dgn seorang sahabat beberapa hari lepas.

Sahabat: Hati2 bawak kereta balik nanti.

Abah: InsyaAllah. Saya pun sayang juga kereta tu bro. Tak nak apa2 jadi kat dia.

Sahabat: Le, ke situ pulak. Orang bukan sayang kereta lah, orang sayang drivernya tu.

Alhamdulillah, ada juga sahabat yang sayangkan abah ya! terima kasih. Ingatkan dah takde sahabat2 yang sayangkan abah. Ekekekeke.

Selamat berhujung minggu, selamat menyambut hari raya AidilAdha dan Selamat bercuti pada yang terlibat. Abah insyaAllah akan balik ke kg Ummi di Kelantan untuk beberapa hari.

p/s: Entah apa kena hari ni, abah lupa banyak benda - lupa nak pakai jam tangan, lupa nak sembut perfume (hangit semacam je pagi ni), dan lupa nak bawak AC adapter laptop abah ni. Sib baik sempat post satu entri ni. :-)

Thursday, December 04, 2008

Cerita tentang syukur...

Syukur..syukur..syukur Ya Allah. Syukur..alhamdulillah.

Tahu bait2 lagu Raihan tu kan? Alhamdulillah.

Abah tahu sikit2 jer, sebab dulu2 masa lagu tu famous, rajin gak la test kesedapan suara waktu tengah basuh baju kat dorm hostel dulu.

Saja nak merepek tentang syukur hari ni. Bukan apa pun, sebab kata Dato Dr Fadzilah Kamsah dalam radio hari tu, kita ni jarang2 bersyukur sebenarnya. Kenapa tidak? Sebab kita payah sangat nak ucap terima kasih pada orang lain. Untuk orang2 tertentu je kita berterima kasih, tapi untuk orang2 lain, kita tak ucap. Kata DDFK, mengucapkan terima kasih itu sebenarnya satu penunjuk bahawa kita bersyukur dengan apa yang Allah beri, dan Allah sampaikan pada kita melalui orang2 itu. Mamak yang hidangkan teh tarik yang kita pesan, pekerja tol bagi balik duit baki tol yg kita bayar, makcik tea lady penuhkan tin milo kat bilik pantri, isteri kita memasak makanan sedap2 untuk kita, anak kita cakap lemah lembut dengan kita, dan banyak contoh lagilah.

Mungkin orang kata, saya tak ucap dimulut, tapi dalam hati saya ada juga ucap. Ada juga yang kata, tak perlu nak ucap, sebab dah memang itu kerja dia. Abah camna pulak? Abah masuk dalam kategori kadang2 abah ucap, kadang2 abah terlupa ucap. Tapi betul la kata DDFK tu, tak salah mengucapkan terima kasih, kalau bukan kerana orang berbudi pada kita pun takpe, tapi kerana Allah memberikan kepada kita sesuatu yang baik. Kan?

Lepas ni kena pakat2 ucap terima kasih la pada orang2 lain ya? Selain dapat buat dia rasa seronok dalam hatinya (jangan la lelebih plak terima kasih, kang dia riak susah!), kita juga dapat salurkan rasa bersyukur kita pada Allah.

Khutbah Jumaat ari tu di Masjid Jamek Tanjung Malim ni juga ceritakan kisah yang sama. Kata Khatib, bagaimana nak tunjukkan rasa syukur pada Allah? Ialah dengan menjaga dan mempergunakan sebaiknya apa kelebihan yang Allah beri pada kita. Allah beri kita anggota badan yang cukup dan lengkap- diberi hidung, mulut, lidah, telinga, otak dan akal, segalanya lah. Cuma soal wajah cantik ke tidak tu, abah tak nak komen la kan, sebab wajah cantik atau tidak tu, hanya pada mata yang memandang. Kan? Ke tak?

Kata khatib lagi, kita manusia ni jarang bersyukur. Sebab kita tidak gunakan apa yg Allah beri itu untuk memperbaiki hubungan dan ibadah kita dengan Allah. Lebih teruk lagi, anugerah Allah itu kita gunakan untuk melakukan maksiat dan menuju jalan kekufuran. Dan khatib sebut jugalah tentang anugerah2 Allah itu akan satu ketika nanti menjawab bagi pihak kita dihadapan Allah SWT, samada kita bersyukur atau tidak dengan pemberianNya itu.

Itu sajalah kot dulu. Semalam kami sekeluarga menyaksikan fenomena alam ciptaan Allah yang dipanggil orang fenomena Langit Tersenyum. Ia berkaitan dengan pergerakan dan kedudukan bulan dan planet Jupiter serta Venus. Subhanallah, agungnya kekuasaan Allah.

Venus, Jupiter and the crescent moon gave
a treat to astronomers all over the world.
This picture was taken by Martin Cooper in Bangkok, Thailand.


p/s: Ada orang jawab ucapan terima kasih dengan "sama-sama". Ada juga yang balas dengan, "kasih diterima." atau "sama-sama kasih". Camna tuh?

Wednesday, December 03, 2008

Cerita tentang kerja gila...

Malam tadi, abah dan ummi buat 2 kerja gila. Opsss, kalau anda terfikir kesitu, stop. Bukan kerja gila berkaitan yang itu ya!

Tapi kerja gila lain. Nak tahu? Kalau tak nak, jangan baca! (Walaupun abah tahu anda akan baca :-))

Petang semalam, lepas isi minyak kat Shell (ini lagi satu, gara2 tak baca blog PaulTan petang semalam, abah tak tahu minyak dah turun 10 sen hari ni - dah rugi RM4), kami ke klinik kanak-kanak di Kelana Jaya. Sebabnya Muizz demam. Oleh kerana ramai sangat pesakit yg menunggu, maka abah beli ubat saja untuk Muizz. Lepas abah singgah solat di KJMC, kami ke Kota Damansara, sebab ummi nak beli sikit barang untuk ofis dia.

Dan disinilah bermulanya kerja gila kami.

Masuk saja Giant KD, ternampak Secret Recipe. Muizz apa lagi, demam punya pasal, terus mintak nak makan Classic Cheese Cake di SR. Dan kerana nak memenuhi permintaan orang sakit, maka kami masuklah ke SR. Dah terlanjur masuk, maka abah dan ummi pun pesan jugalah makanan untuk kami. Bila makanan dah sampai, si Muizz pulak kata tak nak makan, sebab demam katanya. Ummi pulak dah makan sikit, kata kenyang. Maka nak tak nak abah terpaksa juga habiskan makanan2 tuh. Bukan 1, tapi 2 makanan. 1 pinggan chichken mushroom, dan 1 mangkuk tomyam koong. Sedap memang sedap la, tapi perut pun sedap juga membuncitnya. Brpppp, alhamdulillah.

Bila mintak bil, tu dia - RM91. Mampuih (sori ler tersebut). Tak pernah2 kami makan sebanyak itu, tetiba malam tadi makan sampai dekat seratus ringgit. Hahaha, memang kerja gila.

Lepas makan, terus masuk Giant, cari barang2 utk ofis ummi. Waktu nak bayar, tengah beratur, tetiba ada staf Giant datang, dan bawa abah ke kaunter lain. "Tak payah beratur" katanya. Alhamdulillah. Lepas keluar Giant, kami balik terus la. Abah dah perasan si Azim menguap banyak kali. Ummi pun ada cakap yang dia tak ada mood nak tengok baju baby (yg selalunya suka saja dia tengok). Mahu tidak, masuk keta, tengok jam. Pukul 11 malam. Aduihhhh, pukul 11. Ini memang sah2 kerja gila. Patut la staff giant tu suruh tukar kaunter bayaran, depa dah nak tutup rupanya. :-)

Tak pernah2 kami ke tempat shopping sampai pukul 11 malam, dan malam tadi kami buat.

Abah tak tahulah, inikah yang dikatakan buang tebiat, atau memang kerja gila, atau mungkin satu petanda untuk kami.

Apapun, lepas ni tobat tak nak buat dah.

Tuesday, December 02, 2008

Cerita tentang ke'hilang'an...

Semalam, ada seorang sahabat terkisah pada abah tentang pemergian sahabat baiknya. Pemergian yang agak mengejutkan. Pergi yang buat sahabat abah itu terkilan. Terkilan kerana mereka berdua sepatutnya bertemu sewaktu sahabat abah balik kg hari tu. Namun takdir Allah mereka tidak bertemu.

Dan sahabat tadi berulang kali meluahkan betapa dia terkilan. Dan sebab itu dia dok tertanya2 diri sendiri kenapa dia tak berusaha untuk bertemu dengan arwah sewaktu mereka berjanji untuk bertemu. Dan abah cuma boleh kata, "Kerja Allah. Bila dia kata jadi, maka jadilah. Walaupun mungkin ada kesilapan kita tidak berusaha berbuat sesuatu, tapi jangan kita tolak akan takdir Allah." Ada sebab Dia tidak temukan sahabat itu dengan arwah. Dan hanya Allah saja yang lebih Mengetahui. Cumanya, jangan pemergiannya sekadar perginya dia dari kita. Semoga perginya dia, membuat kita akan lebih kuat berusaha untuk jadi manusia lebih baik, kerana itu pun mungkin antara keinginan sahabat yang pergi itu - untuk melihat kebahagiaan kita dan untuk melihat kita jadi manusia lebih baik, cuma dia tak mampu menyaksikannya didunia fana ini.

Dan sahabat abah tadi itu kata, jadi sedih bila dengar lagu Hijjaz yang satu ini. Dan abah perlu bersetuju dengan itu, untuk yang kehilangan sahabat permata hati, lirik dan lagu ini pasti sangat memberi kesan. Tapi disebalik kesedihan akan pemergian mutiara hati kita itu, jangan dilupa pesan2 dalam lagu ini juga, "Moga amanlah dan bahagia dikau di sana. Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan. Moga di sana kau bersama para salihin"

Kau Sahabat Kau Teman - Hijjaz


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati...

p/s: Bro, takziah atas kehilangan Azwan Ahmad. Semoga rohnya akan senantiasa dicucuri rahmat dan kasih sayang Allah.

Friday, November 28, 2008

Cerita tentang Honda City 2009...

Salam sahabat,

Hari ni tak ada cerita nak diepekkan. Sekadar nak berkongsi beberapa perkara.

1. Abah ada beli CD Zikir dan Doa Selepas Solat, dan abah rasa CD ini sangat bagus untuk didengari. Kalau sahabat mampu untuk beli, abah sarankan beli CD yang original. Tapi kalau masih belum mampu, dan nak dengar juga [dan delete selepas dengar], maka disini abah kongsikan dengan anda. Harap2 Hazamin dan InTeam tak marah abah.
  1. Zikir 1
  2. Zikir 2
  3. Al Fatihah
  4. Zikir 3
  5. Zikir 4
  6. Surah
  7. Zikir 5
  8. Doa lepas solat
  9. Doa Penutup
2. Dengar2 berita, Honda City 2009 akan dilancarkan pada 18 Disember 2008 nanti, dan sekarang ini, depa tengah promote kereta baru tersebut di laman web Excitement in the City. Kalau anda rajin nak explore(mana tahu kot2 dapat iPod free nanti), maka layarilah laman tersebut. Abah suka nak share dengan anda bukan sebab abah nak promote City baru tu, tidak. Tapi sebab abah rasa kaedah yang Honda guna untuk promote City baru tu menarik. Menarik macam mana? Kena klik pada link kata atas tu. Kalau nak beli City tu pun ok juga, boleh abah tumpang naik City anda nanti. :-)

3. Masih ingat dengan cerita tentang uang dan urusannya? Abah ada buat update sikit pada entri itu dengan menyertakan satu aplikasi Excel yang boleh sahabat2 gunakan untuk menilai kedudukan kewangan. Boleh dimuatturun di entri itu, atau disini.

Selamat berhujung minggu esok dan lusa. Jumpa lagi minggu depan insyaAllah.

Thursday, November 27, 2008

Cerita tentang manusia keji...

Petang semalam, balik dari UPSI, abah singgah gunting rambut dikedai Abg Basri. Sambil2 tunggu giliran abah, abah belek2 suratkhabar. Baca sikit tentang kisah Allahyarham Farhan yang mati akibat dipukul oleh sekumpulan manusia yang tidak ada belas kasihan dalam hati mereka.

Dan bila abah mengomel tentang itu, Abg Basri mula buka cerita tentang kisah pekerja kedai masakan Thai (bersebelahan kedai gunting rambutnya) meninggal sehari sebelum itu. Meninggal kerana asalnya disamun, kemudian diliwat dan dibunuh. Walaupun abah jarang makan dikedai tu, tapi abah tahu arwah yang meninggal tu. Tahu kerana dalam ramai2 pekerja, arwah seorang saja yang lembut perwatakannya. Dan kali terakhir abah makan disitu, arwahlah yang ambil pesanan abah.

Laporan Harian Metro 1
Laporan Harian Metro 2

Betapa keji dan zalimnya manusia2 berhati syaitan ini sekarang ini. Bukan sekadar menyamun (harta apa lah yang ada pada seorang pekerja kedai makan, hingga dia disamun) ,tapi dibogelkan, diliwat, dan akhirnya ditetak dengan parang hingga mati. Paling menyayat hati, sewaktu ditemui, arwah masih bernafas. Abah tak tahu la apa perasaan keluarganya di Thailand itu bila anak yang datang ke Malaysia mencari rezeki, balik dalam keadaan tidak bernyawa, dan badan yang penuh luka. Hanya akibat perlakuan manusia2 keji itu.

Abah percaya sangat ini bukan kes terpinggir, kerana saban hari berita orang disamun, diragut, dipecah rumah, dibunuh terpapar diakhbar. Bukan dunia yang makin kejam, tapi manusia2 iblis inilah yang kejam. Yang hanya inginkan duit mudah, dan kerana itu, nyawa manusia lain tidak ada nilainya pada depa.

Sebab itulah abah setuju sangat kalau penjenayah2 ini ditembak mati oleh polis. Kalau dah sah itu penjenayah yang banyak lakukan kekejaman, maka tembak mati sajalah bila ada peluang. Tak perlu nak sumbat dalam jel dan jalani perbicaraan. Hanya membuang masa dan RM sahaja. Dan abah rasa ahli keluarga penjenayah2 ini pun tidak ralat kalau anak depa mati ditembak polis.

Minta maaf kalau abah agak terlebih emosi hari ini, tapi sungguh, abah sedih dengan apa yang terjadi. Semoga roh arwah Farhan, dan arwah Mohd Kamil ditempatkan Allah dikalangan roh2 mereka yang dikasihiNya.

Dan semoga Allah menjahanamkan juga manusia2 keji itu dari muka bumiNya ini.