Seminggu tak mengepek apa2. Hari ni terasa nak mengepek, tapi bukan ada apa pun, sekadar nak berkongsi apa yang berlaku sepanjang seminggu tak mengepek (yang penting2 sajalah).
Hari Sabtu 6 Dis, kami sekeluarga bertolak balik ke Kelantan. Lepas saja tol Gombak, mak aihhh, beratur panjang kereta. Walaupun meter minyak ada banyak lagi, tapi sebab tak sedap hati, berhenti juga kat BP isi minyak. Sambil isi minyak, sempat juga sembang dgn staf BP tu. Kata dia, "Dari pagi tadi lagi bang jem macam ni." Aduihhhh. Dan perjalanan seterusnya tak perlu ceritalah. Perjalanan yang selalunya cuma ambil 6-7 jam sahaja, kali ini bertukar menjadi 14 jam. Memang masak ler dalam kereta. Rasa nak menangis pun ada, ekekeke, yelah, ini first time kami travel 14 jam. Mengantuk pun ya, letih pun ya, tapi sebab nak teruskan juga, makan go ahead saja la. Sampai la umah mek kat Jelawat tu dalam pukul 3 pagi. Barang semua tinggal dalam kereta, masuk bilik. Alhamdulillah. Mimpi apa pagi tu ek?
Hari raya korban di kelantan macam biasala. Takde la macam beraya sangat, walaupun orang2 luar pakat dok kata, "Meriah kan raya haji kat Pantai Timur". Pada abah yang hampir saban tahun (sejak kecik) beraya haji di Kelantan dan Trg, abah tidak rasa meriah mana. Lepas solat raya (untuk pertama kalinya, abah terlupa langsung bawa Mek ke masjid untuk sama2 solat sunat raya, sungguh abah lupa). Bila balik rumah, baru abah perasan. Waktu tu Ummi kata, "Ngepek Mek abah tinggal dia." Aduhaiii, pagi2 raya dah buat dosa baru kat mak mertua. Apalah punya menantu abah ni.
Lepas makan nasi dagang yg mi masak, abah tukar baju, sebab perlu bergerak kerumah mak saudara untuk sesi melapah lembu. Alhamdulillah, Allah beri peluang abah untuk berkorban tahun ini. Sambil2 melapah daging, terdengar keluhan hati seorang makcik, "Menantu kita kat rumah tu, diajak datang sini, tak mahu dia. Tak biasa kerja2 macam ni katanya." Bila ada sorang pakcik tanya, "Orang mana?", "Orang Johor". Abah tak nak komen apa lah, sebab abah tahu apa si menantu makcik tu rasa. Sebab abah pernah rasa yang sama. Abah ni walaupun orang kampung, tapi bab2 melapah lembu ni, memang takde skill langsung. Memang fail la. Kalau kat umah abah, selamat la, sebab mak tahu abah tak biasa dgn kerja2 macam ini.
Tapi dikampung mertua ni, nak tak nak, kena la buat macho juga sama2 menolong melapah lembu. Dan hasilnya, boleh pun buat, walaupun kekok sikit. Ekekekekke. Tapi itu tak penting, yang penting, pengalaman melapah lembu tu ada, dan sekarang dah rasa konfiden sikit nak bantu orang melapah lembu. Ekekeke. Dan untuk pengetahuan sahabat, ini kali ke2. Harap2 tahun depan ada peluang lagi insyaAllah.
Habis raya, kami ke Pasar Jelawat setiap pagi. Apa lagi, cari makan ler. Dengan anak2 buah yang berbelas orang kat rumah Mek tu, memang terpaksa le cari makan. Dan kali ni abah terjumpa benda baru. Baru abah tahu rupa2nya disini, ada dijual bihun dan mee goreng secara timbang kilo. Ekekeke, kelakar juga bunyinya. Dalam ramai2 orang tu, sempat jugalah abah beli sekilo bihun goreng campur dgn mee goreng. Cukup la untuk anak2 buah. Harganya - RM4.
Hari Khamis, kami balik ke KL. Dan kali ini abah memilih jalan Trg, sebab nak singgah jumpa mak sekejap di Paka. Oleh kerana abah lupa nak bagitahu mak yg abah cuma singgah, maka tak merasalah nasi dagang mak hari tu. Sebab mak cuma sediakan bahan saja, nak masaknya hari Jumaat (sebab mak ingat abah akan bermalam). Kesian mak, beria2 dia siapkan dan beli bahan2 tu semua. Alih2, anak jantan ni kena balik KL juga petang tu. Tak apalah mak, insyaAllah ada cuti lagi, kami akan balik lagi. Dan kali ni, mak kena masak nasi dagang dan laksa untuk abah. Ekekeek. Sebab masakan air tangan mak saja yg abah nak makan, selain masakan air tangan ummi. Ekekeke.
Dalam 2 jam singgah tu pun, sempat juga belasah tapai pulut. Hasilnya, suara abah tiba2 hilang, hinggalah pasa saat abah mengepek ni. Aduihhhh. Punyalah susah nak berkomunikasi time2 macam ini. Dan waktu takde suara inilah juga datang rasa, syukurnya Allah bagi aku suara.
Cukuplah tu kot abah mengepek tentang diri abah. Nanti abah ngepek pasal benda lain pulak, insyaAllah.
Selamat berhujung minggu untuk anda semua. Semoga kasih sayang dan keampunan Allah sentiasa ada untuk kita, insyaAllah.
5 comments:
banjir x pantai timur?
bab turun padang ni memang menyeksakan lebih2 lagi kalau kita tak biasa buat kerja2 keluar peluh ni.. tambah lagi berada di tempat orang lain, yg tak kenal kita lagi la macho kita dibuatnya...
tapi taun ni akak man buat korban kambing... bapa man yg lapah kambing wpun 1st time buat, tapi man respect tul bapa man ni... wpun baru buat tapi macam dah expert jer...cara2 lapah kambing semua dia tau.. bila selidik rupanya banyak bertanya..
13 jae ???
Hu hu hu
Masak punggung
pB balik jumaat tu.
Alhamdulillah , ok jer ...
Cahaya, banjir jugak ler kat sesetengah tempat tu, tapi air takde la dalam sgt.
Man, memang terpaksa buat macho Man. Demi nak menjaga hati ramai orang, dan juga untuk buktikan pada diri sendiri, "aku boleh buatnya,insyaAllah."
pB, bukan masak punggung jer, semua masak. Ekekke, kalau takat2 well done ok lagi, ini hanguih terus.
Tapi takpe, sesungguhnya ini pengalaman yg akan diceritakan pada anak cucu nanti waktu mereka cuma guna bullet train waktu balik Kelate, insyaAllah.
Post a Comment