Thursday, March 30, 2006

Cerita tentang gunung...

Hari ni abah nak mengepek sikit tentang satu cerita yang abah tonton minggu lepas. Cerita apa? Cerita Brokeback Mountain(BM). BM? Abah tengok cerita ni ke? Kenapa, tak percaya..! Untuk anda yang tahu tentang cerita kontroversi tu, mungkin itu yang terlintas difikiran bila abah kata abah tonton cerita tu. Sabar dulu, jangan buat apa2 judgement lagi. Baca dulu apa abah nak ngepek.

Untuk yang belum tonton dan belum tahu ttg cerita tu, BM adalah satu kisah dua koboi gay
yang agaknya jatuh cinta sesama mereka. Dan hubungan mereka bertahan selama lebih 20 tahun(lama tuh). Kisah ini berlaku pada awal 60an. Dua2 berkahwin, dan masing2 ada anak. Seorang dari lelaki itu meninggal, dan seorang lagi, berpisah dengan isteri. Itu saja ceritanya.

Kenapa abah tengok cerita macam itu???

Abah tengok sebab abah dah lama tunggu satu cerita yang memaparkan kisah macam ini. Abah nak tengok bagaimana orang barat memaparkan kisah macam ini dilayar filem. Anda jangan salah anggap, walaupun sesetengah orang kata ini cerita gay, tapi pada abah, Ang Lee buat cerita ini bukan untuk ditonton golongan gay semata. Tidak ada sebab dia nak buat macam itu. Sebab kalau nak buat cerita untuk gay semata, berlambak lagi cerita lain yang ada, dan Ang Lee tidak perlu buang masa dan rosakkan reputasinya semata2 untuk itu.

Abah fikir Ang Lee cuba untuk beritahu kepada masyarakat barat akan kehidupan gay pada zaman itu. Dia cuba untuk garapkan kisah kehidupan ini dari pandangan beberapa pihak - dari pandangan gay itu sendiri, dari pandangan keluarga mereka, dan dari pandangan masyarakat. Kalau ditonton tanpa ada prejudis, cerita ini bagus. Tapi realitinya, abah orang yang ada pegangan dan kepercayaan, dan abah tonton dengan sedikit prejudis.

Izinkan abah ulas sedikit apa yang abah dapat dari cerita itu. Ini bukan untuk mengutuk, menghina atau menyindir sesiapa. Ini adalah apa yang abah fikir.

Pada abah:

Dari sudut pandangan gay - Diuji dengan cara ini adalah satu ujian yang cukup memeritkan. Bayangkan hampir setiap hari mereka ini cuba untuk jadi normal seperti lelaki lain, tapi setiap kali itulah juga jiwa mereka meronta, meronta untuk memenuhi keinginan diri. Mereka bukan tidak tahu ini bertentangan dengan batasan normal - jatuh cinta pada kaum sejenis, berhasrat untuk menjadi kaum satu lagi. Tapi kekadang iman didada, dan ilmu dihati tidak cukup kuat. Ada yang berjaya menahan, walaupun perit, dan ada yang tersungkur. Tapi rasa hati, naluri kontra ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak menjadi hamba Allah sejati. Kalau dikutkan rasa hati, mungkin membinasakan, tapi untuk ditahan, sangat perit. Salahkah mereka ini mempunyai jiwa sedemikian?

Dari sudut pandangan isteri - Dalam cerita BM, isteri salah seorang lelaki itu terlihat suaminya bercumbu dengan yang seorang lagi. Dan abah boleh rasa apa yang dia rasa. Rasa kecewa yang teramat sangat. 5 tahun disimpan, tapi akhirnya tak mampu dia tahan. Dan inilah rasanya perasaan mana2 isteri pun bila tahu suami mereka gay. Sedih. Pilu. Suami yang disayang dicinta, suami yang dikasihi, suami yang telah berjaya menghadiahkan anak2 buat mereka rupanya bercinta dengan lelaki lain. Salahkah kalau mereka kecewa? Salahkah kalau mereka marah?

Dari sudut pandangan ahli keluarga - Dalam BM, tidak ditunjukan sangat pandangan ahli keluarga lain, tapi abah fikir, keluarga mana pun akan sedih, akan malu, akan marah bila mereka tahu yang anak atau adik atau abang mereka gay, yg memilih untuk bercinta dengan lelaki lain. Salahkah perasaan itu semua?

Abah tak tahu sangat akan jawapan pastinya, tapi pada abah, tidak pernah salah ibu itu mengandungkan dan melahirkan anak gay, tidak ada salahnya juga ayah membesarkan dan mendidik anak itu. Begitu juga adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak, bukan silap mereka beradik-beradikkan gay.

Dan kerana bukan salah mereka, abah rasa tidak akan ada sepicing pun rasa kesal, rasa marah kerana ada ahli keluarga gay, tetapi mungkin rasa sedih andainya ahli keluarga itu memilih jalan yang salah.

Ini semua ujian Allah, baik pada yang menghadapinya, baik pada ahli keluarganya, baik pada masyarakatnya.

Jika anda gay, dan sentiasa ada keinginan dihati untuk jadi hamba Allah yang terbaik, berusahalah sekuatnya. Ujian ini bukan mudah. Banyak halangan dan godaan. Fikirlah mereka yang rapat dengan anda. Andai ada isteri, isteri itu juga sebenarnya diuji, dan fikirkanlah kesedihan mereka andai anda memilih jalan salah. Begitu juga andai anda ada anak-anak. Mereka itu juga diuji bersama-sama anda, dan jangan biarkan anak-anak comel itu berduka dengan jalan salah yang anda pilih. Mak, ayah, adik beradik juga perlu difikirkan. Hidup ini bukan sekadar memenuhi kehendak diri semata, tapi pengorbanan untuk melepaskan kehendak diri itu juga mesti dilakukan.

Jika anda isteri, anak-anak atau adik beradik mahupun rakan taulan, janganlah dihina mereka. Percayalah, selagi iman ada didada mereka, selagi itulah mereka akan sentiasa ingin berubah. Bantulah mereka sebaiknya. Ujian itu amat berat untuk mereka, dan untuk anda. Namun, jangan sekali-kali mengaku kalah dalam perjuangan. Terimalah mereka seadanya,namun didiklah mereka ke jalan yang diredhai Allah, seikhlasnya.

Memandangkan abah akan ke Sandakan selama sebulan. Rasanya inilah post terakhir abah sebelum bertolak ke sana pagi esok. Abah tinggalkan anda untuk sama-sama memikirkan tentang isu ini. Dan ini juga adalah posting abah yg terakhir untuk isu ini. Abah tak akan sentuh lagi, insyaAllah. Doakan moga abah selamat pergi dan selamat balik ke KL semula. Kalau abah sempat meyambungkan diri ke Internet selama berada disana, adalah tu posting yang baru, insyaAllah.

Wednesday, March 29, 2006

Cerita tentang Muizz...

Semalam abah nampak Sue tinggal mesej kat shoutbox tanyakan tentang cerita Muizz. Betulpun Sue, lama betul abah tak cerita tentang Muizz. Hari ni abah cerita sikitlah apa dah jadi dengan si kecik kesayangan abah sorang tu.

Muizz sekarang dah makin membesar, makin pandai sikit, makin kuat main, makin pandai cakap, makin kurang makan, makin suka merajuk, etc. Sejak dia sekolah tadika ni, abah nampak dia dah ok sikit in terms of berkawan dengan budak2 lain. Maunya tidak, tiap2 petang akan heret keluar basikal dia, pergi main entah mana2, pukul 7 baru balik rumah. Awal2 tu abah risau juga, tapi dah lama2 ni, abah biarkan aje, asalkan dia tak pergi main jauh2.

Dan malam, selalunya dia akan tidur awal, penat katanya. Nasib baik homework dia dah siapkan kat rumah pengasuh, so, takde la buat homework malam2. Cuma time dia rasa nak mewarna je, dia akan sibuk dengan kerja2 mewarna. Habis dibantainya orang warna merah, lembu warna hijau. Abah tak kisah sangat sebab pada abah, budak memang tak pandai lagi nak appreciate warna dan benda. Ummi la kadang tegur juga Muizz, kenapa orang warna merah, kenapa ini kenapa itu. Hehehe, abah dengar sajalah.

Abah tak nak paksa Muizz sangat, sebab abah nak dia enjoy hidup dia sebagai seorang kanak2 5 tahun. Akan tiba masanya nanti abah akan stress benda2 macam tu kat dia. For the moment, let him do what he likes to do.

Terlanjur cerita tentang Muizz, ini ada satu lagu kegemaran Muizz satu ketika dulu. Ini lagunya:


"Yusuf Islam - My Mother''

(Teacher): “The Prophet Muhammad (sall-Allahu alayhi wa sallam) told us that we must obey Allah and His messenger at all times. But who else did he tell us to listen to, and be close to?

(Children): “My Mother!”

Who should you give your love to?
Your respect and your honour to?
Who should you pay good mind to - after Allah,
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick, stay up all night,
Holding you tight?
That’s right no other, your Mother

Who should you take good care of,
Giving all your love?
Who should you think the most of - after Allah
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?
And when you fell, who’d pick you up?
Clean your cut?
No one but, your Mother, your Mother

Who should you stay right close to?
Listen most to?
Never say no to – after Allah
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cried who wiped your tears?
Knows your fears? Who really cares?
Your Mother

Say Alhamdulillah,
Thank you Allah
Thank You Allah for my Mother


Tapi sekarang ni Muizz suka la pulak lagu Tak Tahu. Abah pun tak tahu mana dia dengar lagu tu, sebab setahu abah, abah tak pernah dengar lagu tu. :-)

Semalam abah tak sihat sangat, tapi sebab dah terpaksa kerja, so, abah kerja jugalah. Malam tadi pergi klinik. Alhamdulillah pagi ni sihat sikit. Dan semalam masa tengah rasa tak larat tu, tetiba abah terasa yang kecik sungguh kita, lemah sungguh kita. Allah baru beri sikit ujian macam itupun, kita dah rasa tak larat. Besar sungguh kuasa Allah, dan Maha Pemurahnya Allah itu. Sekian lama abah diberi nikmat kesihatan, abah selalu lupa tentang kerdilnya abah, tapi bila diuji dengan hal kesihatan sekecik ini, baru abah tersedar sekejap dari kealpaan abah.

Monday, March 27, 2006

Cerita tentang "Someone to love..."

Pagi tadi dok cari benda kat dalam kereta, terjumpa la CD lama abah. Dan dalam kereta tadi dok dengar la lagu2 lama abah yang abah suka dulu2, masa muda2. Hehehe. Dan ini, satu daripadanya. Esok kalau sempat, abah nak mengepek sikit tentang satu cerita filem yang abah tengok baru-baru ni.


Powered by Castpost

Someone to love / Jon B.

Don't even like to think about
I don't know what I'd do without it
I only know I'll live & not be for your love
Baby you came to me
in my time of need
When I needed you
you were there for me
Baby the love from you
is what got me through
It's because of you, I was able to
give my heart again
You gave me....

[CHORUS:]
Someone to love
Someone to touch
Someone to hold
Someone to know
Someone to love
Someone to trust
Someone to hold
Oh, someone to know

I thought I'd never love again
I thought my life was over, and..
I didn't wanna face or even see another day, baby
Suddenly from nowhere
baby, you appeared
You dried my tears
You cared for me
Maybe your love for me
truly rescued me
It's because of you, I was able to
fall in love again
You gave me someone....

[Chorus]

For so long in my life
I wouldn't let love inside
But I swallowed my pride
the day you arrived

And now with you by my side
everything is all right
It's because of you, I was able to...

...Give my heart again (girl)
And you gave me someone to love
and you gave me someone to love
You gave me someone to love
Someone to know
And you gave me someone to love
and you gave me someone to love
You gave me someone to love
Someone to know

Friday, March 24, 2006

Cerita tentang lelaki idaman...

Hari tu abah dok paparkan kisah2 wanita berumahtangga, yang lebih kepada menceritakan keadaan suami masing-masing yang tidak berapa sedap dibaca, tapi masih perlu dibaca. Dan kali ni, abah nak menulis sikit tentang pandangan abah berkaitan komen2 itu. Abah tak tahu anda setuju atau tidak, tapi ini antara perkara-perkara yang perlu kita orang lelaki tengok dan kaji.

Abah fikir, orang perempuan ini begitu dambakan lelaki/suami yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Lelaki yang jaga agamanya dan agama keluarganya.
Isteri tidak expect lelaki yang bertaraf ulama atau ustaz untuk jadi suami mereka, tapi kalau dapat agi bagus. Tapi isteri hendakkan suami yang tahu tentang agama, dan amalkan apa yang dia tahu. Cukuplah suami yang buat apa yang Allah suruh, dan tinggal apa yang Allah larang. Dan suami juga beratkan tentang hal agama isteri dan anak-anak. Ajar isteri dan anak-anak apa yang mereka perlu tahu. Kalau ada benda yang rasa tak tahu, sama-samalah belajarlah.

2. Lelaki yang "sama-sama susah, sama-sama senang".
Seorang suami yang boleh bersama isteri dalam segala keadaan. Kalau susah, sama-sama hidup susah, dan kalau senang, sama-sama hidup senang. Maksudnya kat sini, isteri nakkan suami yang boleh sama-sama menanggung beban. Bukan melepaskan banyak benda atas bahu isteri. Kalau ada anak, sama-sama jaga dan didik anak. Kalau ada kerja, sama-sama bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Isteri pun manusia biasa, yang ada limitasi dari segi kudrat. Suami kena bantulah mana yang terdaya. Kalau senang pun, biarlah senang sama2, bukan berkongsi kesenangan dengan perempuan lain yang tak ada kaitan dengan kita.

3. Lelaki yang jujur.
Isteri juga perlukan suami yang jujur dalam berumahtangga. Walaupun orang kata, sesetengah perkara perlu dirahsiakan dari pasangan, tapi sebolehnya, dalam berahsia itupun, cubalah bersikap jujur dengan isteri. Kongsilah banyak perkara dengan isteri. Bukan dikongsi dengan perempuan lain ATAU lelaki lain yang lebih berunsurkan benda-benda tak elok[kena faham betul2]. Jujur dalam ertikata, bincang dengan isteri dan bagitahu isteri apa yang tak kena, apa yang silap. Isteri mungkin terlepas pandang satu2 perkara, dan dia harapkan kita suami ini yang menegur. Tapi banyak kes, sebab isteri buat silap, kita alihkan perhatian pada perempuan lain yang tidak ada kesilapan itu.

4. Lelaki yang mampu - zahir dan batin.
Isteri juga dambakan suami yang mampu dari segi keperluan zahir dan batin. Tidak perlu bergaji besar berkereta mewah. Isteri cuma perlukan suami yang boleh menyumbang kepada keperluan ekonomi keluarga. Kalau pendapatan tidak besar pun, hiduplah seadanya. Janji isteri nampak suami ada komitmen dalam menanggung kehidupan berkeluarganya. Dan isteri pun abah rasa, tidak kisah kalau mereka turut sama terpaksa menyara keperluan keluarga. Dari segi batin pun kena mampu. Isteri perlukan suami yang boleh memenuhi keperluan batin mereka, bukan suami yang lebih berselera pada orang2 pelik.

5. Lelaki yang tidak cemburu buta.
Isteri akan cukup gembira jika dia tahu suaminya sangat menyayanginya dan cemburu pada sesetengah perkara, tapi bukan cemburu yang keterlaluan dan cemburu membabi buta.

6. Lelaki yang hormati keluarga isteri.
Orang kata, bila berkahwin, kita bukan sekadar mengahwini pasangan, tapi kita secara tidak langsung "mengahwini" keluarga mereka. Dan bila dah terjadi macam itu, suami macam kita hendaklah boleh hormati dan sayangi keluarga itu sepertimana kita menghormati dan menyayangi keluarga. Memang susah nak layan keluarga isteri exactly sama seperti kita layan keluarga kita, tapi paling tidak pun, hormatilah keluarga mereka. Sebab kita pun akan sejuk hati tiap kali nampak isteri melayan mak ayah dan adik beradik kita dengan cukup baik. Kenapa kita tak boleh buat benda yang sama?

7. Lelaki yang penyabar.
Isteri juga perlukan suami yang penyabar. Sabar dalam perkara yang patut la. Sebab kadang orang perempuan ni ada ketikanya dia akan buat benda2 yang silap, yang dia sendiri pun tak tahu kenapa dia buat. Ada masa-masa dia akan jadi lebih moody, etc. Dan dikala ini, dia sangat berharap supaya suami akan sabar dengan karenah dan tingkahlakunya. Begitu juga dengan anak-anak. Perlukan ayah yang sabar dalam mendidik mereka. Tidak mudah naik marah, tidak bengis, tidak baran, dan sepertinya.

Itu sajalah yang abah terpikir, tak tahulah kot2 ada lagi ciri2 lelaki pilihan isteri yang abah tertinggal. Dan ini bukan nak komen atau kondem sesiapa, abah menulis sekadar untuk mengingatkan diri abah, dan anda semua[kalau boleh]. Abah bukan lelaki yang terbaik, tapi abah akan cuba juga untuk jadi apa yang ummi harapkan.

Nanti kalau ada masa, abah nak tulis juga sikit tentang ciri2 isteri yang lelaki harapkan.

Thursday, March 23, 2006

Cerita tentang tudung, dan kita...

Semalam sebelum ke klinik, abah sempat tengok Buletin Utama. Dan abah terkejut, bila ADUN Indera Mahkota bangkitkan isu pemakaian tudung di sekolah. Kalau dibangkitkan dengan cara yang positif, abah pasti akan berterimakasih pada beliau. Tapi sayang, Datuk Wan Adnan bangkitkan isu itu dengan cara yang agak negatif.

Abah tahu isu tudung isu sensitif, terutamanya pada orang perempuan. Tapi sensitif manapun kita fikir isu itu, kita tahu akan peraturannya berdasarkan agama yang kita anuti. Kita tahu Islam kata menutup aurat itu wajib. Tapi bila bab tutup aurat, kita secara peribadinya cuba justify hukum Allah itu dengan kehendak dan fikiran kita.

"Alah, tak apalah. Bukan benda besar, tudung je. Tak pakai tudung tak apa, janji hati baik, aku tak buat jahat". ataupun "Eleh, pakai tudung belum tentu jadi baik, entah2 orang bertudung litup itulah buat kerja bukan2". Nauzubillah.

Kita suka memandang isu tutup aurat ni dan kaitkan dengan peribadi seseorang. Dan dari situ kita sibuk nak justify kenapa kita tak perlu pakai tudung sebab peribadi kita baik, fikir kita.

Sebagai bapa, Datuk Wan secara ikhlas mengaku anak perempuannya tak pakai tudung disekolah, dan abah fikir anak perempuan dia sudah lebih baligh dari akil baligh. Ini pemikiran ADUN tahun 2006. Anda imagine kalau nanti anak dia jadi ADUN tahun 2020, entah apalah agaknya yang dia akan katakan.

Dunia memang sudah nak sampai penghujungnya abah rasa, sebab orang Islam sendiri sudah berani mempertikaikan hukum Allah terang-terangan. Kenapa perlu pakai tudung? Kenapa perlu tutup aurat? Ini badan aku, ini kepala aku, ini rambut aku? Suka hati aku lah.

Kalaulah mereka cuba faham yang Allah suruh tutup aurat yang Dia berikan, alangkah bagusnya. Rambut itu Allah yg tumbuhkan, anggota badan yang mulus dan seksi itu Allah yang beri. Dan memang semua yang kita adapun hak Allah. Kenapa perlu pertikaikan lagi itu dan ini?

Pada mak ayah diluar sana, jom lah kita tegakkan hukum Allah ini. Kalau tak boleh untuk orang luarpun, untuk keluarga sendiri. Kita tutup aurat, isteri kita tutup aurat, anak-anak kita tutup aurat. Alhamdulillah. Jangan nanti satu hari anak2 dan isteri salahkan kita kerana kita tidak jaga benda itu. Moga2 dengan kekuatan kita menjaga agama, Allah akan mudahkan urusan kita, lembutkan hati kita, rahmati hidup kita, ampuni dosa2 kita dsbnya.

Wednesday, March 22, 2006

Cerita tentang Mungkin...


Powered by Castpost

Tuesday, March 21, 2006

Cerita tentang realiti lelaki berumahtangga...

Post abah hari ni panjang sikit, sebab abah nak tampalkan satu kandungan emel yang abah terima baru sekejap ni. Abah tak nak komen lagi tentang ini, anda bacalah dulu apa yang wanita2 dibawah kata. Esok atau mungkin lusa, abah akan komen tentang benda ni, insyaAllah.

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak'.

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut utang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

Monday, March 20, 2006

Cerita tentang angklung...

Hari Sabtu hari tu abah ada hadiri satu jamuan makan tengahari di PWTC. Dan abah tak nak komen tentang makanan, sebab makanannya biasa-biasa saja. Kebetulan masa makan tu, ada persembahan angklung oleh Kumpulan Warisan Perdana(kalau tak silap abah la) dari Johor. Menarik juga persembahannya. Siap ada lagu Mawi - Aduh Saliha lagi. Hampir setengah hari jugalah abah melayan irama2 tradisional dan moden hari tu. Dah la sebelah pagi tu abah dok dengar muzik gamelan, diselangselikan dengan irama ghazal dalam satu majlis. Tengahari pulak, ada irama angklung.

Dalam dok makan-makan tu, ada la sorang kawan abah tanya abah, "Angklung ni muzik orang melayu ke?". Abah terdiam la sekejap, sebab abah tak tahu nak jawap apa. Sekali abah kata, angklung bukan alat muzik orang melayu, agaknya orang cina kot. Dan kawan abah yang berbangsa cina pun tak tahu samada itu betul alat muzik depa atau tidak.

Balik dari jamuan tu, abah tengok TV dengan Ummi petang tu, adalah satu dokumentari tentang Angklung. Hehe, kebetulan la pulak. Dari situlah baru abah tahu angklung ini sebenarnya alat muzik yang berasal dari bahagian tengah Jawa Timur. Sudah berabad lamanya mereka memainkan alat muzik ini. Dan mereka juga mengeksport angklung ini ke Malaysia, Jepun, Korea dan negara-negara barat. Dan abah dengar cerita, persembahan angkung sudah jadi satu yang biasa di hotel-hotel ternama sekarang ini.

Itu sajalah nak cerita untuk hari ni. Semalam sehari suntuk abah kerja, so, tak ada aktiviti luar la yang abah buat.

Dan hari ni, sambung lagi kerja-kerja yang banyak tu, yang kena siapkan juga sebelum abah ke Sandakan untuk 3 minggu pada awal April nanti, insyaAllah.

Tuesday, March 14, 2006

Cerita tentang idaman...

Hari ni nak cerita sikit tentang benda-benda idaman dalam hidup abah. Hehe, idaman yang juga satu impian, dan entah bila kan jadi kenyataan.

Bukan benda apa pun, tapi cerita tentang kereta idaman. Kena pulak baru ni Honda launch Civic 2006, perghhhhh, abah memang berkenan betul. Tengok dia punya design luaran dan panel dahsboard dia yang sungguh anggun tu, buat abah rasa seronok kejap bila terbayang yang abah drive Civic tu. Hehe, bayangan je, bukan betul pun.



Harganya - dalam RM118K - RM132K. Boleh tahan gak tuh....mahai.

Dan ini pulak, kereta idaman Ummi, cewah, lagi tinggi taste dari abah.



Ummi skrg ni tiap kali lalu sebelah Acord, mesti cakap kat abah, "Cantiknya bah kereta ni". Hehe, tapi kan Mi, harganya...dalam RM140K - RM210K gak tuh. Mahai untuk abah. Tapi siapa la tahu, insyaAllah, satu hari kalau rezeki abah dan ummi murah, hehe, dapat la juga Ummi rasa pandu Accord. InsyaAllah Ummi.

Ini pulak satu lagi kereta idaman kami berdua satu ketika dulu, dan sekarang pun. Sebabnya, first time tengok dan first time masuk duduk2 kat dalam, abah dan ummi terus berkenan. Tapi harganya yang sekitar RM160K - RM185K itupun diluar gapaian kami buat masa ni.



Hari ni tak sihat sikit, selsema dan sakit tekak. Tapi datang kerja juga sebab ada benda nak disiapkan juga. Dan pagi ni, alhamdulillah, The Sun melaporkan satu kajian yang dibuat oleh Unit Penyelidikan Kemajuan Wanita UIA mendapati hanya 2% sahaja wanita malaysia yang menjadikan selebriti sebagai idola mereka. Lega hati abah baca benda macam ini. Sebab abah takut orang-orang kita jadikan selebriti sebagai idola. Tak salah pun, cuma bila tengok selebriti2 tu semua, abah tak fikir kita nak generasi masa depan macam itu.

Semalam abah tertonton Warta Perdana TV1, ada satu segmen hiburan yang melaporkan tentang 2 majlis tahlil yang diadakan kerana pemergian artis. Bagus, tapi dalam ramai yang tak berapa ramai hadirin tu, abah tak nampak pun selebriti2 pujaan ini ada. Sebabnya, kalau pergi majlis tahlil nak kena bertudung, berkopiah, baca Yasin etc. Susah sikit la kot depa nak pegi. Mana nak letak rambut yang baru set tu dalam tudung, cutex pun baru je pakai 2 hari lepas, takkan nak kena tanggalkan untuk tahlil. Silap-silap, takut nak pergi sebab tak tahu nak baca Yasin, sebab banyak sangat lirik lagu yang dah terhafal. Takut malu nanti kan, bila ada wartawan boleh dengar selebriti baca Yasin macam budak tadika baca esei perdana.

Abah bukan mengutuk, bukan menghina atau apa. Tapi abah rasa ini realiti yang kita semua tak boleh kata mustahil berlaku. Tengoklah dalam TV kalau ada majlis2 hiburan atau anugerah yang ada, tengoklah mereka, berduyun2 datang, sebabnya boleh tunjukkan kepada seluruh antero rakyat malaysia, inilah fesyenku yang anggun dan terkini. Tapi bila majlis tahlil, majlis penuh berkat, nak tengok hidung pun susah.

Sedih...sungguh sedih. Tapi apa nak buat, sebab dalam ramai yang mengeluh tentang benda macam ini, ada jutaan lagi yang menyokong.

Cerita tentang tol... :-)

Hari ni nak cerita satu kisah lawak bodoh. Abah sejak harga minyak naik tu, cuba2lah naik komuter. Nak jimat belanja sikitlah kononnya. Naik komuter macam biasa la kan, lewat dan sesak.

Tapi sebab insiden jumaat lepas dan semalam, hari ni abah bawak kereta la ke ofis. Semalam abah sampai rumah dah nak hampir Isyak, padahal abah tunggu train kat Stesen Putra tu sejak pukul 6 petang lagi. Abah tak tahulah apa masalah KTM sebenarnya, tapi bila dia jadi macam ini, abah pun macam naik malas nak guna pengangkutan awam lagi.

Pagi tadi abah drive macam biasa, cuma bila sampai Plaza Tol Sg. Buloh, baru perasan yang abah tertinggal kad TouchNGo kat dalam poket baju semalam. Oklah, abah ambik tiket je. Bila sampai Tol Jalan Duta, kereta dah banyak. Abah pun nampak la dari jauh lorong Tunai. Tapi bila dah dekat tu, since kereta banyak sangat, abah pun terotomatik masuk lane sebelah. Abah prepare duit dan pegang tiket, bila sampai turn abah, "Aik, mana pergi org yang jaga tol ni?"

Nasib baik la ada sorang pekerja tol yang lalu masa tu, abah pun hon la kat dia. Dia pun datang la dengan senyuman, "Kenapa bang, kad takleh baca ke?". Alamakkkkkkk. Tapi belum sempat cakap apa, adik tu tanya "Abang pakai tiket ke?". Abah senyum je sebab dah malu dah. "Ini lorong Touch N G bang". Aduihhhhh, dah merah dah muka.
Sekali abah hulur juga tiket dan duit pada adik tu, dan dia suruh abah tunggu kat depan sikit. Kereta belakang dah hon dah.

Dalam 2 minit cam itu, adik tu datang bagi duit baki. "Terima kasih ya dik, Maaf la abang tak perasan itu lorong TnG". Adik tu senyum je.

Aduihhhhhh, malu tul. Itulah, lain kali jangan tukar lorong last minit. Hahahahaha. Tapi oklah, at least abah terasa ceria skit sebab kes tadi.

Dan bercerita tentang kes macam ini, teringat abah pada satu insiden lain. Masa tu abah, ayah, abang ipar dan adik lelaki abah dalam perjalanan dari Trg ke Shah Alam, sebab adik lelaki abah masa tu kena lapor diri untuk praktikal di DRB Hicom. Abah duduk belakang, sampai kat Tol Batu 3, abah dah rasa pelik sikit sebab abang ipar abah tu, straight je pergi lorong Touch N Go, sedangkan abah tahu dia takde kad TnG.

Abah pun saja la nak tengok apa dia buat. Hehe, jahat juga abah ni. Sekali bila dah masuk tol tu, dia dok nak hulur duit, tapi tak ada orang jaga tol. Yang ayah abah dah dok tanya2 dah, mana orang kerja ni? Hehehe, tahu apa abang ipar abah buat, dia bukak wallet, ambik kad ATM, letak kat pembaca kad TnG tu. Hehe, abah dok tahan nak gelak. Bila kad ATM tak jalan, dia letak lak tapak tangan dia kat situ, pun tak jalan[suka sgt tengok cerita omputeh agaknya, sampai pembaca TnG pun dia ingat mesin biometrik]. Hahahahaha, abah dah takleh tahan gelak dah.

Sekali abah cakap kat dia, "Abang, ni kena guna kad TnG la. Mana boleh pakai tapak tangan. Hahahahhaahaha". Nasib baik la takde kereta lain kat belakang, boleh la gostan dan masuk lorong betul.

Itulah adanya dua kisah tentang tol. hehehehe, abah pun dah tersengih-sengih depan komputer nih. :-)

Monday, March 13, 2006

Cerita tentang ceria, dan mandom...

Hari tu abah dapat emel dari bang long, mintak abah mengepek tentang perkara ini.

There is tremendous happiness in making others happy, despite our own situations. Shared grief is half the sorrow, but happiness when shared, is doubled. If you want to feel rich, just count all the things you have that money can't buy.

Apa abah nak komen ya, sebab abah rasa semua orang yang baca akan setuju dengan apa yang ditulis. Tapi dalam semua setuju pun, tak semua yang akan buat, termasuk abah lah kan.

Kita nak hidup kita gembira, dan kalau boleh setiap hari. Tapi itu cuma impian sajalah, sebab kita tahu, tidak ada manusia yang hari-harinya adalah hari-hari gembira. Akan ada juga hari duka. Dan seduka mana pun hari kita, mesti jauh disudut hati, kita berharap akan ada manusia lain yang akan cuba untuk menceriakan kedukaan kita, dengan cara yang sewajarnya. Berapa ramai yang akan dapat keadaan macam itu. Tak ramai.

Hari yang gembira, sudah tentu ramai yang ingin turut sama gembira. Tapi bila tiba hari duka, berapa ramai yang turut berduka dengan kita. Mungkin ada. Dan berapa ramai juga yang cuba untuk ceriakan kedukaan kita, entah. Nasib baik, ada la. Nasib tak baik, tak ada.

Kadang tak susah pun nak dibuat, cuma sebab ia bukan amalan, itu yang jadi kekok sikit nak buat. Abah tak cakap orang la kan, abah kata diri abah sendiri. Abah tahu memuji ummi akan buat dia gembira sepanjang hari, tapi, abah tak puji pun. Abah tahu Muizz suka pergi taman permainan, tapi abah jarang bawak pun. Benda-benda macam itulah yang abah maksudkan. Abah enjoy sebenarnya tengok muizz seronok main kat taman permainan tiap kali abah bawak dia. Cuma time sibuk atau takde mood tu, takde la kan nak bawak dia. hehe.

Time kita happy, tendency untuk buat benda itu mungkin tinggi. Tapi time kita mandom, susah sikit la nak buat orang lain happy, sebab kita sendiri pun tak happy. Tapi abah percaya, dalam kita mandom macammanapun, dan ada orang bleh ceriakan kita, kita mesti akan jadi happy juga sikit. Sama juga macam orang lain. Disaat mereka rasa down, rasa mandom, elok juga kalau kita boleh ceriakan sikit hati mereka, dan hati kita juga.

Jadi, apa yang boleh dibuat lepas ni. Ceriakan diri walaupun kita tengah berduka, sebab dengan lihat kita ceria, orang lain pun akan rasa ceria sama. Sementelah lagi bila ada yang berduka, cubalah ceriakan mana yang patut. Hidup ini bukan sekadar memenuhi kehendak dan keinginan diri sendiri semata, tapi juga untuk orang lain.

Eh, cukuplah abah mengepek. Abah pun tak tahu apa abah cakap ni. Merapu2. :-)

Ini ada satu lagu yang abah suka dengar masa abah kat matrik dulu. Cari punya cari, terjumpa juga akhirnya. Tapi maaf, tak jumpa lirik.





P/S: Kejap ni ummi call, bagitahu Ayong dapat 9A1 dan Akhwan dapat 3A1, alhamdulillah. Abah tumpang bangga dengan anak2 buah ni. Moga Yong dan Wae dapat sambung belajar ke universiti, dan jadi orang berguna nanti.

Wednesday, March 08, 2006

Cerita tentang kesilapan...

Hari tu abah berborak dgn sorang rakan. Bercerita la tentang hal-hal hidup. Dan dalam banyak2 hal yang diceritakan, entah macamana isu tentang "kesilapan dalam hidup" keluar. Dan abah ni nak cerita sikit la tentang bab kesilapan ni.

Abah fikir semua orang didunia ni ada apa yang dipanggil "kesilapan dalam hidup". Tapi tak tahulah kalau anda tak pernah ada sebarang kesilapan. Bukan kesilapan kecil maksud abah, tapi kesilapan yang kita tak boleh lupakan sepanjang hayat contohnya kesilapan memilih pasangan hidup, kesilapan membuat pelaburan, kesilapan memilih kursus di U dan kesilapan-kesilapan lain yang menghantui kita hingga sekarang. Mungkin hati kita dah terubat dengan kesilapan yang kita buat, tapi benda itu tetap ada dalam fikiran.

Abah ada juga beberapa kesilapan besar yang pernah abah buat yang sampai sekarang masih menghantui fikiran abah sampai sekarang. Ia taklah mengganggu sangat, cuma sesekali benda tu akan datang juga kefikiran, dan bila dia datang, abah selalunya agak tension juga, cuma sekejap je la. hehe.

Dan abah tak nak cerita tentang apa kesilapan yang kita buat, tapi abah nak mengepek tentang kenapa kita buat silap. Abah tak tahu la orang lain camna, tapi setakat pengalaman abah, ada satu sebab je kenapa kita buat silap: tak fikir masak-masak. Putuskan untuk buat sesuatu benda dengan terburu-buru, ikut nafsu. Bila rasa nak beli, main beli je. Bila rasa nak buat, main buat je. Bila rasa nak pegi, main pegi je. Bila rasa nak cakap, main cakap je. Takde nak fikir dulu baik-baik apa kesan apa akibat. Memang orang kata, hidup ni kalau tak buat silap, sama macam tak belajar apa pun. Memang betul, tapi tak semua kesilapan tu adalah kesilapan yang boleh dibuat setakat 'trial and error'.

Tapi itulah, cerita tentang silap, cerita tentang benda yang dah jadi ni, rasa macam tak guna juga. Sebab tak boleh nak reverse pun. Cuma kalau sesekali difikirkan, dinilai semula, dan kalau boleh diambil iktibar dan dijadikan pengalaman, bagus juga. Kurang2nya kemungkinan untuk buat kesilapan sama untuk kali kedua akan tipis, kan? Abah pernah terbaca somewhere, dia kata "Belajarlah dari kesilapan yang pernah kita buat, dan dari kesilapan2 yang orang lain pernah buat, kerana hidup kita ini tidak cukup panjang untuk kita ulangi semula segala kesilapan-kesilapan tersebut.

Oklah dulu, nanti sambung lagi. Abah sibuk betul hari ni(dan hari2 akan datang), tapi dalam sibuk-sibuk pun rasa gembira juga, sebab tadi CEO dah inform bonus untuk tahun ni. Berapa bulan??? Rahsia..hehehe.

P/S: Anda semua mesti tertanya-tanya, apa la agaknya kesilapan yang abah dah buat. hehehe.

Cerita tentang perwatakan...

Tuesday, March 07, 2006

Cerita tentang ribut...dan isu agama...

Petang semalam abah rasa agak takut juga masa drive kereta. Mana tak takut, masa abah tengah drive sepanjang Jalan Genting Kelang, hujan turun dengan sangat lebat dan angin pun boleh tahan kuatnya. Didepan mata abah, ada sebatang pokok tumbang, dan menghempap sebuah kereta Iswara. Dan agaknya sebab terkejut dengan kejadian tu, sebuah MPV dibelakang iswara tu tetiba membelok masuk ke laluan abah. Nyaris abah terlanggar MPV tu. Abah dah cuak sikit masa tu. Tapi abah teruskan drive, sebab tak boleh nak berhenti sebab trafik dah jadi kelam kabut. Bergerak dalam 200m, abah sekali lagi ditunjukkan Allah dengan pokok kedua tumbang menghempap sebuah Kancil. Allahuakbar. Dia saja yang tahu betapa kecut abah rasa masa tu, dan dalam masa yg sama, risau dengan driver kereta yang dihempap tu. Abah berdoa moga depa semua selamat, tak kiralah siapa depa itu.

Dan abah pecut sedikit walaupun hujan lebat, sebab abah tengok pokok2 lain sepanjang jalan itupun macam nak tumbang. Berdepan dengan kejadian macam itu, abah tetiba terasa betapa kerdil sungguh kita ni. Benda yang kita tak jangka, boleh jadi depan mata kita. Itu orang lain, dan abah terfikir kalau itu abah. Entah macamana la jadinya. Ya Allah, agungnya KuasaMu ya Allah.

Tutup bab ribut petang semalam. Ini abah nak cerita tentang cerita pagi semalam. Ada sorang rakan sekerja abah yang bukan Islam(kena mention). Dia mintak abah baca kertas kerja yang dia tulis. Bukan mintak abah edit(abah tak tahupun nak edit), tapi dia mintak abah bagi pandangan abah sbg seorang Muslim.

Dia mengkritik tentang Melayu Islam diMalaysia, dan asas kritikan tu bersandarkan kepada dua novel Gunawan Mahmood - Tanah Ini dan Namaku Ayoko (abah pun tak baca lagi novel2 ni). Dan abah agak tersentak jugalah baca tulisan dia. Banyak juga yang dipertikaikan tentang Melayu dan Islam. Secara peribadi, abah bagitahu dia yang abah terkejut dengan tulisan dia. Dan abah kata, kalau niatnya sekadar bertanya untuk mencari jawapan, dia boleh proceed. Tapi kalau niatnya lebih kepada condemn, better dia lupakan saja. Sebabnya, isu itu sensitif. Mungkin abah seorang Islam melayu yang tipikal. Tapi tipikal macam manapun abah, abah masih rasa isu2 tentang Islam dan bukan Islam tidak boleh dibangkitkan dengan cara yang salah. Tidak perlu dipertikaikan kenapa anak cina takleh bawak bekal babi panggang ke sekolah. Tidak perlu dipertikaikan kenapa orang Islam tidak boleh tukar agama. Sebab pada abah, kita orang Islam pun tidak pernah pertikaikan akan hal agama bangsa lain. Abah tak pernah baca kes pelajar bukan Islam dipaksa pakai tudung disekolah. Dan abah juga tak pernah dengar ada orang Islam pertikaikan kenapa kedai depa selalu berbau colok pagi2.

Dan abah minta dia bezakan antara Melayu dan Islam. Islam dan Melayu itu tidak ada kaitan, sebab dalam ajaran Islam, tidak diajar tentang bangsa(melayu, cina , india, negrito etc). Yang diajar adalah saudara seagama. Tidak kira apa bangsa dan keturunan. Dan ideanya juga banyak bersandarkan idea Sisters in Islam yang abah sendiri sangsi dengan SIS ini. Entahlah, nak komen banyak-banyak tak reti sangat. Dan satu sebab lagi, abah rasa dia tahu apa yang akan abah cakap sebab semuanya tertulis dalam kertas kerjanya.

Hmmmm.....

Monday, March 06, 2006

Cerita tentang hujung minggu...

Hmmm, apa nak cerita dan tulis ya? Nak mengepek ttg isu negara, tak ada apa nak tulis. Abah cerita hal abah sepanjang dua hari lepas la ya!

Hari Jumaat malam abah ke Putrajaya, pegi ambil mak mertua yang dah seminggu tinggal kat rumah abang ipar abah. Tapi yg bestnya, sebelum ke Putrajaya, kakak abah call bagitahu yang depa dah on the way ke KL. Aduihhhh, haru. Rumah dah la macam tongkang pecah. Hehe, tapi sempat jugak la abah ngan ummi kemas rumah sikit2 sebelum depa datang. Sempat la sorok barang2 mainan Muizz yang bersepah2 tu kat bawah katil.

Hari Sabtu abah dan ummi kena bawak mak mertua pergi berubat ozon di Cheras. So, kakak dan mak abah pergi jalan2 ke Nilai 3. Dan masa mak mertua tengah buat treatment, abah ngan ummi buat pemeriksaan darah. Subhanallah, abah ngan ummi rasa takjub sekejap tengok ciptaan Allah - darah. Cuma setitik darah kami diambil, dan tu dia, kat skrin komputer, nampak sel2 darah merah bergerak-gerak. Besarnya kekuasaan Allah. Darah yang nampak merah saja itu sebenarnya boleh bagitahu banyak benda. Alhamdulillah, secara umumnya abah sihat, cuma kurang kalsium, dan darah abah agak sticky serta pergerakan sel darah agak perlahan berbanding ummi. Ummi pun alhamdulillah, kecuali sesetengah benda.

Petang sabtu, bawak anak2 buah ke Taman Tasik Kelana Jaya. Seronok betul depa main, sebab depa kata "Paka takdok tepat mainang gini". Faham ke?? haha. Lepas gi tasik, abah bawak depa ke Carrefour Subang Jaya.

Pagi Ahad, abah dah kena keluar seawal jam 7, sebab abah kerja. Tapi kerja sampai jam 11 saja. Balik kerja, abah bawak depa ke KLCC. Ingat nak gi Aquaria, tapi bila tengok harga tiket kat kaunter tu, terus lupakan niat kami. Nasib baik la budak2 tu faham. Telan air liur gak abah. Dewasa RM38, Kanak-kanak RM28. Kalau ikut bilangan kepala, mahu kopak 200 lebih untuk tiket saja.

Petang abah bawak depa ke Ampang Park sekejap, sebelum depa balik ke Trg.

Balik rumah, rasa macam penat habis. Sempat la terlelap sekejap sementara tunggu nak maghrib. Nasib baik ummi kejutkan. hehe.

Dan semalam cousin Ummi datang, sempat la borak tentang tulisan jawi yang abah dok mengepek tu. Kebetulan sebab dia tgh sibuk dgn seminar ttg jawi tu. Abah kata, "Bagus lah Rais Yatim tu buat sesuatu untuk hidupkan tulisan jawi". Dan balas sepupu ummi tadi, "***********************************" (sori la takleh tulis, kang kena ISA lak). Tapi betul la apa yang dia kata. Hehe. Abah setuju.

Itu sajalah diari untuk sabtu dan ahad lepas. Nanti esok nak mengepek tentang kisah hidup lak.

Tadi dapat satu imej dari Abang Dwan. Abah letak sini untuk anda tengok. Senario hari ini.

Friday, March 03, 2006

Cerita tentang komuter dan penumpangnya...

Sejak minyak naik harga ni, abah dah mula berjinak-jinak dengan komuter. Dah 4 hari abah naik komuter. Bukan tak pernah naik pun, cuma skrg ni terasa macam nak guna komuter saja untuk ke tempat kerja. Kecuali ada hal2 yang memerlukana abah drive, akan abah drive.

Dah lama niat nak guna pengangkutan awam ni, tapi bila minyak naik, terus abah ambik keputusan ini. Satu sebab nak jimat minyak, dua sebab tak tahan dengan jem, tiga sebab abah rasa lebih ekonomikal guna public transport.

Dan bila dah guna komuter ni kena terima hakikat yang perkhidmatan pengangkutan awam kat Malaysia ni masih banyak kekurangannya. Bukan kekurangan yang tak boleh diatasi, tapi mungkin sengaja tidak diatasi. Masalah seperti tren lewat, tak ikut jadual, tren takde aircon - sesuatu yang dah sebati dengan orang2 yang guna komuter dari dulu. Boleh ubah pun sebenarnya, tapi KTM pun abah rasa tak ambil pusing sangat, sebab depa dah selesa dengan pertambahan bilangan pengguna komuter sekarang ni.

Bila dah tren lewat, dan orang pun ramai, faham2 sajalah. Semua berebut nak masuk. Tolak-menolak perkara biasa. Yelah, kalau nak tunggu tak sesak, jawabnya kena naik train pukul 8 malam dan keatas la. Ditambah pulak dengan sikap rakyat malaysia yang memang agresif bab-bab macam ini, lagilah haru. Nak masuk tren berebut, nak keluar tren pun berebut. Bukan tren sajalah, hampir semua pengangkutan - bas, lrt, feri, kapalterbang, semua lah. Hatta naik teksi pun berebut.

Bagus la ada sikap agresif macam ini, tapi sayang, cuma part2 macam ini je agresif. Bila kat tempat kerja atau dirumah - tak agresif pun. Slow macam biasa. Hehe, abah tak kata orang, abah kata kat abah sendiri. :-)

Dan semalam, sebab tren lambat, abah cuma sempat tengok last part je drama bersiri Dia di Astro Ria. Hehe, abah cam suka la pulak nak follow cerita tu, walaupun jalan cerita agak slow sikit. Dan dah lama2 tengok cerita tu, buat abah suka lak dgn lagu temanya. Anda nak dengar? Ni ada abah letakkan kat sini.


Saat semua asamu hilang dan tak tersisa
Usah kau berkecil hati
Ku ada disini

Saat engkau sadari
Tiada arti hidup ini
Usah kauragukan lagi
Ku ada disini

Tak akan ada satupun yang bisa
Memisahkan kita
Sebutkan namamu dihatiku

Tak perlu seribu bintang
Yang bertaburan di langit sana
Tuk temani malam-malammu
Ku ada disini

Tak perlu seribu sahabat
Dengan senyum sapa dan hangat cinta
Cukup satu alasan indah
Ku ada disini

Saat semua lelahmu
Tak terbuangkan lagi
Usah kau simpan sendiri
Ku ada disini

Saat semua cintamu
Pergi dan tak kembali
Usah kau tangisi lagi
Ku ada disini

Thursday, March 02, 2006

Cerita tentang Jawi...

Pagi ni abah terima emel dari rakan abah tentang satu artikel dalam bahasa Tamil yang ditulis dan diedarkan masa perayaan Thaipusam hari tu. Abah tak tahu la kesahihan tentang apa yang ditulis, tapi kandungannya agak memeranjatkan(atau mungkin tidak). Artikel yang menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. Abah tak nak komen tentang itu, cuma abah tertarik dengan saranan si penulis emel tentang Jawi. Bukan Jawi Wilayah tu, tapi tulisan/skrip Jawi.

Abah pun tak tahu lah apa kena dengan abah. Dari kecik abah dibesarkan dan diajar membaca Utusan Melayu. Daripada tak tahu jawi, sampai kepada, alhamdulillah boleh baca dengan lancar. Tapi bila abah dah besar, abah dengan mudahnya lupa akan akhbar kesayangan ayah abah itu. Abah lebih tertarik dengan akhbar Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris(walaupun banyak tgk gambar je). Bila timbul isu Utusan Melayu tidak mendapat sambutan, abah sekadar pandang dingin isu itu. Hinggalah Utusan Melayu dihentikan penerbitannya, abah masih macam itu, macam tunggul kayu, tak ada apa perasaan pun tentang satu-satunya akhbar jawi yang mengajar abah mengenal jawi.

Kata Dr. Rais Yatim - "When the newspaper closed, I did not hear a single sad voice to mourn its passing and this shows most Malays do not care about their own heritage".

Kata abah - "I am one of those Malays who care less about it" . :-(

Tapi hari ni, abah baru sedar yang abah lah antara orang- orang yang menyumbang pada penutupan akhbar jawi itu. Abah tidak langsung menyokong supaya ia dikekalkan. Dan abah tak patut regret sekiranya Muizz tak pernah tahu yang diMalaysia, pernah ada akhbar tulisan jawi. Orang Cina suruh anak-anak belajar bahasa Cina, orang India pun sama. Tapi orang Melayu, cuma suruh anak belajar Bahasa Melayu yang bertulisan a b c itu saja.

Memang akan ada orang kata, "Alah, apa nak kecoh, tulisan jawi je. Lebih baik belajar Bahasa Arab". Betul, abah tak nafikan. Tapi bukankah baik kalau kita dan anak-anak kita tahu menulis dan membaca tulisan jawi ini, selain bahasa-bahasa lain.

Mengepek saja pun takde gunanya juga. Abah kena buat sesuatu juga. Abah nak kena cari bahan-bahan bacaan dalam tulisan jawi, dan polish semula kemahiran abah yang dah hampir berkarat itu. Bila dah berkilat sikit-sikit, abah kena ajar Muizz macam ayah abah ajar abah dulu. Biarlah nanti Muizz besar, dia tahu tulis dan baca Jawi, dan insyaAllah pada anak-anak Muizz juga.

Wednesday, March 01, 2006

Cerita tentang ajal...

Tengahari semalam Ummi call abah, inform abah yang jiran abah meninggal dunia. Abah pun ambik cuti setengah hari, dan balik rumah. Arwah, Abang Dollah, antara jiran yang rajin menegur dan berborak sesekali berjumpa abah. Abah tahu arwah banyak penyakit, dan tak kuat sangat, tapi abah langsung tak jangka yang dia meninggal sebab kemalangan jalan raya. Dan abah sendiri pun tak tahu yang arwah kemalangan minggu lepas. Bila arwah meninggal semalam baru abah tahu sebab kemalangan. Mungkin salah abah juga tak bertanya jiran2. Dan abah tak suspect apa2 sebab abah tengok anak2 arwah macam biasa je lepak depan rumah malam-malam, so, tak terfikir la yang arwah terlantar kat hospital.

Tapi itulah, janji Allah. Bila sampai masa, dipanggilnya kita menghadap. Mudah2an roh arwah Abang Dollah akan senantiasa dicucuri rahmat Allah. Abah ni pun entah bila Allah akan panggil, entah esok, entah lusa. Takut sebenarnya mati ni,takut sebab memang tahu yang kita tak bersedia dengan apa yang patut. Ya Allah, lemah sungguh iman. :-(


Itu sajalah abah nak mengepek hari ni, macam tak ada idea apa nak tulis lagi.