Thursday, December 04, 2008

Cerita tentang syukur...

Syukur..syukur..syukur Ya Allah. Syukur..alhamdulillah.

Tahu bait2 lagu Raihan tu kan? Alhamdulillah.

Abah tahu sikit2 jer, sebab dulu2 masa lagu tu famous, rajin gak la test kesedapan suara waktu tengah basuh baju kat dorm hostel dulu.

Saja nak merepek tentang syukur hari ni. Bukan apa pun, sebab kata Dato Dr Fadzilah Kamsah dalam radio hari tu, kita ni jarang2 bersyukur sebenarnya. Kenapa tidak? Sebab kita payah sangat nak ucap terima kasih pada orang lain. Untuk orang2 tertentu je kita berterima kasih, tapi untuk orang2 lain, kita tak ucap. Kata DDFK, mengucapkan terima kasih itu sebenarnya satu penunjuk bahawa kita bersyukur dengan apa yang Allah beri, dan Allah sampaikan pada kita melalui orang2 itu. Mamak yang hidangkan teh tarik yang kita pesan, pekerja tol bagi balik duit baki tol yg kita bayar, makcik tea lady penuhkan tin milo kat bilik pantri, isteri kita memasak makanan sedap2 untuk kita, anak kita cakap lemah lembut dengan kita, dan banyak contoh lagilah.

Mungkin orang kata, saya tak ucap dimulut, tapi dalam hati saya ada juga ucap. Ada juga yang kata, tak perlu nak ucap, sebab dah memang itu kerja dia. Abah camna pulak? Abah masuk dalam kategori kadang2 abah ucap, kadang2 abah terlupa ucap. Tapi betul la kata DDFK tu, tak salah mengucapkan terima kasih, kalau bukan kerana orang berbudi pada kita pun takpe, tapi kerana Allah memberikan kepada kita sesuatu yang baik. Kan?

Lepas ni kena pakat2 ucap terima kasih la pada orang2 lain ya? Selain dapat buat dia rasa seronok dalam hatinya (jangan la lelebih plak terima kasih, kang dia riak susah!), kita juga dapat salurkan rasa bersyukur kita pada Allah.

Khutbah Jumaat ari tu di Masjid Jamek Tanjung Malim ni juga ceritakan kisah yang sama. Kata Khatib, bagaimana nak tunjukkan rasa syukur pada Allah? Ialah dengan menjaga dan mempergunakan sebaiknya apa kelebihan yang Allah beri pada kita. Allah beri kita anggota badan yang cukup dan lengkap- diberi hidung, mulut, lidah, telinga, otak dan akal, segalanya lah. Cuma soal wajah cantik ke tidak tu, abah tak nak komen la kan, sebab wajah cantik atau tidak tu, hanya pada mata yang memandang. Kan? Ke tak?

Kata khatib lagi, kita manusia ni jarang bersyukur. Sebab kita tidak gunakan apa yg Allah beri itu untuk memperbaiki hubungan dan ibadah kita dengan Allah. Lebih teruk lagi, anugerah Allah itu kita gunakan untuk melakukan maksiat dan menuju jalan kekufuran. Dan khatib sebut jugalah tentang anugerah2 Allah itu akan satu ketika nanti menjawab bagi pihak kita dihadapan Allah SWT, samada kita bersyukur atau tidak dengan pemberianNya itu.

Itu sajalah kot dulu. Semalam kami sekeluarga menyaksikan fenomena alam ciptaan Allah yang dipanggil orang fenomena Langit Tersenyum. Ia berkaitan dengan pergerakan dan kedudukan bulan dan planet Jupiter serta Venus. Subhanallah, agungnya kekuasaan Allah.

Venus, Jupiter and the crescent moon gave
a treat to astronomers all over the world.
This picture was taken by Martin Cooper in Bangkok, Thailand.


p/s: Ada orang jawab ucapan terima kasih dengan "sama-sama". Ada juga yang balas dengan, "kasih diterima." atau "sama-sama kasih". Camna tuh?

3 comments:

CAHAYA said...

Subhanallah! Cantik betul bulan itu yer.

p/s: bulan tu senyum sebab nak ingatkan kita tugas kita kat muka bumi ni kot. Wallahualam.

irman_rahs said...

ucap terima kasih ni tak perlu ikhlas tak ikhlas... TK ni kadang2 bole lembutkan hati orang juga... kadang2 bole buat hati panas pun( org terasa disindir)... tapi betul, TK ni tanda syukur..

Abah Mui'zz said...

Cahaya, memang cantik. Dan bila tengok, kita secara otomatik akan tersenyum. Sebab tu kita kena selalu senyum, supaya sejuk hati org yg memandang. Tapi jangan senyum sinis dan senyum sumbing udah ler. Lain lak jadinya.

Man, mengucapkan TK mesti ikhlas. Kerana keikhlasan akan buat orang tidak akan rasa disindir. Tapi kalau dia nak rasa disindir juga, tak boleh buat apa la kan. Sendiri mau ingat sajalah!