Tuesday, January 06, 2009

Cerita pertama 2009...

Salam sahabat. Abah kembali lagi, setelah lama bercuti. Dengan azam baru (ececece, sejak bila lak berazam2 bin tekad ni bah). Bukan azam apa pun, azam untuk "speak less, listen more". Dan untuk menjawab soalan Irman, abah akan tetap mengepek seperti biasa, jika ada idea. Selagi anda semua tidak beri abah isyarat yang, "Abah, you are too much la", maka abah akan tetap mengepek. Kerana abah tahu, tanpa sahabat semua yg membaca blog abah ni, siapalah abah (ceh, cam ucapan pemenang Anugerah Bintang Popular la plak).

Disebalik kerja yang banyak menanti ni, abah luangkan sikit masa untuk mengepek ditahun baru 2009 ni, sekadar untuk pastikan pengunjung blog ini ada benda baru untuk dibaca (kalau sudi).

Semalam hari persekolahan, dan sebagai abah pada seorang anak yang sekolah, abah pun kena pergi ke sekolah untuk hantar dan ambil Muizz dari sekolah. Pagi ke sekolah agama, petang ke sekolah kebangsaan. Untuk sekolah agama, takde masalah, sebab depan rumah saja. Tapi tengahari utk ke sekolah kebangsaan, mak aih, nak naik muntah abah ngan muizz makan jem strawberi atas jalan. Punyalah ramai ibubapa yang ke sekolah hantar anak. Tapi takpe, sebab hari pertama sekolah, maka sampai lambat sikit pun ok.

Alhamdulillah, Muizz naik kelas untuk Tahun 2 ni. Disebalik kesibukan dia bermain, dan berangan2 dengan idea kanak2 dia, masih diberi peluang naik kelas. Harap2 dia akan lebih fokus pada pelajarannya untuk Tahun 2 ini.

Dan bercakap tentang Muizz, abah terpaksa habiskan dalam RM700 juga untuk belanja persekolahannya. Aduihhhh. Daripada pakaian sekolah, hinggalah kepada kelengkapan lainnya, termasuklah yuran persekolahan. Kira masak jugalah wallet abah bulan ni. Itu baru sorang anak, kalau ada 2, 3, tak tahulah abah. Mungkin ada sahabat yg kata, takkan sebanyak tu kot. Memang sebanyak itu, sebab pakaian sekolahnya semua perlu dibeli baru. Bukan sebab pakaian tahun lepas dah koyak, alhamdulillah masih elok, tapi sebab semuanya dah tak muat. Muizz dah semakin membesar dan meninggi, maka baju, seluar dan kasut perlu dibeli baru. Even baju2 basahan dia pun semua dah mengecik. Seluar semua dan senteng2. Ekekeke, takpe bang. InsyaAllah dengan rezeki yg Allah bagi pada abah, abah akan cuba penuhi keperluan asas anak2 abah. Abang jangan bimbang.

Petang semalam, waktu menunggu Muizz habis assembly, abah menyaksikan dialog antara 2 budak sekolah ini.

Murid A: Syamil (atau mungkin nama lain), ko kelas mana?
Syamil : Aku kelassssss .... entah. [Lepas tu dia terus beredar]
Murid A pergi pada ibunya, dan berkata: Mama, Syamil kata dia kelas entah.

Dan abah, mampu tersenyum sajalah... Sama spt ibu pada Murid A tadi.

4 comments:

CAHAYA said...

Cahaya memilih mendengar dari bercakap. Sebab dulu dah ada pengalaman dah, bercakap than takde orang nak dengar. Sekarang ni, dengar. Dan dengar. Alhamdulillah. Banyak belajar.

irman_rahs said...

aduh abah ni...baru nak mengepek... dah lama tunggu baru hari ni dapat membacanya... bukan senang untuk membaca dan mendengar, tapi lebih susah untuk menulis dan bercakap.. tapi kadang menulis lebih senang didengar dari bercakap...

Anonymous said...

Biasalah abah memang besar belanja anak sekolah sekarang ni, Am pun terlupa nak kira berapa Am habis tapi ratus2 jugalah hehehe

Yuran pula kena tangguh sampai bulan 3 kata cikgu sekolah dia. Hanya bayar 1.50 duit insuran sahaja.

ps: melihat telatah budak2 memang seronok abah

Abah Mui'zz said...

Cahaya, abah setuju sgt dgn apa Cahaya kata.

Man, betul juga, menulis lebih senang di'dengar' dari bercakap. Sebab tu org lebih suka sms, chat dan email dari bercakap di telefon.

Am, inilah realiti zaman ini. Kos pendidikan anak2 bukan spt zaman kita. Zaman kita dulu, cukup beli buku tulis saja. Tapi skrg, segala mak nenek buku cikgu suruh beli. Dah takde idea agaknya nak mengajar apa kat budak2 tu.