Monday, January 12, 2009

Tiada cerita, hanya lara...

Salam sahabat,

Sekadar memetik tulisan Awang Selamat.

Muka depan Utusan Malaysia siaran Rabu, 7 Januari lalu menyiarkan gambar mayat kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala di sebalik runtuhan rumahnya yang musnah dibedil tentera Israel.

Gambar bersaiz besar yang menyayat hati itu mendapat banyak reaksi simpati daripada para pembaca tidak kira agama, kaum mahupun usia.

Salah seorang bapa menghubungi Awang dan kemudian menyerahkan talian kepada anak perempuannya berusia 12 tahun bernama Ros. Menurut si bapa, anaknya itu mahu meluahkan perasaan kerana terlalu sedih dan terganggu dengan apa yang menimpa kanak-kanak dalam gambar tersebut.

Lalu Awang mendengar rintihannya. ‘‘Pak cik, kenapa kita semua tidak boleh selamatkan budak itu? Kenapa dia mesti mati macam itu? Kenapa adik rasa macam nak ganti tempat (nyawa) dia?” Selepas kata- kata itu, Ros kedengaran menangis teresak-esak dan terdengar juga suara tangisan bapanya.

Awang tidak terkata, sebak yang mendalam. Mungkin Ros lebih mengenal erti kemanusiaan berbanding kebanyakan kita.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

3 comments:

irman_rahs said...

terlalu ramai yg komen benda ni, tapi masih ramai antara kita yg buat2 cool.. lain cerita, man rasa ni kali pertama abah guna tajuk tiada cerita...kebiasaan nya abah mulakan dengan cerita tentang.... knp bah?

Abah Mui'zz said...

Man, selemah2 iman kita adalah dengan mengutuk dalam hati. Itu saja antara yg mampu kita buat, disebalik menderma dan memulaukan produk2 tertentu.

Tentang tiada cerita tu, ada pernah beberapa kali abah guna, terutamanya time abah tak ada cerita untuk dingepek. :-)

Anonymous said...

Salam Abah,

Sedih kan? Tapi mungkin tuhan jadikannya sebagai pengajaran untuk seluruh umat, bila tidak bersatu padu inilah balanya. Nasib baik Malaysia ni di rantau Asean kalau kat Arab tak tahulah apa nak jadi. Masih tertanya-tanya kenapa selepas 61 tahun, Tuhan masih tidak mengizinkan Palestin, umatnya bahagia? Hanya Allah lah yang maha mengetahui..