Tuesday, July 29, 2008

Cerita tentang sahabat...lagi...

Kawan
bila rasa ingin menangis
hubungilah aku

aku takkan suruh kau berhenti menangis

tapi...
aku akan kata
"aku ingin menangis dengan kau

tapi tak leh lama sangat

nanti habis air mata aku"


Kawan
jika terasa nak larikan diri
jauh dari masalah yg menyelubungi
maklumkan aku

aku takkan halang kau

tapi...
aku akan kata
"berlarilah bersama aku

untuk kau lupakan sementara masalah

cuma jangan terlalu laju

aku tak larat nak kejar

kaki aku pendek."

dan lepas itu aku juga akan kata

"Kau tak boleh selamanya lari dari masalah, hadapi ia"

Kawan
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia
beritahulah aku

aku takkan minta kau benci pada keluargamu

tapi… aku akan kata
"Kajilah punca kekecewaanmu, dan pa
ling penting
terimalah segala ketentuan Allah..."

Kawan
jika kau kecewa
dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti

ceritalah pada aku

aku takkan memburukkan dia

tapi aku akan kata
"cubalah letakkan diri kau ke dalam dirinya,
dan kau akan mengerti..."

Tetapi kawan

jika suatu hari aku berdiam diri

aku tak balas sms kau

aku tak angkat panggilan dari kau

hubungilah aku segera (kot emel ke, kot surat ke)

sebab waktu itu aku

ermmm...

aku sangat perlukan kau (dan aku malu untuk mengakuinya)

atau mungkin
...
aku telah kekal bersemadi
diruang nan dalam dan sepi.

Diatas adalah satu karya yang abah petik dari blog seorang sahabat. Abah ubahsuai sikit karya itu untuk sesuaikan dengan keadaan.

Kenapa abah petik tulisan sahabat itu?
-
Kerana abah rasa ada mesej untuk abah disitu.
- Kerana abah rasa, abah akan berbuat semacam apa yang ditulis, untuk seorang sahabat
dan
- Kerana abah rasa itu juga yang abah harapkan dilakukan oleh seorang sahabat.

Dan untuk sahabat yang membaca, "Persahabatan itu adalah nilai hati bukan untuk dipendam, tapi untuk ditunjukkan. Ditunjukkan dengan kaedah terbaik, dan dilandaskan tulus ikhlas kerana Allah SWT".

Abah tinggalkan untuk anda tafsir sendiri apa yang abah tulis. Mungkin ada kaitannya dengan anda, mungkin juga tidak. Tetapi abah yakin, selagi mana kita ini punya sahabat, tulisan diatas akan tetap berkait dengan diri kita, dan sahabat2 kita.

Monday, July 28, 2008

Cerita tentang 'handphone'...

Pertengahan minggu lepas, telefon bimbit yang selama ini membantu menghubungkan abah dengan ramai orang telah pun melalui fasa "buat hal". Nak menambahkan cerita, semua nombor telefon dan beberapa nota penting yang abah simpan dalam telefon itu (tulah, sapa soh simpan dalam tepon lagik!) pergi bersama2 dengan hp abah itu.

Abah dah hantar kekedai untuk dibaiki (setidak2nya cuba dapatkan balik nombor2 dalam HP tu yang sgt penting pada abah). Tauke kedai tu tak berjanji boleh baiki, tapi dia akan cuba.

Dan sementara tunggu telefon itu dibaiki, abah nak mohon jasa baik kawan2 semua, pada siapa yang masih rasa "connected" dengan abah, harap dapatlah sudi kiranya meng'sms' no anda ke telefon abah, atau tinggalkan no anda pada YM abah, atau emelkan ke, atau apa sajalah caranya, asalkan abah dapat semula nombor telefon anda untuk abah hubungi satu hari nanti, insyaAllah.

Pada yang akan berbuat demikian, terima kasih banyak-banyak.

Abah undur diri dulu, nak bersarapan pagi kejap, pastu nak siapkan kerja2 penting yang perlu disiapkan dalam minggu ini juga, kerana minggu depan abah akan hadiri bengkel selama 4 hari ( dan rasanya takkan dapat capai Internet la kot).

Anda semua jaga diri baik2. Semoga kasih sayang dan rahmat Allah akan sentiasa ada untuk anda semua, insyaAllah.

p/s: Gambar Sony Ericsson P1 kat atas tu bukan HP abah ya! Itu HP idaman abah yang masih kekal jadi idaman. :-)

Thursday, July 24, 2008

Cerita tentang adab...

Petang semalam, ada seorang adik YM abah dan tanya satu soalan, "Abah merungut lagi tak?". Satu soalan yang berterus terang. Ekeke, agaknya sebab post abah sebelum ni berupa satu rungutan, maka terkeluarlah soalan sebegitu. Dan jawapan abah, "Ada banyak nak merungut, tapi tak sempat nak luahkan kat blog."

Hahaha, abah merungut ke? Aduihhhh. Abah tak terfikir langsung apa yang abah ngepekkan diblog tempohari dinilai sebagai satu rungutan. Tapi bila abah baca balik, mungkin betul juga ianya satu rungutan. Tak kisah la kan, selagi tak disalahertikan dan tidak menyusahkan sesiapa, abah cuma luahkan apa yang ada dalam minda abah, berkenaan apa yang berlaku pada abah dan kehidupan abah.

Dan hari ni, ada satu lagi luahan(rungutan) yang nak dikongsi dengan anda. Bukan mengharapkan simpati, bukan juga nak memburukkan sesiapa. Ini sekadar luahan hati abah semata2. Kalau ada juga insan2 yang terasa, ampun maaf abah minta. Bukan niat abah nak aibkan atau kenakan sesiapa.

Kisahnya begini (abah ambik dari emel yang abah hantar pada satu yahoogroup) :-

Semalam ke Hospital Kajang, kerana anak buah masuk wad. Disyaki appendiks. Doktor cuma letakkan dalam pengawasan kerana mereka tak pasti samada appendiks atau tidak. Antibiotik dimasukkan 3 kali, puasa juga sudah 3 kali. Tapi tak juga buat operation.

Alasan diberi - kami tidak pasti samada appendiks atau tidak. Kami terpaksa observe secara manual akan keadaan pesakit. Kami tidak ada mesin yang canggih yang boleh detect appendiks. Dan semua ini dijawab dengan cara yang cukup kasar dan biadab oleh seorang doktor lelaki disitu. Bercakap menunding2 jari pada kami dan dengan nada keras.

Dan sekejap tadi, anak buah saya menelefon menceritakan satu perkara: Kata dia;
"Pagi ni ada doktor lain datang, dan depa terkejut kenapa saya belum dibedah. Kerana kata mereka saya sudah sepatutnya dibedah pagi semalam. Bila saya ceritakan pada doktor itu bahawa keputusan untuk buat observation selama 3 hari dibuat oleh doktor biadab itu, maka dia dipanggil untuk memberi penjelasan. Apabila datang, bukan kata maaf atau penerangan diberi, sebaliknya semua orang dimarah, atas alasan tidak inform dia yg pesakit telah 3 kali diberi antibiotik dan telah 3 kali puasa, sebagai persediaan untuk operation. Apabila diberitahu, semuanya tertulis dalam fail pesakit, kata dia, "Itu bukan kerja aku nak baca fail2 itu semua, itu kerja kamu semua beritahu aku."

Dan setelah bertelagah sesama sendiri, akhirnya keputusan dibuat untuk operate sekejap lagi.

Saya bukan ingin memanjangkan cerita, tetapi saya fikir doktor biadab sebegini perlu diberi pengajaran, akan betapa perlunya dia berkomunikasi dgn baik, samada dgn kakitangan bawahan, pesakit, dan ahli keluarga pesakit.

Sebagaimana lazimnya sebuah yahoogroup, abah mendapat banyak maklumbalas berkaitan isu itu. Ada yang menyarankan abah mengadu pada pihak berwajib, ada juga yang meberi simpati, ada yang berkongsi pendapat, dan ada juga yang kata abah mengada-adakan cerita. Dan entah bagaimana (kuasa Allah - melalui pengunaan teknologi), emel yang abah tulis itu sampai kepada Pengarah Hospital Kajang.

Dan ini adalah maklumbalas dari Pengarah Hospital Kajang tersebut:-

En Muizz Hakim,

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada e-mail tuan pada 22/7/08 berkenaan perkara diatas ingin memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku adalah disebabkan komunikasi antara doktor yang merawat anak buah tuan tidak berlaku dengan baik.

Setiap kes yang memerlukan pembedahan pada keesokan harinya, jika diperiksa oleh seorang doktor sebelum hari pembedahan, beliau perlulah memberi info tersebut kepada doktor yang akan menjalankan pembedahan supaya pada awal pagi beliau akan memeriksa pesakit ini terlebih dahulu dan jalankan pembedahan. Tugas ( pasing over report) ini perlu dilakukan diantara doktor yang bertugas. Sememangnya doktor yang melakukan rondaan wad pula perlulah membaca nota pesakit berkenaan supaya plan untuk rawatan pesakit tidak terlepas pandang.

Saya sebagai Pengarah Hospital Kajang merasa cukup kesal atas kejadian yang berlaku keatas anak buah tuan dan memohon maaf atas kebiadapan doktor tersebut.

Pihak saya memandang berat atas kejadian yang berlaku.Disamping teguran,beliau juga akan dihantar untuk latihan soft skill dengan tujuan untuk memantapkan keupayaan berkomunikasi secara berhemah dengan pesakit, waris dan rakan setugas.

Sekian terima kasih,

Dr Shahrum Bt Ismail
Pengarah
Hospital Kajang

Puashatikah abah? Ya abah berpuashati sebab aduan abah diambil kisah oleh mereka yang terlibat. Bukan abah nak susahkan hidup Dr yang kurang adab itu, tapi abah berbuat sebegitu kerana inginkan dia diberi sedikit pengajaran bahawa dalam berurusan dengan orang ramai, elemen adab itu sangat penting.

Abah tahu ini cerita tentang individu, bukan cerita tentang profesion. Abah yakin sangat bahawa diluar sana, terdapat ramai para doktor yang bertungkus lumus meyumbang bakti menjaga kebajikan kesihatan kita semua, dan alhamdulillah, mereka boleh laksanakan itu dengan hati yang ikhlas, muka yang manis, dan tuturkata yang beradab. Dan fahamilah satu perkara, abah sanjung tinggi kerjaya mereka dibidang perubatan ini. Banyak jasa mereka pada kita semua.

Tetapi untuk kes individu yang kurang adab sebegini, semoga pengajaran yang akan diterima mampu buatkan dia jadi doktor yang lebih baik. Kita semua mahukan satu perkhidmatan terbaik, dan sama2lah kita bekerja untuk pastikan apa saja kerja yg kita buat, dilakukan dengan keikhlasan, mengikut prosedur yang betul, dan diuruskan dengan hati dan tindakan yang menyenangkan pihak2 terlibat.

Apa yang abah pelajari dari insiden ini:
1. Jika kita menyaksikan kelemahan dalam sistem perkhidmatan dinegara tercinta ini, sebaiknya kita tegur demi kebaikan.
2. Untuk yang ditegur, terima ini sebagai satu usaha untuk kita perbaiki mutu perkhidmatan, bukan untuk menyukarkan hidup sesiapa.
3. Hubungan sesama manusia perlu dijaga baik2. Setiap manusia itu, tidak kira apa pangkat mereka, kelulusan mereka, harta mereka ada, dan sebagainya; perlu dilayan sebagai seorang manusia. Jika betul kita tersilap layan, tidak salah untuk minta maaf.

Apa pengajaran lain? Anda buat kesimpulan sendiri la ya!

Lagi sekali, minta maaf kalau ada yg terasa ttg luahan/rungutan abah yang satu ini. Abah janji untuk tidak terlalu banyak merungut dalam blog abah ini lagi (insyaAllah).

Wednesday, July 16, 2008

Cerita tentang produk dan promosi...

"Tak mati pun kalau tak minum Milo kan?"

Eh, apa ni abah? Pepagi dah bagi statement macam itu? Haha, itu bukan statement abah sebetulnya. Itu statement dari seseorang yang tiba2 menegur abah diruangan YM.

Al-kisahnya bermula begini:

Abah terima emel dalam satu group yang abah langgan, menceritakan tentang khutbah yang mempromosikan produk Islam khususnya produk bernama Radix Fried Chicken (RFC).

Kebetulan pula, baru2 ni abah ke Sungai Petani dan sempat la berkunjung ke RFC tersebut. Namun pengalaman pertama itu bukanlah pengalaman yang manis, kerana apa yang dialami agak buat abah rasa ralat. Abah cuma tengok dari luar sahaja, Ummi yang masuk membeli. Namun dari pandangan luar, dan dari komen Ummi, abah rasa kalau ke SP sekali lagipun, kami akan fikir 3 kali untuk berkunjung menikmati ayam goreng herba itu lagi.

Dan pengalaman itu abah kongsi dengan ahli group tersebut. Tak lama selepas itu, ada seseorang yang mendakwa orang kuat HPA tiba-tiba YM abah.

Diawal perbualan maya itu, rasanya ok saja, tapi bila masuk tang isu RFC, hahaha, abah ketemui seorang lagi pendokong suatu badan yang abah rasa agak radikal sikit pendekatannya.

Bila abah beri komen yang servis RFC sangat perlahan, iaitu lembab tahap gaban. Komen beliau: Ohhh, staff RFC tu penat la agaknya melayan karenah pelanggan. Abah tak tahu la pukul berapa RFC buka, tapi abah ke sana dalam pukul 11 lebih (pagi). Kalau waktu itupun staff depa dah penat, abah tak tahulah pelanggan yg pergi pukul 3-4 petang itu menerima layanan yang bagaimana.

Bila abah komen, imej RFC seperti nak meniru imej KFC. Kata beliau, itulah menyahut cabaran namanya. Kalau KFC boleh buat, RFC pun nak buat yang sama dan kita memang boleh buat. Abah pun tak tahulah apa kaitan antara menyahut cabaran dengan meniru imej.

Walaupun begitu, abah puji produk RFC ini. Ayam gorengnya sedap, milk shake nya pun boleh tahan sedap (walaupun nak beli milk shake chocolate tak dapat, sebab dah habis [pukul 11 pagi dah habis]. Whipped potatonya pun juga oklah.

Beliau juga memberi abah satu info baru, bahawasanya HPA akan mengeluarkan jenama Milo nya sendiri, yang diberikan nama Maila. Betul atau tidak, wallahua'lam. Dari cerita inilah timbulnya statement yang abah letak kat atas tu.

Akhirnya abah dihidangkan dengan kenyataan yang sebagai orang Melayu Islam dibumi Malaysia, abah perlu menyokong sepenuhnya produk Islam buatan orang Melayu. Alasan yang digunakan - kita saja yang mampu membangunkan ekonomi orang Islam malaysia ini. Cukup2lah menggunakan produk atau perkhidmatan orang2 bukan Islam, kerana mereka sudah lama menipu kita dengan mengkayakan mereka. Ini waktunya orang melayu Islam bangkit.

Sesungguhnya abah tidak menyangkal apa kenyataan yang disampaikan, malah abah setuju. Tetapi abah adalah antara manusia yang agak tidak setuju dengan cara radikal dalam menyatakan sesuatu. Contohnya bila abah komen tentang imej RFC, abah dipaksa untuk jangan fikirkan sangat soal imej RFC, abah mesti sokong produk itu. Itu produk orang Melayu Islam.

Bukan tidak menyokong produk keluaran Bumiputra Islam, tapi abah tak akan menyokong sambil terima bulat2 apa yang abah nampak, dan alami. Pada abah, menyokong tak semestinya menerima apa saja, walaupun kita tahu benda itu boleh diperbaiki, untuk kebaikan. Dan abah agak ralat sedikit bila orang kuat HPA itu menggunakan kaedah sebegini untuk mempromosi produk dan jenama mereka.

Boleh diguanakan alasan "Anda orang Melayu Islam, mesti sokong produk Melayu Islam", tapi jangan keterlaluan, hinggakan keluar statement, "Alah, tak minum milo pun tak mati kan?". Sebab kalau kaedah promosinya macam itu, abah rasa ramai orang boleh kata, "Memang tak mati, tak minum Maila atau tak makan RFC pun tak mati juga."

Abah kadang2 fobia dengan manusia2 sebegini. Teringat satu kisah sewaktu di matrikulasi, bila mana abah didekati oleh sekumpulan tabligh yang mengajak abah keluar bersama2 mereka. Abah tolak dengan baik, sebab hati abah tidak kesitu lagi. Tapi respon yang diberi, "Ohh, orang macam ini patut diikat dengan tali kat leher, dan tarik macam lembu, baru dia ikut." Pada abah, kalau inilah kaedahnya, ini bukan untuk menarik, ini kaedah untuk menjauhkan orang.

Alah, kita bukan tak biasa dengan kempen "gunalah barangan tempatan", sebab itulah Proton boleh laku satu ketika dulu. Sebab semua orang fikir, kita kena sokong produk tempatan. Tapi bila produk tempatan kualitinya tidak bagus, ada banyak masalah pada pembeli, perlukah disokong lagi, hanya atas dasar, itu produk kita. Mana pergi hak pembeli kalau dipaksa membeli produk yang mwnggunakan Islam dan Melayu sebagai alasan. Abah beli Saga baru-baru ini pun, sebab abah percaya yang Proton sudah berubah, dan mereka cuba pertingkatkan kualiti produk mereka. Mereka tidak lagi guna alasan, "Awak orang Malaysia, kena beli kereta nasional." ataupun "Jangan beli kereta orang kafir, cukup2lah menyumbang keuntungan pada mereka."

Abah bukan menentang mana2 agen syarikat jualan macam HPA semua ni atau mana2 peniaga. Sungguh abah tak tentang, cuma abah ralat dengan sikap sebahagian mereka bila cuba mendekati kita. Bila mana berniaga, kena tahu bagaimana kaedah mendekati. Pelanggan tidak semuanya sama. Ada yang akan termakan kata2 anda bulat2, ada yang sukar diyakinkan, dan ada yang akan menolak langsung. Kena pandai2lah guna kaedah yang betul, bukan dengan keluarkan ayat2 maut macam itu.

Sebab kalau betul kita nak orang Melayu Islam guna produk bumiputra, apa kata agen2 ini pakat2 pergi mana2 pasaraya, bila tengok ada orang nak beli produk keluaran syarikat bukan Islam, cepat2 halang, dan keluarkanlah hujah, "Encik org Islam, kena la beli produk buatan orang Islam." Cuba tengok apa jadi?

Walaupun abah ralat, tapi tak la banyak sangat, sebab fikiran abah kata, ini mungkin sebahagian saja agen yang bersikap begini. Abah yakin, ini bukan kaedah yang HPA ajar pada agen2 mereka. Tapi sebab manusia itu macam2 pesen, dan ada yang gunakan kreativiti mereka sendiri sewaktu mempromosi, maka akan wujudlah kes-kes sebegini.

Abah pernah kenal seorang adik yang juga agen HPA. Dan abah masih ingat bagaimana pendekatan dia. Dia buatkan abah satu mug kopi Radix, dan bagi abah minum. Sambil2 itu dia ceritakan kebaikan kopi radix ini. Dan hasilnya, abah suka denga kopi radix itu (walaupun tidak pada tahap hari2 minum radix). Suka sebab abah rasa produknya bagus, dan suka kerana cara adik itu mempromosikan pada abah, adalah dengan cara yang berhemah. Dia tidak keluarkan statement2 yang over untuk buat abah beli produk itu.

Abah juga pernah membeli Serbuk Teh Misai Kucing dari Internet. Ianya keluaran syarikat Bumiputra Islam. Abah tahu produknya berkualiti. Dan abah suka dengan kaedah depa berurusan. Depa sanggup datang hantar produk itu ke pintu rumah abah, tanpa sebarang caj. Kerana itulah kaedah mereka promosi, untuk mendekatkan pelanggan pada produk mereka. Tidak ada juga statement2 maut yang dikeluarkan. Dan hasilnya, abah tidak pernah putus beli Teh Misai Kucing itu.

Abah juga pengguna produk Gamat Healin, yang juga produk keluaran orang Islam. Abah beli dan guna sebab abah yakin produknya bagus, bukan sebab orang Healwell kata, "Awak orang Islam, kena beli produk saya."

Memang betul dalam membeli produk Bumiputra Islam ini, kita berniat membantu mengukuhkan ekonomi orang Islam, tapi bila kenyataan itu digunapakai secara 'over-rated', itu yang jadi masalah.

Kesimpulannya, dalam berusaha mengembangkan ekonomi ummat Islam Malaysia, mana2 syarikat perlu fokus pada kualiti produk, teknik pemasaran yg betul, dan imej atau branding yang sesuai. Dan perlu terbuka pada komen2 atau cadangan pengguna. Jangan keterlaluan menggunakan idea, "Orang Islam kena beli barangan orang Islam", "Jangan kayakan lagi peniaga2 bukan Islam", "Keta tak rosak kalau tak isi minyak kat Shell", dan sebagainya.

Abah yakin majoriti umat Islam diMalaysia ini akan menyokong sepenuhnya produk2 keluaran bumiptra Islam sekiranya produk itu bermutu, baik imejnya, dipromosi dengan kaedah yang sesuai, dan harganya berpatutan. Kita bukan nak sangat beli barang2 luar ini, tapi sebab pilihan kita tidak banyak, dan dalam tidak banyak itupun kaedah promosi, tidak kena dengan gaya - itu yg buat orang agak keberatan nak beli produk Bumiputra.

Apa yang abah ngepekkan diatas, adalah pandangan peribadi abah semata. Tidak ada niat nak burukkan sesiapa atau nak mengecikkan hati mana2 pihak. Kalau ada yang terasa abah minta maaf awal2.

p/s: Semalam abah ikuti juga Debat antara 2 tokoh politik di TV. Kesimpulan yg abah dapat - mengecewakan. Banyak soalan tak terjawab, ditambah dengan kenyataan2 yang menyerang peribadi, maka ia tidak banyak membantu. Minyak akan tetap naik, dan akan naik juga rasanya nanti. Dan senario politik akan kekal macam itu juga dengan ahli MP macam budak2 kecik bergaduh di Parlimen. Sangat memalukan. Isu penting tidak terjawab dan selesai, sebab asyik bergaduh benda remeh temeh. Agaknya pilihanraya yang akan datang ini, abah sekadar tonton sajalah orang pergi mengundi. Undi abah, akan abah flush kedalam lubang tandas. Agaknya.

Selamat bekerja dan berhujung minggu untuk anda nanti. Abah akan ke UPSI kerana ada sikit kerja, bermula esok. Hari Selasa depan baru boleh mencapai Internet semula agaknya.

Thursday, July 10, 2008

Cerita tentang puji...

AKU MALU KERANA DIPUJI

Aku malu pada Tuhan dan diriku
Mendengar pujian orang buat diriku,
Kerana ku tahu, aku tidak layak untuk itu…
Ilahi Kau Maha Mengetahui tentang hambaMu ini,
Dosa dan noda pada anggota dan jiwa…

Dalam kesunyian malam, ku pohon keampunan
Janganlah pujian orang itu hanya igauan…
Sedang daku di lembah kemurkaan…
Hulurkan untukku lautan keampunan…
Limpahkan daku hamparan keikhlasan…
Hingga pujian dan makian,
Tidak akan menggugat perasaan

Tuhanku, ampunlah daku bila aku dipuji,
Sedangkan Dikau Mengerti…
Diriku ini belum cukup murni…

Siapalah daku dibandingkan hamba-hambaMu yang suci
Para mujahid yang cukup berbakti,
Sedangkan aku hanya di pinggaran budi,
Belum cukup harta, atau airmata yang ku cucuri,
Belumpun darah ku tumpahi, atau nyawa ku korbani
Mereka sudah memuji,
Sedangkan baktiku belum pun terbukti…
Bahkan jauh antara langit dan bumi…
Maka, tutupilah kelemahan diri ini,

Ketika dahi merapat ke bumi… aku tangisi
Dalam kesunyian dinihari… aku ratapi
Aku amat malu padaMu Ilahi
Aku bimbangkan nifaq diri tersembunyi…
Bimbangkan puji membunuh kejujuran naluri…

Wahai Ilahi

Ampunkan daku kerana tak layak dipuji…
Ampunkan mereka kerana salah memuji...

6 minit lepas Ummi emelkan abah puisi ini, termenung sejenak saat membacanya. Bukan dibaca dengan lenggok sang pemuisi, tapi dibaca dengan hati sang manusia bergelar abahmuizz. Dan diminit yang ini abah berkongsi puisi dan kesannya pada abah, dengan anda.

Membacanya, buat abah terkesima. Membacanya juga buat abah sayu. Dan kali kedua membacanya buat abah cukup pilu.

Terkesima kerana bahasanya, sayu kerana maknanya. Pilu kerana hati abah tahu apa yg ada dalam hati ini dan kaitannya dgn puisi itu.

Kepada sang pencipta puisi puitis penuh makna itu, terima kasih. Kepada ummi, terima kasih kerana berkongsi dengan abah. Abah tahu ummi tahu hati abah, sepertimana abah tahu hati ummi. Dan sesungguhnya Allah Maha Tahu hati kita.

Untuk anda, kita cuma manusia biasa yang sangat lemah, sungguh banyak kekurangan. Semoga dengan kekurangan dan keinsafan diri, kita mampu jadi hamba yang baik. Sekurang2nya mampu untuk menghadapi hari-hari di Padang Mahsyar nanti.

Tuesday, July 08, 2008

Cerita tentang P(u)aka...

Minta maaf pada kawan2 yang sering melawat blog abah ni. Maaf kerana abah agak kesuntukan masa untuk post sesuatu - epekan, luahan, pandangan atau apa saja yang sewaktu dengannya.

Sehingga Khamis ini, abah terperangkap di Saujana KL kerana terpaksa hadiri satu persidangan dan bengkel. Bosan juga bila dah kerapkali kena hadiri benda2 sebegini, tambahan pula bila tak berapa kena dengan minat. Tapi apapun, ada jugalah kebaikannya.

Sewaktu ada seorang pembentang bentangkan kertas kerja dia, sempat juga abah belek NST. Jangan tanya kenapa, abah rasa anda pun tahu kenapa abah belek suratkhabar waktu orang bentangkan kertas kerja.

Tertarik pada satu artikel dalam NST. Satu artikel yang bercerita tentang tempat tumpah darah abah. Mana lagi kalau bukan Paka. Tapi baca tulisan Alias Mohamed itu, ada beberapa perkara yang abah tak berapa setuju. Terutamanya bila dia kata, "Despite the modern outlook, Paka hasn’t lost its traditional charm. Fishermen still go out to sea and sell their catch in the wet market. When not at sea, they can be seen mending their nets or cleaning their boats on the beach while the women clean and dry salted fish and squid on the beach as well as make and sell keropok lekor, a popular local delicacy."

Pada abah, benda2 itu banyak sangat yang dah hilang. Berapa kerap abah balik kesana pun sekarang ini, benda2 itu sudah tidak ada. Amat jauh bezanya dengan waktu abah kecil2 dulu. Abah sesungguhnya rindu dengan Paka dizaman abah kanak2. Tapi itulah namanya perubahan zaman, dan itulah namanya, tidak ada benda kekal. Tapi tak apalah, walaupun abah tak nampak lagi benda2 yang abah rindu itu depan mata, ia tetap segar dalam fikiran abah. Nak kongsikan dengan Muizz pun, rasanya dia pun tak boleh gambarkan betapa seronoknya abah dengan tanah tumpah darah itu satu ketika dulu.

Oklah, merepek la pulak. Abah mintak diri dulu. InsyaAllah kalau diizinkan, abah akan mengepek lagi nanti, bila tu tak pasti.

p/s: Seperti yang abah janjikan, untuk sahabat2 yang mengenali abah secara peribadi, ini abah sertakan sikit foto terbaru (baru petang tadi snap) si kecik no 2 kesayangan abah, untuk tatapan anda semata-mata.


Wednesday, July 02, 2008

Cerita tentang adab dan sahabat...

Seorang rakan SIM abah menghantar emel berkenaan adab-adab dalam bersahabat, dan abah nak kongsi panduan berguna ini dengan anda.

DI DALAM BERSAHABAT...

Apabila bersahabat, diri sendiri dan sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah : -

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

Komen abah - This is very much true. (uiks, omputeh lak ke abah?) Pernah ada pengalaman pahit tentang kenyataan ini, bukan sekali, tapi berkali2, cuma dengan orang yang berbeza. Pesan abah, kenali karekter sahabat itu dahulu sebelum bergurau senda.

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

Komen abah - Betul juga. Mengkritik boleh (dan sangat perlu), asal jangan terlebih kritik.

3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

Komen abah - Jika ditanya abah, abah suka andai sahabat2 bertanyakan hal peribadi berkaitan orang2 terdekat dengan abah. Tapi bertanya sajalah, jangan sampai tahap mengorek rahsia. Ekekeke. Sebab kalau abah ditanya dan abah cerita, maknanya sahabat itu boleh tahu, tapi kalau ditanya abah tak jawab, maknanya, abah tak nak sahabat tahu.

4 . Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

Komen abah - Betul juga, tapi tengok keadaan. Kadangkala perlu juga ditanya. Tapi dalam bersahabat, selalunya tak perlu tanya, sahabat itu akan sukarela bercerita tentang benda ini, kecuali dia rasa kita tidak perlu tahu.

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

Komen abah - ini juga sangat perlu, cuma sayang, tak ramai orang yang ada kebolehan ini termasuklah abah. Kadang2 bukan niat kita nak membocorkan rahsia, tapi ia berlaku tanpa kita sedar. Sebabnya - suka sangat bercakap, hingga terlepas cerita/rahsia ttg sahabat lain. Kalau anda terasa nak bercerita dengan abah perkara rahsia, sila ingatkan abah awal2 bahawa itu rahsia yang perlu disimpan.

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

Komen abah - sangat betul. Kita manusia tidak ada yang sempurna, walaupun itu yang kita harapkan selalu. terima kekurangan sahabat, kalau rasa boleh diperbetulkan, tegurlah dengan kaedah paling berhemah. Untuk kebaikan dia, dan juga kita.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

Komen abah - Bercakap sedap mulut ini kalau nak dikira, bukan untuk sahabat saja, tapi untuk semua orang. Tetapi kalau bijak menyesuaikan tutur kata dan emosi sahabat, abah pasti kita akan lebih dikasihi sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

Komen abah - Abah tak pasti tentang ini. Kadangkala abah perlukan juga teman2 memberitahu teman2 lain ttg sesuatu. Sebab kadang2 abah terlupa untuk beritahu secara peribadi. Pada abah, selagi berita yang diberitahu itu bukan rahsia peribadi, abah ok saja. Asal saja tidak ditokok tambah dan diubahsuai berita itu.

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

Komen abah - Abah dah komen dalam Cerita tentang hubungan.

10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

Komen abah - dalam mana-mana hubungan sekalipun, petua ini perlu diikuti.

1 1. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

Komen abah - sama dengan komen item 10 diatas.

12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Komen abah - jika ini yang berlaku, kita sebenarnya bukanlah bersahabat dengan sahabat itu. Kita cuma berkawan sahaja. Kerana dalam berkawan, benda2 ini boleh berlaku, tapi dalam bersahabat, it is a no-no.

Itu sajalah dulu kot untuk hari ini. Ada banyak kerja nak diselesaikan, kerana 2 hari lepas, abah dah luangkan masa hadiri persidangan di KLCC. Menarik persidangannya, sebab ada VC USM yang bentangkan kertas kerja.

Hujung minggu ini pula abah perlu ke Sungai Petani, kerana ada kerja sedikit di sana. Abah bawa famili sekali insyaAllah.

Minggu depan, untuk 4 hari lamanya, abah perlu hadiri persidangan lagi di Saujana Subang.

Aduihhh, makin banyak la kerja pejabat yang akan tergendala.

Selamat bekerja untuk anda, dan selamat berhujung minggu nanti. Kita jumpa lagi minggu depan insyaAllah. Anda doakan kesejahteraan abah sekeluarga, dan abah juga doakan yang sama untuk anda, insyaAllah.

p/s: Ummi ada minta abah muatturun lagu yang menarik perhatian ummi. Ini abah kongsi dengan anda juga lagunya. Mana tahu kot2 ada yang suka.

Nota untuk ummi - Andai apapun berlaku, jangan bersedih, dan jangan sekali-kali ditutup pintu hati itu untuk abah. Sebab abah tak tahu pintu mana lagi mampu abah ketuk untuk menagih kasih dan simpati.