Semalam abah dapat satu emel dari seorang adik, minta abah komen tentang satu benda. Abah memang dah lama nak komen, cuma abah terlupa.Isunya ialah tentang apa yg hangat diceritakan disuratkhabar skrg ni: Black Metal. Berita di akhbar dan TV kata Black Metal, Mastika kata JIT(Jangan Ikut Tuhan). Dua nama, tapi abah rasa apa yg diutarakan adalah cerita yang sama.
Ada orang kata ini cuma agenda politik kerajaan dan PAS, saja nak menakut-nakutkan umat Islam Malaysia. Mungkin betul. Mungkin tidak.
Pada abah, abah tak pandang ini dari sudut politik atau apa, abah cuma pandang dari sudut kesucian agama Islam, dan juga pembangunan bangsa melayu. Kenapa Islam, kenapa Melayu? Sebab rata-rata budak2 yang terlibat dalam isu ini adalah remaja melayu Islam.
Koyak Quran, kencing atas Quran, sembelih kambing hitam, minum darah kambing atau darah sendiri, berzina atas Quran etc. Nauzubillah. Pelik ke? Memang pelik. Mustahil ke? Tak mustahil. Memang betul berlaku ke? Wallahualam.
Tapi berdasarkan pembacaan abah sikit2, abah percaya ia berlaku. Dan bila semua akhbar ceritakan kisah itu, semua orang macam terkejut dan semua orang nak beri pendapat masing-masing.
Rata-rata orang akan menentang perkara sebegini, dan dalam masa yang sama, ada juga yang seolah-olah membela diri. Kenapa perlu membela diri? Sebab tuduhan banyak tertumpu pada muzik metal. Kes-kes pelik yg abah sebut tadi ada kaitan dengan muzik black metal. Dan peminat2 metal ini sudah tentu rasa terpanggil untuk menyatakan pandangan mereka bagi menepis tanggapan orang yang muzik metal itu menyesatkan.
Abah tidak kata orangramai salah, peminat/pejuang metal betul atau sebaliknya, tapi abah nak komen sikit apa fikiran abah tentang ini.
Pernah abah tengok satu rancangan talk show di TV3 yang membahaskan isu ini. Peminat dan pejuang muzik metal menyalahkan remaja kita yang kata mereka tidak pandai menghayati muzik, dan tidak boleh membezakan muzik dengan budaya. Pada abah pula, abah sendiri pun tidak pernah tahu menilai seninya muzik itu, baik jazz, klasik, rock, hatta metal, walaupun abah minat dengar. Dan alhamdulillah, walaupun tidak pandai menilai muzik, abah tidak pula terjebak dengan benda-benda pelik, dan abah rasa majoriti anda pun macam itu.
Dan kalau dilihat remaja2 yang terlibat dengan kes-kes pelik diatas - siapa mereka itu? Mereka bukan orang terpelajar yang boleh berfikir dengan baik. Memang abah akui ramai peminat metal yang berjaya dalam kerjaya dan hidup, jadi orang hebat2. Tapi mereka itu siapa? Yang jadi masalah kita ini siapa? Abah tak fikir kita boleh menyuruh budak-budak itu supaya berfikir dan menilai muzik metal itu, dan perlakuan2 pelik tadi akan terhapus dengan sendiri.
Bandi dari kumpulan Amuk yang ada dalam talk show tersebut kerapkali mengatakan bahawa metal sebenarnya membawa mesej yang baik-baik dalam liriknya. Abah tak tahu, sebab abah tak faham satu apapun lirik2 lagu metal ni, bila abah cuba dengar sekali dua. Dan ada penonton yang call tanya Bandi, "kalau betul nak bawa mesej yang baik, kenapa penampilan mesti macam itu?". Betul juga kata dia. Abah tak fikir pemuzik2 metal sekarang ini baik penampilannya. Dengan topeng, berambut panjang, berjeans ketat, berpakaian hitam etc. Abah tak nampak apa mesej kebaikan yang cuba ditampilkan. Abah tidak salahkan muzik metal. Anda jangan salah faham.
Cuma abah fikir, tidak cacatnya kalau Siti Nurhaliza menyanyikan Ya Maulai dengan berpakaian seperti Waheeda, dan tidak akan cacat juga lagu-lagu Amuk andainya Bandi dan kawan-kawannya berpakaian seperti Raihan. Tak salah kalau imej dan penampilan metal malaysia diubah sedikit dari metal barat, dengan menampilkan pemuzik metal yang bersih dan kemas penampilannya. Ini mungkin satu usaha yang boleh diambil, putihkan sikit black metal itu.
Kesian juga kat Metal, sebab kali ini dia jadi mangsa, (walaupun abah fikir, ada faktor juga metal itu penyebabnya). Dulu-dulupun ada juga kes pelik2 berkaitan muzik. Kalau anda ingat Main Puteri di Kelantan dan Kuda Kepang di Johor juga satu ketika pernah melibatkan makhluk halus dan semangat2 yang boleh menjadikan manusia syirik.
Tapi kes itu tidak ketara kerana yg terlibat rata-ratanya orang tua, dan tidak ada ritual yang menghina agama.
Entahlah, abah pun tak tahu apa yang dah terjadi dan bakal terjadi. Tapi masalah sudah ada, dan perlu dicari jalan penyelesaiannya. Camna nak selesaikan? Abah tak ada idea. Abah fikir mereka yang bijak pandai didalam kabinet dan ditempat2 yang ada kuasa tu, boleh fikirkan sesuatu. Sesuatu yang boleh menyelesaikan walaupun sikit masalah yang melanda remaja melayu Islam kita skrg ini.
Anda fikir macamana? Tulislah komen, supaya abah dan kawan2 blog abah boleh baca pendapat anda.
Oklah, abah tak nak cerita panjang lagi, abah nak gi breakfast sat.

1 comment:
pendapat Amlah Abah, pengikut black metal dimalaysia ini suka mengikut dan mengikut pula secara membabi buta. Yang paling mnayakitkan sudahlah ikut mereka ingin menjadi lebih hebat dari orang yang mereka ikut itu.
Bagi Am walaupun kita larang black metal tapi tiada tindakan tegas yang diambil, bising setakat diTV, majalah, suratkhabar sahaja, maksud Am tiada tindakan secara menyeluruh dari semua pihak.
Lagi satu yang Am perasan ialah benda semasa kecil tak nak ditegah, bila besar semua pihak mula mencari alasan dan akhir sekali baru nak cari jalan penyelesaian.
Post a Comment