Showing posts with label merdeka. Show all posts
Showing posts with label merdeka. Show all posts

Monday, September 03, 2007

Cerita tentang 31 Ogos 2007...

Hari ni dah 3 September, tapi abah masih nak mengepek tentang 31 Ogos. Boleh kan? :-)

31 Ogos, tarikh yang rata2 warga Malaysia akan tahu apa harinya. Budak-budak pun dah pandai dok melaung2kan Merdeka, walaupun depa tak faham sangat apa maknanya merdeka. Tapi tak banyak bezanya dengan orang2 tua pun. Ramai juga warga2 dewasa Malaysia yang sangat pandai laungkan kata Merdeka, walhal depa pun tak tahu apa itu maknanya perkataan itu. Hanya sebab orang sebut, kita sebut. Hanya sebab orang raikan, kita sama raikan. Atau paling hebat, hanya kerana hari itu cuti dari bekerja, maka kita sambut gembira "cuti merdeka".

Berbalik pada makna merdeka, apakah maknanya pada anda? Abah yakin anda rakan2 blog abah mesti ada pengertian merdeka itu dalam hati anda, samada terluahkan atau tidak. Dan abah pun ada pemahaman dan pengertian sendiri pada merdeka - yang mungkin sama, mungkin tidak sama dengan anda.

Kata abah, merdeka itu perjuangan. Perjuangan yang bukan sekadar menuntut kemerdekaan tanah tumpah darah, tapi perjuangan memastikan minda dan jiwa kita juga bebas. Merdeka itu perjuangan memastikan kehidupan kita akan kekal baik, dan akan bertambah cemerlang. Merdeka bukan sekadar mengenang kisah2 pejuang2 kemerdekaan 50 tahun lebih yang lepas. Sejarah hanya sebahagian dari kemerdekaan, yang tidak boleh kita lupa, tapi tidak perlu kita terlalu fokus padanya. Cukup sekadar anak bangsa mengenang erti perjuangan mereka. Yang lebih penting, adalah untuk anak bangsa meyambung cita2 dan impian sejarahwan2 merdeka itu. Abah sangat yakin Tunku Abdul Rahman dan mereka lain yang berjuang untuk kemerdekaan punya cita2 dan pengharapan yang lebih dari itu. Bak kata salah satu iklan kemerdekaan, "Mampukah apa yang kita bina hari ini membawa kita kehadapan?". Mesej yang cuba disampaikan oleh Petronas mungkin pada setengah kita hanya sekadar memenuhi komitmen mengeluarkan iklan. Tapi pada abah, maknanya lebih dari itu. Itulah satu benda yang perlu kita jawab, seikhlasnya, dalam menentukan hala tuju negara merdeka kita ini.

Apa yang abah nampak hari ini bukanlah satu jawapan yang baik pada persoalan itu. Kita boleh kata kita merdeka, tapi hakikatnya banyak perkara yang kita belum merdeka. Atau untuk sedapkan kata, kita boleh kata kita merdeka dengan cara kita sendiri. Contoh paling baik, adalah sewaktu abah ke Pantai Irama, Bachok hari sabtu itu hari. Sampah sarap merata2 tempat. Bukan kucing atau kambing yang buat sampah itu, tapi manusia2 merdeka diMalaysialah yang membuang sampah2 itu. Semalam juga waktu abah memandu balik ke KL, kereta agak sesak. Dan disebalik ramai yang sabar menanti giliran bila tiba kesesesakan waktu lampu trafik merah, ramai juga lagi warga merdeka yang memilih untuk memotong barisan. Agaknya itulah antara contoh yang ingin kita tunjukkan pada dunia, bahawa kita adalah rakyat merdeka. Hahaha, mungkin tak nampak kaitannya antara sikap dengan kemerdekaan, tapi percayalah, ia lebih dari berkait. Warga merdeka adalah warga yang berpekerti sikapnya. Atau mungkin itulah antara sikap warga merdeka pada kita.

Oklah, tutup bab erti merdeka. Abah nak kongsi dengan anda 2 iklan TV sewaktu merdeka baru2 ini yang abah suka. Banyak sebenarnya iklan yang abah suka, kerana mesej dan keunikannya, tapi dua ini yang abah paling suka. Iklan TM adalah kerana mesej yang ingin dibawa, yang pada abah, tak ramai yang nampak perkara itu. Dan iklan kedua dari Petronas, ada juga makna yang nak dibawa, walaupun ia mungkin jadi kontroversi pada setengah kita. Tapi pada abah, iklan itu 'cute'.






Dan untuk kami sekeluarga, 31 Ogos setiap tahun bermula 2000, bukan sekadar sambutan merdeka semata. Kerana 31 Ogos adalah hari ulangtahun perkahwinan abah dan ummi, yang alhamdulillah telah masuk tahun ke-7. Dan kali ini, agak istimewa sikit, kerana ummi dan abah dapat meraikannya bersama2 dengan sebahagian adik beradik dan anak2 buah yang ramai itu dikampung. Untuk Ummi, 31 Ogos 2007 adalah tarikh genapnya 7 tahun masihi abah mengecap erti bahagia hidup berumahtangga. Terima kasih atas segala-galanya yang Ummi berikan pada abah - kasih sayang, kesetiaan, kejujuran, kelembutan, doa harapan, anak jantan kesayangan dan hasil air tangan - yang tidak pernah jemu menikmatinya.

Dan abah tujukan satu lagu baru dari Anuar Zain untuk Ummi, sempena tahun ke-7[nombor kegemaran abah ni!] ini. Ini bukanlah lagu terbaik Anuar, tapi tak kisahlah itu, yang penting liriknya yang ingin abah tujukan pada Ummi, dan izinkan abah untaikan sedikit kandungan lirik yang bermakna itu...


Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

p/s: Abah juga nak ucapkan Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-50, buat seorang sahabat dan abang yang sangat abah kasihi dan hormati. Banglong, abah tahu tahun ini adalah tahun penuh makna untuk abang, dan semoga tahun2 kehadapan akan lebih gemilang buat banglong, insyaAllah.

Wednesday, August 30, 2006

Cerita tentang 31 Ogos 2006...

31 Ogos, tarikh yang abah tunggu-tunggu saban tahun, terutamanya sejak enam tahun yang lepas. Hehe, kenapa abah tunggu ek?

Sebab utamanya, 31 Ogos inilah hari ulangtahun perkahwinan abah dan ummi, dan tahun ini genap sudah 6 tahun masihi abah dan ummi hidup bersama, ditemani seorang budak kecik yang banyak songeh, Ahmad Mu'izz Hakim.

Sebab keduanya, 31 Ogos inilah juga hari mengingati kemerdekaan Malaysia negara tercinta ini.

Abah tak mahu komen banyak tentang merdeka, abah cuma nak menulis sikit tentang anniversary kami, dan tulisan ini abah tulis untuk ummi.

Untuk Ummi, ucapan ini mungkin ucapan yang sudah keberapa kali abah ucapkan, sebab abah tahu, by the time ummi baca mesej ini, 31 Ogos dah lepas.

Selamat ulangtahun perkahwinan untuk Ummi. Memiliki Ummi selama 6 tahun ini, adalah satu kurniaan Allah yang cukup bermakna dan membahagiakan buat abah. Kehadiran Muizz yang selalu buat kita ketawa, yang selalu buat kita senyum, yang selalu buat kita marah, yang selalu buat kita risau, yang selalu buat kita sedih, sedikit sebanyak menambahkan lagi rasa kasih yang ada dalam diri abah buat Ummi.

Abah berdoa moga2 Allah akan beri abah peluang untuk masih terus memiliki ummi selagi roh abah masih dikandung jasad, insyaAllah.

Dua lagu dibawah abah tujukan khas buat Ummi, walaupun ianya masih belum mampu untuk gambarkan sepenuhnya perasaan abah, tapi inilah dua yang paling baik yang dapat abah tujukan.



I swear by the moon and the stars in the sky
and I swear like the shadow that's by your side

I see the questions in your eyes
I know what's weighing on your mind
You can be sure I know my part
Cause I stand beside you through the years
You'll only cry those happy tears
And though I make mistakes
I'll never break your heart

And I swear by the moon
And the stars in the sky I'll be there
I swear like the shadow that's by your side I'll be there
For better or worse
Till death do us part
I'll love you with every beat of my heart
And I swear

I'll give you every thing I can
I'll build your dreams with these two hands
We'll hang some memories on the wall
And when just the two of us are there
You won't have to ask if I still care
Cause as the time turns the page
My love won't age at all

And I swear by the moon
And the stars in the sky I'll be there
I swear like the shadow that's by your side
I'll be there

For better or worse
Till death do us part
I'll love you with every beat of my heart
And I swear




Seandainya kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kaujauh darimu
'Kan slalu kunanti
Karena ku sayang kamu

Hati ini selalu memanggil namamu, dengarlah melatiku
Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yang lain
Adakah rindu dihatimu, seperti rindu yang kurasa
Haruskah ku terus terlena, tanpamu di sisiku
Ku 'kan slalu menantimu

Ummi, I love you...

Tuesday, August 30, 2005

Cerita tentang memilih kawan...

Ahad lepas abah ada terima emel dari seorang kawan siber abah, katanya "Sebenarnya, macam2 kawan aku ada. Ada yang gangster, ada yang rock, ada alim-alim, ada funky2, ada yg sosial2, ada biase2 je, adik2 junior lagi nak kena layan. Ramai jugak la kenalan aku sampai aku tak terlayan. Macam2 lah. & aku join je semua tu."

Alhamdulillah syukur, bahagia hidupnya ada kawan seramai itu.

Sebab kenapa abah sertakan excerpt dari emel kawan abah tadi ialah kerana abah nak sentuh sikit tentang isu kawan. Abah tahu ramai kita diluar sana yang boleh saja berkawan dengan siapa saja, dan ada juga yang memilih kawan. Masing2 ada pendapat dan abah rasa dua2nya betul.

Kita boleh nak berkawan dgn siapa saja, dan kita juga boleh nak memilih kawan kita, dan pada abah, abah lebih memilih pada gabungan kedua2 pendekatan tadi. Maknanya, abah boleh nak berkawan dengan siapa saja yang nak berkawan dengan abah, dan dalam masa yang sama, abah menilai juga kawan tadi, samada betul boleh abah buat kawan, atau perlukah abah lupakan niat berkawan itu.

Bukan sebab abah pilih bulu atau apa, tidak. Pada abah, dan pernah abah dengar orang berkata "kalau kita nak jadi baik, berkawanlah dengan mereka yg baik" sebab "kalau kita berkawan dgn org yang tidak baik, paling tidak pun, sedikit tempias ketidakbaikan kawan tadi akan terkena pada kita juga".

Kawan macamana yg abah pilih? Abah bila dah berkawan, selalunya akan menilai samada kawan ini adalah kawan yang boleh membantu abah kearah kebaikan, ataupun abah boleh bantu dia kearah kebaikan juga. Ini bukan maksud abah akan cari orang2 yang baik saja.

Ada juga orang2 yang kurang baik, tapi bila timbul kesedaran, cuba untuk menjadi baik. Kalau beginilah orangnya, insyaAllah, akan boleh jadi kawan ataupun sahabat abah.

Tapi kalau orang yang kurang baik, dan tidak nampak ada usaha nak kearah baik, malah lebih teruk lagi, kalau dia itu boleh berbangga-bangga atas ketidakbaikannya, abah mintak maaf la, kalau abah terpaksa lupakan kawan2 sebegini.

Abah pun bukan manusia sempurna, sebab itu bila berkawan, abah berharap kawan2 akan tegur abah untuk jadi lebih baik, ataupun abah boleh tegur mereka untuk kebaikan mereka.

Dan alhamdulillah, setakat hari ni, kawan2 abah kebanyakannya jenis yg boleh jadi kawan abah, dan ada yg tahap menjadi sahabat abah. Dan ada juga 2,3 kes kawan yg abah terpaksa lupakan saja niat berkawan dengan mereka.

Ahad lepas abah ke rumah sepupu ummi. Dalam borak-borak, dia cerita tentang satu kursus kesihatan yg dia pergi. Doktor yng bagi talk tersebut kata sekali dalam setiap 3 bulan, kita seharusnya cuci usus kita. Ini kerana usus kita selalu digunakan untuk memproses sekian banyak benda yang masuk, dan semestinya pelbagai jenis. Adalah elok kalau kita boleh cuci atau detox usus kita untuk kesihatan yang lebih baik. Bagaimana nak cuci???

Ambil satu gelas yang biasa saiznya, isikan 1/3 gelas dengan Virgin Olive Oil, 1/3 lagi dengan jus grapefruit, dan 1/3 lagi dengan jus lemon. Kacau semua tu supaya bercampur. Kalau masam sgt, tambah sesudu kecil madu. Minum ramuan tersebut sebelum tidur, kerana ramuan tadi akan bekerja mencuci usus semasa kita tidur.

Abah dah pun beli lemon dan grapefruit semalam, ingat malam ni abah nak try. In case apa2 jadi, at least esok cuti merdeka. Cakap tentang merdeka..hmmmm, 31 Ogos lebih bermakna pada abah bukan sebab merdeka saja...31 Ogos adalah tarikh dimana abah terima tanggungjawab besar sebagai seorang suami...suami pada ummi. Anda doakan abah, ummi dan muizz senantiasa hidup dalam lindungan dan rahmat Allah.

Kita cerita2 lagi lepas cuti merdeka nanti.

Teringin nak petik kata2 Ibnu Sina: "Aku lebih rela hidup pendek yang penuh terisi, daripada hidup panjang yang kosong."

Merdeka...merdeka...merdeka.

p/s: merdeka tu apa ya? :-)