Friday, July 06, 2012

Cerita tentang Munajat Kasih...


Salam sahabat,

Moga semuanya baik2 saja di hari sayyidul ayyam ini.

Tidak ada epekan pagi ni, cuma nak letak youtube lagu yg baru abah dengar di ikimfm sewaktu memandu tadi. MasyaAllah, bagus liriknya. Suaranya pun sedap, antara vokalis kumpulan nasyid yg abah cukup minat. Alhamulillah, satu hasil yg baik dr Azwan FarEast.

Moga sahabat2 pun dpt belajar sesuatu dari lagu ini. Dan dari apa saja lah yg berlaku dalam hidup seharian kita. Setiap detik, setiap saat, adalah pelajaran buat kita. Allah memberitahu dan mendidik kita dari pelbagai sumber dan kejadian, antaranya dengan memberikan kita peluang melalui sesuatu perkara itu. Jika perkara manis, alhamdulillah. Belajar la sesuatu darinya. Jika perkara pahit pun, alhamdulillah, masih ada yg Allah nak sampaikan. Buka hati, buka minda. InsyaAllah, kita akan sentiasa jadi daripada golongan mereka yg bersyukur dan belajar.

Jazakallah.



Munajat Kasih - Azwan Ibrahim FarEast

Dikala pawana mencium senja
Merangkaklah insan ke laman takwa
Menziarahi khilaf di pusara doa
Menulis dosa memadam noda

Belantara malam seindah anugerah
Kelopak tafakur bercambah di pagar pasrah
Mengurai simpul resah diratah sejadah
Munajat kasih menadah tak bertingka

[Korus]
Bukan mudah melelas rindu
Laskar nafsu selalu memburu
Dinding mujahadah retak seribu
Lorong istiqamah beronak berliku

Mata bersagah menahan lena
Semakin asyik dibuai asmara
Lentera hati bernyala cahaya
Rahmat melimpah ditangan terbuka

[Ulang Korus]

Ketika mata menatap pagi
Berbunga cinta mekar berseri
Harum mewangi ditaman syurgawi
Mahligai abadi bahgia hakiki

Munajat kasih...

Thursday, July 05, 2012

Cerita tentang tajwid...

Salam sahabat2 yg dikasihi,

Lepas Maghrib tadi, sepatutnya ada bacaan yassin dan tahlil. Tapi di 15 minit pertama, ex-imam buat sesi luah perasaan. Dah lama simpan katanya, dan malam ini dia nak luahkan. Saspen jugak nampak semua orang. Ingatkan apa, rupanya ditegur tentang bacaan Yassin. Kata imam, kebanyakan bacaan yg didengar tak betul tajwidnya. Panjang pendek harkat pun berterabur. Masing2 diam tunduk. Kata imam lagi, "kalau bacaan itu dituju pada arwah2 dialam sana, rasanya tak sampai bacaan tu". 

Abah pun termasuk dalam yg tunduk dan membisu. Tunduk sebab malu pada diri sendiri. Malu pada Allah juga, sebab abah pun termasuk dalam kelompok yg imam tegur. Memang sepatutnya malu pun, sebab di usia mencecah 4 siri ni, baca Quran pun masih berterabur. Bukan takde niat nak belajar, sedang belajar pun, cuma dikala dah tua ni, slow sikit la nak masuk apa yg dipelajari. Hukum2 tajwid pun masih tak ingat mana satu ikhfa', mana satu idgham. Apatah lagi mad-mad tu semua. Adehhhh. Tapi itulah kan, ada sebabnya Allah jadikan macam itu. Walaupun abah yg salah, sebab waktu muda2 tak nak belajar pasal hukum2 bacaan Quran ni, tapi abah juga yakin, apa yg dah berlaku ada sebabnya. 

Cuma pada sahabat2 yg masih muda tu, abah sarankan, belajar la awal2 tentang kaedah2 bacaan al-Quran dengan betul. InsyaAllah jika muda2 lagi dah pandai baca Quran dengan betul dan tepat, nanti bila dah meningkat umur, banyak kelebihannya. Terutamanya bila dah berkeluarga. Anak2 boleh diajar sendiri. Dan boleh ajar rakan2 lain juga. Supaya semuanya sama2 memenuhi hak2 setiap huruf dan bacaan dalam kalam Allah itu. 

Tapi pada yg sebaya dan lebih senior dari abah pun, masih belum terlambat utk belajar. Sekarang pun banyak dah pusat2 pembelajaran Al-Quran dibuka disana sini. Antaranya pusat2 pembelajaran AQ teknik al-Baghdadi. Jadinya kalau nak kata, takde tempat utk belajar, agak susah la sikit nak diterima. Yg penting, jangan beralasan. InsyaAllah bila niat dah ada, dan kita berusaha sedikit, Allah akan mudahkan. Takpelah kalau merangkak pun (abah pun sama), asalkan ada usaha untuk perbaiki. Bukan la niat nak jadi Qari dan Qariah Malaysia, tapi untuk pastikan bacaan AQ kita itu betul. Sebabnya, bila dah jadi Imam nanti, tak sah solat bila bacaan salah. Dan abah tahu anda pun tahu, yang ini bukan perkara enteng.

Panjang la pulak mengepek. hehe. Abah berhenti disini dulu. Tapi sebelum tu, nak berkongsi satu nota ringkas untuk mereka yg baru nak mengenal tajwid al-Quran. Moga2 ia membawa manfaat bersama. 




Moga kita diketemukan lagi nanti. Banyak yg nak dingepekkan lagi ni. InsyaAllah abah sambung mengepek dilain waktu. Jaga diri sahabat2 semua baik2, dan ahli keluarga juga. Moga2 kita sentiasa diberi rahmat olehNya.