Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Wednesday, January 27, 2010

Cerita tentang tasbih cinta...

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta...



Haha, kalau dapat agak, pastinya anda tahu abah nak mengepek tentang apa hari ini.

Setelah lelah 2 hari fokus abah milik kertas2 peperiksaan yg kadangkala sesakkan nafas itu, akhirnya hari ini, abah berkelapangan untuk mengepek sedikit.

Dan epekan ini adalah berkaitan dengan sebuah cerita yg sekian lama telah abah tunggu - Ketika Cinta Bertasbih.


Abah tidak mahu komen banyak, sebab abah tidak pandai mengkritik filem. Abah mengomen ini dari sudut pandangan abah, seorang penonton yang mengharapkan ada kebaikan dari adaptasi novel yg sangat berjaya itu.

Alhamdulillah, kalau Ayat-Ayat Cinta mengecewakan abah kerana filem tidak begitu menjelmakan novelnya, tapi tidak dengan yang ini. KCB ini adalah realiti pada imaginasi abah ketika membaca kedua novelnya.

Jalan cerita yg hampir menyamai, dan filem yg berjaya mengusik rasa hati abah. Ada ketikanya abah senyum sendiri, ada masanya abah bergenang air mata, dan ada ketikanya, imaginasi abah disentuh.

Walaupun pelakon2nya bukanlah muka2 yg abah biasa lihat, tapi lakonan mereka begitu bersahaja dan tulus. Abah dapat rasakan itu. Abah tidak pasti adakah memang pelakon2 itu sekadar menjiwai watak mereka atau apa, tapi yg penting, lakonan mereka dengan kisah mereka itu, begitu mengusik jiwa abah. Sungguh.

Itu saja komen abah untuk filem yg abah sarankan anda tonton ini. Kalau anda baca novel2nya, akan lebih seronok mengikuti filem ini. Tapi kalau tidak pun, masih tidak ada cacatnya menonton KCB ini.

Ini antara filem yg abah akan beli DVDnya, yang asli pastinya. Ekekeke. Bukan senang nak tengok abah beli DVD original. Hahaha.

Semoga berjumpa dilain ketika, insyaAllah.

Kata-kata ini adalah definisi Anna pada cinta, menarik kata2nya, dan tidak sukar juga untuk difahami yg tersirat.

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

p/s: Sayang sekali, Anna Althafunnisa dalam filem ini tidak seperti yg abah imaginasikan. Tidak dari segi fizikalnya. hahahahha. Tapi sifat, sikap dan kualiti diri wanita muslimah idaman masih tetap berjaya ditonjolkan pelakonnya. Dan itulah yg penting sebenarnya, kan? kan? kan?

Wednesday, November 19, 2008

Cerita tentang Madagascar 2...

Hari ini abah cuti. Sebabnya nak habiskan cuti, dan juga nak servis kereta. Dan memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah, maka abah heret juga anak jantan abah ke tempat servis kereta.

Habis je servis kereta, yg mengopakkan dompet abah sebanyak RM350, abah bawa Muizz ke 1-Utama. Bukan nak shopping, tapi sebab abah dah janji dengan dia minggu lepas nak bawa dia tonton Madagascar 2. Kebetulan hari ni Rabu, dan harga tiket murah sikit, maka kami pun dapatlah tonton Madagascar 2. Penuh jugalah panggung dengan mak ayah dan anak2. Maklum sajalah, cerita animasi, dan budak2 pulak bercuti sekolah.

Apa komen? Pada abah, M2 adalah cerita yang menghiburkan. Banyak juga adegan yang buat abah dan Muizz ketawa, dan banyak juga adegan yang menyedarkan abah. Tak terkecuali adegan2 yg abah rasa agak kurang sesuai untuk budak2 macam Muizz. Cuma abah tertarik dengan adegan2 yg menyedarkan tu la. Betapa dalam animasi untuk kanak2 itupun ditunjukkan betapa dalam perhubungan (baik persahabatan dan perhubungan suami isteri), meluahkan apa yang ada dalam hati itu perlu. Bukan luahan negatif, tapi luahan positif. Maksudnya, kalau kita hargai kawan, kena cakap pada dia yg kita hargai dia, betapa dia sangat istimewa dalam hidup kita. Dan kalau kita sayang isteri kita, dan betapa uniknya diri dia, dan betapa dia penting dalam hidup kita, luahkanlah. Tidak perlu luahkan selalu, asalkan dia tahu apa nilai diri dia dalam hati kita. Kalau anda tonton animasi ini, anda fahamlah adegan mana yg abah maksudkan.

Itu sajalah kot bahan untuk dikongsi hari ini. Esok, abah akan heret Muizz ke Kluang dan Batu Pahat pula selama 2 hari. Abah ada kerja disana, dan Muizz nak ikut, maka kenalah bawa. Sebab tadi sewaktu memandu balik dari 1-Utama, Muizz tanya abah, "Abah, abah tahu tak bila "musim kebosanan"?. Abah kata tak tahu, dan abah tanya dia apa tu musim kebosanan. Kata dia, "Musim kebosanan tu time Ahmad boring sangat. Abah tahu bila? Waktu tengahari.". Abah tanya lagi, "kenapa bosan?". 'Sebabbb, waktu tengahari, nenek (pengasuh) suruh Ahmad tidur, ahmad tak nak tidur." Aduhaiiii, itu ke maksud musim kebosanan. Dan terpaksalah abah jelaskan tentang betapa perlunya waktu tidur tu untuk dia sebagai seorang budak 7 tahun. Dan kerana itu juga, abah nak bawak dia teman abah drive esok ke Johor. Sambil2 teman abah, boleh dia escape "musim kebosanan" dia selama 2 hari, insyaAllah.

Kita jumpa lagi minggu depan, insyaAllah.

Thursday, October 09, 2008

Cerita tentang ayat-ayat cinta...


Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Ketika ku bersujud

Salam wahai sahabat. Maaf kerana post hari ni bermula dengan satu lagu. Bukan kerana tak ada idea nak mengepek (cewah abah, dah habis Ramadhan banyak la pulak idea nak mengepek ya!), tapi kerana masa yg ada hari ni abah nak siapkan kerja sikit, maka abah tangguhkan epekan abah tentang cuti beraya dikampung baru2 ini ke satu waktu terdekat nanti, insyaAllah.

Abah letak lagu ni pun, sebab terpengaruh dengan anak2 buah yang dok menyanyikan lagu ni waktu abah balik beraya hari tu, dan juga sebab terpengaruh juga dengan iklan2 di TV. Malam esok insyaAllah, abah dan ummi nak dating sambil tonton cerita Ayat-Ayat Cinta kat TV3 la (kalau dua budak kecik itu dah tidur la kan!). Novelnya dah selesai dibaca beberapa ketika dulu, sekarang nak tgk bagaimana filemnya, adakah sehebat novelnya?

Jumpa lagi insyaAllah...

Saturday, November 26, 2005

Cerita tentang anak ayam...

Malam semalam, abah, ummi dan Mu'izz ke 1-Utama. Samapi elok2 je waktu Maghrib. Kebetulan abah puasa enam(hehe, tak abis2 lagi), abah berbuka kat Arena. Duduk sebelah ngan meja Dian P.Ramlee dan anak2 dia. Tak perasan pun, bila Ummi suruh tengok, baru abah perasan depa. Anak Dian comel2.

Sementara Ummi beli barang rumah, abah gi solat dan ambik tiket wayang yg abah dah tempah. Waktu abah nak withdraw duit untuk beli tiket, terberatur belakang Sharifah Amani Sepet dan maknya. Cantik juga dia, kecik molek je. Hehehe.

9.20pm, kami masuk tengok wayang. Memandangkan ini pertama kali, abah risau juga, takut Muizz buat ragam. Alhamdulillah, dia seronok betul tengok Chicken Little. Bukan dia sajalah, abah pun sama naik. Muizz gelak je sepanjang cerita tu. Abah pun sama. Cuma Ummi je macam tak tahu nak bagi reaksi apa, agaknya sebab ini bukan cerita yg Ummi suka. Abah, tak payah cerita la, semua cerita kartun dan animasi wayang dah jadi satu kewajipan untuk abah tengok.

Bagus juga cerita tu, menarik, banyak adegan lucu, tapi masih ada pengajaran yg cuba disampaikan. Abah bagi 3.5 bintang untuk Chicken Little. Nampak gayanya, abah kena cari DVD cerita ni la nanti, sebab Muizz asyik dok sebut nak tengok lagi cerita ni. :-)

Abah ni sambil2 tolong ummi masak untuk makan2 esok pun sempat lagi update blog.

Wednesday, June 22, 2005

Cerita tentang Star Wars dan anak saudara baru

Hari ni abah cuti, sejak semalam lagi sebenarnya. Oleh sebab ummi tak dapat cuti, abah pegi la tgk Star Wars sorang-sorang kat TGV 1-Utama. Dah lama abah nak tgk cerita ni sebenarnya, tapi sebab masa selalu tak sesuai, so, hari ni je baru sempat tgk. Best ke? Memang best. Agaknya sebab abah suka cerita2 Star Wars ni.

Abah gembira hari ni sebenarnya, sebab baru kejap tadi abah dapat call dari kampung, adik perempuan abah selamat melahirkan puteri ke-5 nya malam tadi. Alhamdulillah,mak dan anak semuanya sihat. InsyaAllah bulan 8 nanti baru abah dapat balik, kebetulan ada sepupu akan kahwin masa tu. Hehe, tak sabar nak tengok anak saudara baru. Adik abah dah ada 5 anak, abah sendiri baru sorang. Itulah namanya rezeki manusia. Berbeza-beza.

Lepas maghrib tadi juga, kawan baik abah telefon dari Kelantan, bagitahu abah, isterinya dah dimasukkan ke wad bersalin. Abah doakan semoga semuanya selamat untuk dia. Dia pun kedengaran risau campur excited, anak sulung lah katakan.

Abah bagi juga hint kat ummi, bila agaknya ummi nak bersalin lagi. Dia sengih je. Hahahahaha. Ummi...ummi....