Petang semalam, balik dari UPSI, abah singgah gunting rambut dikedai Abg Basri. Sambil2 tunggu giliran abah, abah belek2 suratkhabar. Baca sikit tentang kisah Allahyarham Farhan yang mati akibat dipukul oleh sekumpulan manusia yang tidak ada belas kasihan dalam hati mereka.
Dan bila abah mengomel tentang itu, Abg Basri mula buka cerita tentang kisah pekerja kedai masakan Thai (bersebelahan kedai gunting rambutnya) meninggal sehari sebelum itu. Meninggal kerana asalnya disamun, kemudian diliwat dan dibunuh. Walaupun abah jarang makan dikedai tu, tapi abah tahu arwah yang meninggal tu. Tahu kerana dalam ramai2 pekerja, arwah seorang saja yang lembut perwatakannya. Dan kali terakhir abah makan disitu, arwahlah yang ambil pesanan abah.
Laporan Harian Metro 1
Laporan Harian Metro 2
Betapa keji dan zalimnya manusia2 berhati syaitan ini sekarang ini. Bukan sekadar menyamun (harta apa lah yang ada pada seorang pekerja kedai makan, hingga dia disamun) ,tapi dibogelkan, diliwat, dan akhirnya ditetak dengan parang hingga mati. Paling menyayat hati, sewaktu ditemui, arwah masih bernafas. Abah tak tahu la apa perasaan keluarganya di Thailand itu bila anak yang datang ke Malaysia mencari rezeki, balik dalam keadaan tidak bernyawa, dan badan yang penuh luka. Hanya akibat perlakuan manusia2 keji itu.
Abah percaya sangat ini bukan kes terpinggir, kerana saban hari berita orang disamun, diragut, dipecah rumah, dibunuh terpapar diakhbar. Bukan dunia yang makin kejam, tapi manusia2 iblis inilah yang kejam. Yang hanya inginkan duit mudah, dan kerana itu, nyawa manusia lain tidak ada nilainya pada depa.
Sebab itulah abah setuju sangat kalau penjenayah2 ini ditembak mati oleh polis. Kalau dah sah itu penjenayah yang banyak lakukan kekejaman, maka tembak mati sajalah bila ada peluang. Tak perlu nak sumbat dalam jel dan jalani perbicaraan. Hanya membuang masa dan RM sahaja. Dan abah rasa ahli keluarga penjenayah2 ini pun tidak ralat kalau anak depa mati ditembak polis.
Minta maaf kalau abah agak terlebih emosi hari ini, tapi sungguh, abah sedih dengan apa yang terjadi. Semoga roh arwah Farhan, dan arwah Mohd Kamil ditempatkan Allah dikalangan roh2 mereka yang dikasihiNya.
Dan semoga Allah menjahanamkan juga manusia2 keji itu dari muka bumiNya ini.

2 comments:
Marah betul abah ya hehehe, kadang kala memang Am pun terfikir macam tu juga abah. Am tak tahu pengaruh mana yang dah meresap dalam jiwa mereka sampai bila buat jahat tak ingat tuhan.
ps: pasal entry Am tu Am tak pastilah abah, pc off dan rumah ok sahaja, nanti Am tanya rakan2 Am yang lain ya
Betul Am. Abah rasa marah sgt dengan apa yg mereka buat. Dan abah rasa mereka ini bukan tak ingat tuhan Am, tuhan pun tak ada dalam hati mereka.
Post a Comment