Friday, March 25, 2011

Cerita tentang lagu tentang mak

Salam sahabat,

Jumaat ini masih tidak dtg rasa untuk mengepek apa2. Sekadar berkongsi satu lagu baru yg abah pertama kali dengar pagi semalam sewaktu memandu ketempat kerja. Moga sahabat2 semua dapat sesuatu dari lagu ini, supaya lagu bukan sekadar lagu.




Alhamdulillah, mak abah sihat walafiat pagi ni.

p/s: Moga2 mak tak lupa doakan anak mak yang diperantauan ini. Walaupun kita tak mintak, tapi kita sangat berharap mak tak lupakan kita dalam setiap doa mak. Kita sayang sangat kat mak!

2 comments:

Muzem Yunus said...

Beruntunglah siapa-siapa yang masih ada Mak.. Dapat doa dari Mak hari-hari.. Setelah Mak takde, kita sebagai anak-anak lah yang akan mendoakan kesejahteraan di sana.. Peritnya hilang Mak ni tak dapat nak didokumentasikan dengan apa jua perasaan, apa jua perkataan malah dengan apa jua tindakan.. Kalau dulu dok dengar orang hilang Mak je, kini diri sendiri yang lalui.. Hanya tangisan air mata menjadi pengubat kerinduan yang takkan pernah terubat.. Hanya doa agar dipertemukan kembali di hari kebangkitan kelak..

Abah Mui'zz said...

Ajam, beruntung juga ibu2 yang telah pergi dan sentiasa didoakan anak2. Sebab ada ramai ibu yg telah menemui Allah, dan tidak ada sedikitkan pun doa dari anak2. Bukan salah ibu mengandung, tapi anak2 yg alpa dengan dunia. Anak2 yg tidak memandang ibu itu sebagai insan yg banyak berkorban untuk mereka. Moga Allah curahkan rahmatNya yg maha luas itu untuk semua ibu2. Baik yg masih bernafas, atau yg telah bersemadi disana menantikan akhirat.