Wednesday, March 04, 2009

Cerita tentang sumbangan...

Salam sahabat,

Abah sekadar berkongsi info dengan anda hari ni. Mana tahu ada rezeki yg lebih, yang boleh dikongsikan dengan mereka ini yang memerlukan.

Abah dah hubungi En Shukry semalam, dan kata beliau, jika ingin menderma RM, boleh masukkan ke akaun Maybank beliau kerana akaun diatas nama rumah itu masih dalam proses membuatnya.

Mohd Shukry bin Md Latar
Maybank - 1550 3232 2904

Jika masukkan, harap maklumkan pada beliau untuk memudahkan beliau mengemaskini akaun.

Jazakallah.

SEBUAH RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN BARU AKAN DIBUKA DI TAMAN BAIDURI, DENGKIL

Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri (nama ‘Taman Baiduri’ digunakan untuk sementara sehingga nama sebenar diluluskan oleh ROS) akan dibuka pada Mac 2009 di sebuah kediaman yang diwakafkan di No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, Dengkil.

Rumah ini bertujuan membantu anak-anak yatim dan miskin lelaki yang terbiar, tiada tempat tinggal, tiada waris yang sudi menjaga, tercicir dari alam persekolahan dan buta huruf mendapat jagaan yang sempurna terutama dari segi pendidikan, tempat tinggal, makanan dan pakaian. Anak-anak ibu tunggal yang memerlukan jagaan sementara kerana kematian bapa atau perceraian, adik-beradik ramai, ibu berpenyakit kronik dan hidup dalam kemiskinan juga diberi perhatian oleh rumah ini.

Rumah ini diwujudkan atas keprihatinan dan usaha untuk melihat anak-anak ini melalui zaman kanak-kanak dengan sihat dan sejahtera, memberi peluang kepada mereka membesar dengan sempurna dan menyelamatkan mereka dari sebarang bentuk gejala sosial akibat kesengsaraan dan tekanan hidup.  

Dalam hal ini, kemampuan kami agak terbatas. Jadi, kami memerlukan sokongan semua pihak untuk menjayakan usaha ini. Sehubungan itu, kami amat berharap dan berterima kasih sekiranya Tuan/Puan dapat menghulurkan sebarang bentuk bantuan yang mampu demi anak-anak ini. Berikut disenaraikan barangan keperluan untuk anak-anak yatim/miskin dan rumah tersebut:

 

 

Item

Kuantiti

1

Al-Quran resam Uthmani

20

2

Muqqadam / Iqra’

20

3

Surah Yasin

20

4

Sejadah

20

5

Rehal

20

6

Kain pelikat

16

7

Songkok

16

8

Buku cerita dan buku latihan

 

9

Rak buku

5

10

Pakaian sekolah (Baju, seluar, stokin & Kasut)

16

11

Peralatan sekolah (beg, bekas bekal & alatulis)

16

12

Pakaian harian

16

13

Almari pakaian

16

14

Katil double decker

8

15

Tilam

20

16

Bantal

20

17

Selimut

20

18

Kipas dinding

8

19

Lampu kalimantang

10

20

Dapur gas

1

21

Pinggan plastik, senduk, sudu & gelas plastik

20

22

Ampaian kain

1

23

Beras, gula, tepung, minyak masak

 

24

Barangan kering & rempah

 

* Kami juga menerima barangan atau pakaian terpakai yang masih elok untuk digunakan.

Rumah ini akan mula dibaikpulih pada pertengahan Januari 2009 untuk membaiki paip dan dinding yang bocor, lantai yang pecah termasuk membina tempat wuduk dan tembok di bahagian belakang rumah sebelum anak-anak ini masuk pada Mac 2009.

Sekiranya Tuan/Puan berhasrat untuk memberi sumbangan atau mengetahui lebih lanjut tentang rumah anak-anak yatim ini, sila hubungi:

En. Mohd Shukry Md Latar     019-6539701               shukry_latar@yahoo.com

Ust. Helmi Jamaludin   012-5774873               solehin_ioa@yahoo.com.my

Dr. Haji Lukman Z. Mohamad  012-2904873               lukmanzm@hotmail.com 

Segala sokongan, sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh Tuan/Puan dalam menjayakan usaha ini didahulukan dengan ucapan jazakullah khairan khatiran dan berbanyak terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Yang Benar,

En. Mohd Shukry Md Latar

Pengerusi

Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri

p.s. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan yang ingin membuat amal jariah.

No comments: