Thursday, March 19, 2009

Cerita tentang pilihan...

Hari ini, abah menyaksikan satu keadaan dimana seorang sahabat menuturkan sesuatu yang buatkan seorang sahabat lagi terluka. Walaupun abah cuma menyaksikan, secara tidak langsung, ia melibatkan abah juga.

Yang abah boleh kata pada sahabat yg terluka tadi, "jangan pedulikan apa dia kata."

Kenapa abah suruh dia jangan pedulikan? Sebab kalau dipedulikan, dia yang akan terluka, sedangkan orang yang berkata2 tidak ada apa2. Mereka luahkan, dan mereka lupa. Pada orang yg menerima, tak semudah itu nak melupakan sesuatu yang melukakan hati.

Abah tak tujukan pada dia saja sebenarnya, ia untuk diri abah juga. Bahawasanya dalam hidup ini, pilihlah untuk melakukan sesuatu yang positif, sekurang2nya untuk diri kita. Tapi jangan lupa, orang lain juga ada hak untuk mendapat yg positif dari pilihan kita.

Kita boleh memilih samada untuk berkecil hati dengan kata2 orang, atau kita boleh pilih untuk "buat donno" sahaja. It is our choice. Dan tak salah kalau kita nak pilih yang mana2 pun, sebab kesannya hanya pada diri kita. Kalau kita pilih nak kecil hati, dan sepanjang hari kita muram sebab kita kecil hati, itu pilihan kita.

Tetapi bila kita memilih, jangan diletakkan kesalahan pada persekitaran lagi, kerana kita yg memilih macam itu.

Persekitaran (orang selalunya) akan sentiasa mendesak kita untuk memilih. Kita tidak boleh nak elakkan keadaan itu. Nak atau tidak kita terpaksa memilih, samada kita sedar atau tidak.

Balik pada sahabat yang berkata2 tadi, dia pun sebenarnya ada pilihan. Memilih samada untuk meluahkan kata2 sebegitu, atau memilih untuk meluahkan dalam cara yg berhemah, atau memilih untuk diam sahaja. Itu semua pilihan yg dia ada. Dan dia memilih untuk berkata2 yg melukakan. Itu pilihan dia, dan mungkin itu hak dia. Cuma mungkin dia lupa, pilihan yang dia buat, melukakan orang lain. Dan dia tak boleh salahkan orang lain kalau rasa terluka, kerana dia telah memilih untuk lukakan hati orang.

Abah tak mahu komen lebih banyak tentang insiden itu. Cuma nak beri sikit pesanan pada diri abah, dan anda semua. Dalam segala apa tindakan dan pilihan yang kita buat, pilihlah yg terbaik, untuk kita dan untuk orang2 disekitar kita. Gunakan akal, bukan perasaan dalam memilih. Sebabnya, pilihan kita mungkin rosakkan banyak benda lain, hanya sebab kita salah pilih.

3 comments:

Mis's Creative Cakes said...

Salam Abah, memang memang sakit kalau di fikirkan perkara begini, tetapi sebenarnya kalau terkena pada kita agak sukar juga untuk mendiamkan diri begitu sahaja, sakit hati bukan kepalang. tapi tak akan kita nak diam diri sahaja kan, namun kita bole bersuara tetapi dengan berhemah sekurang-kurangnya menjadikan diri kita lebih dewasa dan bersopan tak seburuk perangai dia. lepas tu balik rumah lepaskan geram dengan mengigit bantal jerit sekuat-kuatnya hehehehehheeh. salam saya untuk kakak ya abah.

CAHAYA said...

Bak kata pepatah, Ikut rasa - binasa, Ikut hati - mati. Jadi ikutlah akal. Pastu tambah pulak doa2, insyaAllah.

Anonymous said...

meminjam kata2 seorang pakar motivasi...kita doakan yang baik2 utk org itu..kita maafkan dia ..kita tetap sentiasa berbuat baik dan bersangka baik padanya...hati kita akan jadi lbh tenang drp stress memendam rasa...dgn harapan dia dpt sedar ttg betapa tiada manusia yg sempurna...