Wednesday, July 16, 2008

Cerita tentang produk dan promosi...

"Tak mati pun kalau tak minum Milo kan?"

Eh, apa ni abah? Pepagi dah bagi statement macam itu? Haha, itu bukan statement abah sebetulnya. Itu statement dari seseorang yang tiba2 menegur abah diruangan YM.

Al-kisahnya bermula begini:

Abah terima emel dalam satu group yang abah langgan, menceritakan tentang khutbah yang mempromosikan produk Islam khususnya produk bernama Radix Fried Chicken (RFC).

Kebetulan pula, baru2 ni abah ke Sungai Petani dan sempat la berkunjung ke RFC tersebut. Namun pengalaman pertama itu bukanlah pengalaman yang manis, kerana apa yang dialami agak buat abah rasa ralat. Abah cuma tengok dari luar sahaja, Ummi yang masuk membeli. Namun dari pandangan luar, dan dari komen Ummi, abah rasa kalau ke SP sekali lagipun, kami akan fikir 3 kali untuk berkunjung menikmati ayam goreng herba itu lagi.

Dan pengalaman itu abah kongsi dengan ahli group tersebut. Tak lama selepas itu, ada seseorang yang mendakwa orang kuat HPA tiba-tiba YM abah.

Diawal perbualan maya itu, rasanya ok saja, tapi bila masuk tang isu RFC, hahaha, abah ketemui seorang lagi pendokong suatu badan yang abah rasa agak radikal sikit pendekatannya.

Bila abah beri komen yang servis RFC sangat perlahan, iaitu lembab tahap gaban. Komen beliau: Ohhh, staff RFC tu penat la agaknya melayan karenah pelanggan. Abah tak tahu la pukul berapa RFC buka, tapi abah ke sana dalam pukul 11 lebih (pagi). Kalau waktu itupun staff depa dah penat, abah tak tahulah pelanggan yg pergi pukul 3-4 petang itu menerima layanan yang bagaimana.

Bila abah komen, imej RFC seperti nak meniru imej KFC. Kata beliau, itulah menyahut cabaran namanya. Kalau KFC boleh buat, RFC pun nak buat yang sama dan kita memang boleh buat. Abah pun tak tahulah apa kaitan antara menyahut cabaran dengan meniru imej.

Walaupun begitu, abah puji produk RFC ini. Ayam gorengnya sedap, milk shake nya pun boleh tahan sedap (walaupun nak beli milk shake chocolate tak dapat, sebab dah habis [pukul 11 pagi dah habis]. Whipped potatonya pun juga oklah.

Beliau juga memberi abah satu info baru, bahawasanya HPA akan mengeluarkan jenama Milo nya sendiri, yang diberikan nama Maila. Betul atau tidak, wallahua'lam. Dari cerita inilah timbulnya statement yang abah letak kat atas tu.

Akhirnya abah dihidangkan dengan kenyataan yang sebagai orang Melayu Islam dibumi Malaysia, abah perlu menyokong sepenuhnya produk Islam buatan orang Melayu. Alasan yang digunakan - kita saja yang mampu membangunkan ekonomi orang Islam malaysia ini. Cukup2lah menggunakan produk atau perkhidmatan orang2 bukan Islam, kerana mereka sudah lama menipu kita dengan mengkayakan mereka. Ini waktunya orang melayu Islam bangkit.

Sesungguhnya abah tidak menyangkal apa kenyataan yang disampaikan, malah abah setuju. Tetapi abah adalah antara manusia yang agak tidak setuju dengan cara radikal dalam menyatakan sesuatu. Contohnya bila abah komen tentang imej RFC, abah dipaksa untuk jangan fikirkan sangat soal imej RFC, abah mesti sokong produk itu. Itu produk orang Melayu Islam.

Bukan tidak menyokong produk keluaran Bumiputra Islam, tapi abah tak akan menyokong sambil terima bulat2 apa yang abah nampak, dan alami. Pada abah, menyokong tak semestinya menerima apa saja, walaupun kita tahu benda itu boleh diperbaiki, untuk kebaikan. Dan abah agak ralat sedikit bila orang kuat HPA itu menggunakan kaedah sebegini untuk mempromosi produk dan jenama mereka.

Boleh diguanakan alasan "Anda orang Melayu Islam, mesti sokong produk Melayu Islam", tapi jangan keterlaluan, hinggakan keluar statement, "Alah, tak minum milo pun tak mati kan?". Sebab kalau kaedah promosinya macam itu, abah rasa ramai orang boleh kata, "Memang tak mati, tak minum Maila atau tak makan RFC pun tak mati juga."

Abah kadang2 fobia dengan manusia2 sebegini. Teringat satu kisah sewaktu di matrikulasi, bila mana abah didekati oleh sekumpulan tabligh yang mengajak abah keluar bersama2 mereka. Abah tolak dengan baik, sebab hati abah tidak kesitu lagi. Tapi respon yang diberi, "Ohh, orang macam ini patut diikat dengan tali kat leher, dan tarik macam lembu, baru dia ikut." Pada abah, kalau inilah kaedahnya, ini bukan untuk menarik, ini kaedah untuk menjauhkan orang.

Alah, kita bukan tak biasa dengan kempen "gunalah barangan tempatan", sebab itulah Proton boleh laku satu ketika dulu. Sebab semua orang fikir, kita kena sokong produk tempatan. Tapi bila produk tempatan kualitinya tidak bagus, ada banyak masalah pada pembeli, perlukah disokong lagi, hanya atas dasar, itu produk kita. Mana pergi hak pembeli kalau dipaksa membeli produk yang mwnggunakan Islam dan Melayu sebagai alasan. Abah beli Saga baru-baru ini pun, sebab abah percaya yang Proton sudah berubah, dan mereka cuba pertingkatkan kualiti produk mereka. Mereka tidak lagi guna alasan, "Awak orang Malaysia, kena beli kereta nasional." ataupun "Jangan beli kereta orang kafir, cukup2lah menyumbang keuntungan pada mereka."

Abah bukan menentang mana2 agen syarikat jualan macam HPA semua ni atau mana2 peniaga. Sungguh abah tak tentang, cuma abah ralat dengan sikap sebahagian mereka bila cuba mendekati kita. Bila mana berniaga, kena tahu bagaimana kaedah mendekati. Pelanggan tidak semuanya sama. Ada yang akan termakan kata2 anda bulat2, ada yang sukar diyakinkan, dan ada yang akan menolak langsung. Kena pandai2lah guna kaedah yang betul, bukan dengan keluarkan ayat2 maut macam itu.

Sebab kalau betul kita nak orang Melayu Islam guna produk bumiputra, apa kata agen2 ini pakat2 pergi mana2 pasaraya, bila tengok ada orang nak beli produk keluaran syarikat bukan Islam, cepat2 halang, dan keluarkanlah hujah, "Encik org Islam, kena la beli produk buatan orang Islam." Cuba tengok apa jadi?

Walaupun abah ralat, tapi tak la banyak sangat, sebab fikiran abah kata, ini mungkin sebahagian saja agen yang bersikap begini. Abah yakin, ini bukan kaedah yang HPA ajar pada agen2 mereka. Tapi sebab manusia itu macam2 pesen, dan ada yang gunakan kreativiti mereka sendiri sewaktu mempromosi, maka akan wujudlah kes-kes sebegini.

Abah pernah kenal seorang adik yang juga agen HPA. Dan abah masih ingat bagaimana pendekatan dia. Dia buatkan abah satu mug kopi Radix, dan bagi abah minum. Sambil2 itu dia ceritakan kebaikan kopi radix ini. Dan hasilnya, abah suka denga kopi radix itu (walaupun tidak pada tahap hari2 minum radix). Suka sebab abah rasa produknya bagus, dan suka kerana cara adik itu mempromosikan pada abah, adalah dengan cara yang berhemah. Dia tidak keluarkan statement2 yang over untuk buat abah beli produk itu.

Abah juga pernah membeli Serbuk Teh Misai Kucing dari Internet. Ianya keluaran syarikat Bumiputra Islam. Abah tahu produknya berkualiti. Dan abah suka dengan kaedah depa berurusan. Depa sanggup datang hantar produk itu ke pintu rumah abah, tanpa sebarang caj. Kerana itulah kaedah mereka promosi, untuk mendekatkan pelanggan pada produk mereka. Tidak ada juga statement2 maut yang dikeluarkan. Dan hasilnya, abah tidak pernah putus beli Teh Misai Kucing itu.

Abah juga pengguna produk Gamat Healin, yang juga produk keluaran orang Islam. Abah beli dan guna sebab abah yakin produknya bagus, bukan sebab orang Healwell kata, "Awak orang Islam, kena beli produk saya."

Memang betul dalam membeli produk Bumiputra Islam ini, kita berniat membantu mengukuhkan ekonomi orang Islam, tapi bila kenyataan itu digunapakai secara 'over-rated', itu yang jadi masalah.

Kesimpulannya, dalam berusaha mengembangkan ekonomi ummat Islam Malaysia, mana2 syarikat perlu fokus pada kualiti produk, teknik pemasaran yg betul, dan imej atau branding yang sesuai. Dan perlu terbuka pada komen2 atau cadangan pengguna. Jangan keterlaluan menggunakan idea, "Orang Islam kena beli barangan orang Islam", "Jangan kayakan lagi peniaga2 bukan Islam", "Keta tak rosak kalau tak isi minyak kat Shell", dan sebagainya.

Abah yakin majoriti umat Islam diMalaysia ini akan menyokong sepenuhnya produk2 keluaran bumiptra Islam sekiranya produk itu bermutu, baik imejnya, dipromosi dengan kaedah yang sesuai, dan harganya berpatutan. Kita bukan nak sangat beli barang2 luar ini, tapi sebab pilihan kita tidak banyak, dan dalam tidak banyak itupun kaedah promosi, tidak kena dengan gaya - itu yg buat orang agak keberatan nak beli produk Bumiputra.

Apa yang abah ngepekkan diatas, adalah pandangan peribadi abah semata. Tidak ada niat nak burukkan sesiapa atau nak mengecikkan hati mana2 pihak. Kalau ada yang terasa abah minta maaf awal2.

p/s: Semalam abah ikuti juga Debat antara 2 tokoh politik di TV. Kesimpulan yg abah dapat - mengecewakan. Banyak soalan tak terjawab, ditambah dengan kenyataan2 yang menyerang peribadi, maka ia tidak banyak membantu. Minyak akan tetap naik, dan akan naik juga rasanya nanti. Dan senario politik akan kekal macam itu juga dengan ahli MP macam budak2 kecik bergaduh di Parlimen. Sangat memalukan. Isu penting tidak terjawab dan selesai, sebab asyik bergaduh benda remeh temeh. Agaknya pilihanraya yang akan datang ini, abah sekadar tonton sajalah orang pergi mengundi. Undi abah, akan abah flush kedalam lubang tandas. Agaknya.

Selamat bekerja dan berhujung minggu untuk anda nanti. Abah akan ke UPSI kerana ada sikit kerja, bermula esok. Hari Selasa depan baru boleh mencapai Internet semula agaknya.

3 comments:

Anonymous said...

salam abah.
bagi saya; itu adalah mentaliti subsidu. memohon simpati menggunakan asas agama dan bangsa. saya setuju dengan abah; dan amat tidak gemar mereka mereka yang gunakan taktik yang agak 'melampau' itu. sekiranya produk itu bagus; it will speak for itself. tak payah guna isu isu itu dan insyallah, promosi yang terbaik akan datang dari mulut ke mulut...

Abah Mui'zz said...

abanglong, setuju benar abah dengan kata-kata abanglong.

Restnrileks said...

well said abah..