Tuesday, July 08, 2008

Cerita tentang P(u)aka...

Minta maaf pada kawan2 yang sering melawat blog abah ni. Maaf kerana abah agak kesuntukan masa untuk post sesuatu - epekan, luahan, pandangan atau apa saja yang sewaktu dengannya.

Sehingga Khamis ini, abah terperangkap di Saujana KL kerana terpaksa hadiri satu persidangan dan bengkel. Bosan juga bila dah kerapkali kena hadiri benda2 sebegini, tambahan pula bila tak berapa kena dengan minat. Tapi apapun, ada jugalah kebaikannya.

Sewaktu ada seorang pembentang bentangkan kertas kerja dia, sempat juga abah belek NST. Jangan tanya kenapa, abah rasa anda pun tahu kenapa abah belek suratkhabar waktu orang bentangkan kertas kerja.

Tertarik pada satu artikel dalam NST. Satu artikel yang bercerita tentang tempat tumpah darah abah. Mana lagi kalau bukan Paka. Tapi baca tulisan Alias Mohamed itu, ada beberapa perkara yang abah tak berapa setuju. Terutamanya bila dia kata, "Despite the modern outlook, Paka hasn’t lost its traditional charm. Fishermen still go out to sea and sell their catch in the wet market. When not at sea, they can be seen mending their nets or cleaning their boats on the beach while the women clean and dry salted fish and squid on the beach as well as make and sell keropok lekor, a popular local delicacy."

Pada abah, benda2 itu banyak sangat yang dah hilang. Berapa kerap abah balik kesana pun sekarang ini, benda2 itu sudah tidak ada. Amat jauh bezanya dengan waktu abah kecil2 dulu. Abah sesungguhnya rindu dengan Paka dizaman abah kanak2. Tapi itulah namanya perubahan zaman, dan itulah namanya, tidak ada benda kekal. Tapi tak apalah, walaupun abah tak nampak lagi benda2 yang abah rindu itu depan mata, ia tetap segar dalam fikiran abah. Nak kongsikan dengan Muizz pun, rasanya dia pun tak boleh gambarkan betapa seronoknya abah dengan tanah tumpah darah itu satu ketika dulu.

Oklah, merepek la pulak. Abah mintak diri dulu. InsyaAllah kalau diizinkan, abah akan mengepek lagi nanti, bila tu tak pasti.

p/s: Seperti yang abah janjikan, untuk sahabat2 yang mengenali abah secara peribadi, ini abah sertakan sikit foto terbaru (baru petang tadi snap) si kecik no 2 kesayangan abah, untuk tatapan anda semata-mata.


5 comments:

Anonymous said...

Am rasa bukan tempat abah sahaja, banyak tempat lain lagi yang dah berubah dengan banyak dan ketara sekali.

ps: makin hensem sikecil ni ya abah

Anonymous said...

comel azim ni.. muke mcm abah sikit2. tapi abah jgn lak perasan comel ya. opsssssss* ekeke. gurau je bah. take care.

Anonymous said...

Comel anak Abah ni...budak2 time kecik memang best layan.. tgk muka derang..sejuk je hati... tapi bila dah besar sket.. kalau datang degil dia... hmm.. pening jugak kepala.. hehe.. nasib baiklah saya dulu tak byk buat pe'el.. budak baik lah kunun... huhu...

Abah Mui'zz said...

Am, abah pun rasa macam tu. Bukan tempat je berubah, manusia2 di tempat itupun berubah juga.

hensem?? Macam abah dia la Am. Ekekekke, perasannya abah ni. Hahaha, maaf Am.

Muzem, abah comel apa? Ada iras2 Mr Bean lagik.

Fai, memang sangat betul. Anak2 ni ada masa menenangkan, ada masa naik hot juga kita dibuatnya. Apapun, bersyukur diberikan anak2.
Anak2 Fai nantipun sure hensem dan baik cam ayah dia, insyaAllah.

DrKong said...

cute anak ko Abah Muizz... boleh jadik doktor nie..