Thursday, July 24, 2008

Cerita tentang adab...

Petang semalam, ada seorang adik YM abah dan tanya satu soalan, "Abah merungut lagi tak?". Satu soalan yang berterus terang. Ekeke, agaknya sebab post abah sebelum ni berupa satu rungutan, maka terkeluarlah soalan sebegitu. Dan jawapan abah, "Ada banyak nak merungut, tapi tak sempat nak luahkan kat blog."

Hahaha, abah merungut ke? Aduihhhh. Abah tak terfikir langsung apa yang abah ngepekkan diblog tempohari dinilai sebagai satu rungutan. Tapi bila abah baca balik, mungkin betul juga ianya satu rungutan. Tak kisah la kan, selagi tak disalahertikan dan tidak menyusahkan sesiapa, abah cuma luahkan apa yang ada dalam minda abah, berkenaan apa yang berlaku pada abah dan kehidupan abah.

Dan hari ni, ada satu lagi luahan(rungutan) yang nak dikongsi dengan anda. Bukan mengharapkan simpati, bukan juga nak memburukkan sesiapa. Ini sekadar luahan hati abah semata2. Kalau ada juga insan2 yang terasa, ampun maaf abah minta. Bukan niat abah nak aibkan atau kenakan sesiapa.

Kisahnya begini (abah ambik dari emel yang abah hantar pada satu yahoogroup) :-

Semalam ke Hospital Kajang, kerana anak buah masuk wad. Disyaki appendiks. Doktor cuma letakkan dalam pengawasan kerana mereka tak pasti samada appendiks atau tidak. Antibiotik dimasukkan 3 kali, puasa juga sudah 3 kali. Tapi tak juga buat operation.

Alasan diberi - kami tidak pasti samada appendiks atau tidak. Kami terpaksa observe secara manual akan keadaan pesakit. Kami tidak ada mesin yang canggih yang boleh detect appendiks. Dan semua ini dijawab dengan cara yang cukup kasar dan biadab oleh seorang doktor lelaki disitu. Bercakap menunding2 jari pada kami dan dengan nada keras.

Dan sekejap tadi, anak buah saya menelefon menceritakan satu perkara: Kata dia;
"Pagi ni ada doktor lain datang, dan depa terkejut kenapa saya belum dibedah. Kerana kata mereka saya sudah sepatutnya dibedah pagi semalam. Bila saya ceritakan pada doktor itu bahawa keputusan untuk buat observation selama 3 hari dibuat oleh doktor biadab itu, maka dia dipanggil untuk memberi penjelasan. Apabila datang, bukan kata maaf atau penerangan diberi, sebaliknya semua orang dimarah, atas alasan tidak inform dia yg pesakit telah 3 kali diberi antibiotik dan telah 3 kali puasa, sebagai persediaan untuk operation. Apabila diberitahu, semuanya tertulis dalam fail pesakit, kata dia, "Itu bukan kerja aku nak baca fail2 itu semua, itu kerja kamu semua beritahu aku."

Dan setelah bertelagah sesama sendiri, akhirnya keputusan dibuat untuk operate sekejap lagi.

Saya bukan ingin memanjangkan cerita, tetapi saya fikir doktor biadab sebegini perlu diberi pengajaran, akan betapa perlunya dia berkomunikasi dgn baik, samada dgn kakitangan bawahan, pesakit, dan ahli keluarga pesakit.

Sebagaimana lazimnya sebuah yahoogroup, abah mendapat banyak maklumbalas berkaitan isu itu. Ada yang menyarankan abah mengadu pada pihak berwajib, ada juga yang meberi simpati, ada yang berkongsi pendapat, dan ada juga yang kata abah mengada-adakan cerita. Dan entah bagaimana (kuasa Allah - melalui pengunaan teknologi), emel yang abah tulis itu sampai kepada Pengarah Hospital Kajang.

Dan ini adalah maklumbalas dari Pengarah Hospital Kajang tersebut:-

En Muizz Hakim,

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada e-mail tuan pada 22/7/08 berkenaan perkara diatas ingin memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku adalah disebabkan komunikasi antara doktor yang merawat anak buah tuan tidak berlaku dengan baik.

Setiap kes yang memerlukan pembedahan pada keesokan harinya, jika diperiksa oleh seorang doktor sebelum hari pembedahan, beliau perlulah memberi info tersebut kepada doktor yang akan menjalankan pembedahan supaya pada awal pagi beliau akan memeriksa pesakit ini terlebih dahulu dan jalankan pembedahan. Tugas ( pasing over report) ini perlu dilakukan diantara doktor yang bertugas. Sememangnya doktor yang melakukan rondaan wad pula perlulah membaca nota pesakit berkenaan supaya plan untuk rawatan pesakit tidak terlepas pandang.

Saya sebagai Pengarah Hospital Kajang merasa cukup kesal atas kejadian yang berlaku keatas anak buah tuan dan memohon maaf atas kebiadapan doktor tersebut.

Pihak saya memandang berat atas kejadian yang berlaku.Disamping teguran,beliau juga akan dihantar untuk latihan soft skill dengan tujuan untuk memantapkan keupayaan berkomunikasi secara berhemah dengan pesakit, waris dan rakan setugas.

Sekian terima kasih,

Dr Shahrum Bt Ismail
Pengarah
Hospital Kajang

Puashatikah abah? Ya abah berpuashati sebab aduan abah diambil kisah oleh mereka yang terlibat. Bukan abah nak susahkan hidup Dr yang kurang adab itu, tapi abah berbuat sebegitu kerana inginkan dia diberi sedikit pengajaran bahawa dalam berurusan dengan orang ramai, elemen adab itu sangat penting.

Abah tahu ini cerita tentang individu, bukan cerita tentang profesion. Abah yakin sangat bahawa diluar sana, terdapat ramai para doktor yang bertungkus lumus meyumbang bakti menjaga kebajikan kesihatan kita semua, dan alhamdulillah, mereka boleh laksanakan itu dengan hati yang ikhlas, muka yang manis, dan tuturkata yang beradab. Dan fahamilah satu perkara, abah sanjung tinggi kerjaya mereka dibidang perubatan ini. Banyak jasa mereka pada kita semua.

Tetapi untuk kes individu yang kurang adab sebegini, semoga pengajaran yang akan diterima mampu buatkan dia jadi doktor yang lebih baik. Kita semua mahukan satu perkhidmatan terbaik, dan sama2lah kita bekerja untuk pastikan apa saja kerja yg kita buat, dilakukan dengan keikhlasan, mengikut prosedur yang betul, dan diuruskan dengan hati dan tindakan yang menyenangkan pihak2 terlibat.

Apa yang abah pelajari dari insiden ini:
1. Jika kita menyaksikan kelemahan dalam sistem perkhidmatan dinegara tercinta ini, sebaiknya kita tegur demi kebaikan.
2. Untuk yang ditegur, terima ini sebagai satu usaha untuk kita perbaiki mutu perkhidmatan, bukan untuk menyukarkan hidup sesiapa.
3. Hubungan sesama manusia perlu dijaga baik2. Setiap manusia itu, tidak kira apa pangkat mereka, kelulusan mereka, harta mereka ada, dan sebagainya; perlu dilayan sebagai seorang manusia. Jika betul kita tersilap layan, tidak salah untuk minta maaf.

Apa pengajaran lain? Anda buat kesimpulan sendiri la ya!

Lagi sekali, minta maaf kalau ada yg terasa ttg luahan/rungutan abah yang satu ini. Abah janji untuk tidak terlalu banyak merungut dalam blog abah ini lagi (insyaAllah).

4 comments:

Anonymous said...

pertama, Am tak tahu pulak kita boleh komplin melalui email, apa2 pun Am rasa pihak hospital sudah ambil maklum tentang perkara ini.

Sebenarnya benda ini sudah byk terjadi, ada yang terima dan ada yang komplin

Ps: merungut ok gak Abah, boleh kurangkan tekanan dalam diri hehehe

arsaili said...

salam abah...sy sependapat dgn abah, mereka yg sebegini harus diberi pengajaran berguna agar menjadi insan yg lebih baik dan pada masa yg sama mengingatkan diri kita agar tidak melakukan kesilapan yg sama. Sebagai orang terpelajar, kita kenala selalu muhasabah diri, selalu letakkan diri kita di dalam keadaan org lain...jika kita suka diherdik dan ditengking, begitu juga org. Saya selalu menegur secara semuka atau komplen terus kepada boss atasan untuk pembaikan..kekadang penerimaan yg baik dan kekadang melihat kita ni ingin mencari gaduh. Terpulang, tapi budaya kerja di malaysia ni terlalu banyak perlu penambahbaikan..bila lama tak balik malaysia..rasa semput dan helpless..beberapa minggu di malaysia saya dah bagi lecture kat branch manager bank dan beberapa individu...kekadang terfikir perlu pergi anger management class ker apa...ahaks

Abah Mui'zz said...

Am dan Ar,

Sikap manusia disekitar kita kadang2 cukup memenatkan kita. Mana yang boleh ditegur, tegur sajalah bila berpeluang.

Jika tak boleh, nak kena sabar banyak2 sebab ramai orang tak tahu bahawa mereka sebenarnya memenatkan dan memeningkan orang lain.

Restnrileks said...

tindakan yang bagus abah.. kadang2 kita perlu luahkan... walaupun mungkin orang tak perasan, tapi sekurang2nya kita telah membuat sesuatu. Dalam Kes abah, your pledge telah berjaya mendapat perhatiankan..

too many people right now are taking things for granted especially when it comes to doing their job.

:)