Friday, May 09, 2008

Cerita yang sama...

Abah berada di KLIA tika ini. Kalau dulu, abah tak dapat nak capai blog abah, sebab sistem wi-fi di KLIA ni tak bagi capai, tapi hari ni, boleh pulak. Tak tahu la kenapa tiba2 dia tak 'block', tapi baguslah, sebab abah boleh capai mana2 laman web yg abah selalu capai.

Takde nak mengepek apa pun sebenarnya, cuma nak menceritakan 2 insiden hari ni, yang abah dok selalu epekkan pun.

Insiden 1
Abah ke Putrajaya pagi tadi, ada urusan sikit di JPA. Itu kali pertama abah ke sana, dan bila nampak simbol parking pelawat, abah tujulah ke situ. Tapi pusing punya pusing, satu ruang untuk 'parking' pun takde, sebabnya, dah penuh. Abah rasa bukan penuh dengan pelawat, tapi penuh dengan kereta kakitangan kerajaan disitu. Bagaimana abah tahu? Sebab kereta yang parking, banyak yang angkat 'wiper'. Dan selalunya kereta yg parking dan angkat wiper, memberi maksud, "Aku nak parking lama." Kalau betullah staf gomen yang parking, maka malanglah orang awam yang ingin berurusan disitu.

Dan bila dah tak cukup parking, insiden 'double park' tak boleh nak elakkan. Kesian abah tengok seorang makcik tua, seorang pemuda cina, dan seorang lelaki yg berumur, duduk termenung tepi kereta masing2. Sebabnya - depa tak dapat nak keluarkan kereta kerana ada kereta lain 'block'. Abah nak tolong pun tak dapat, sebab kereta yang menghalang banyak, dan rapat2. No telefon pun takde tinggal. Waktu abah nak keluar dari situ pun, abah tengok makcik tu masih ada disamping keretanya. Tak tahulah sampai bila dia sanggup tunggu.

Insiden 2
Di KLIA, abah seperti biasa akan beratur untuk 'check-in' dikaunter B. Beratur dalam 5 minit, giliran abah sampai. Baru je abah nak ke kaunter, tiba-tiba ada seorang staf MAS tanya abah, "Encik dah ada 'boarding pass' ke?". Abah kata, "Saya nak 'check-in' utk dapat 'boarding pass' la ni." Lepas tu dia kata lagi, "Ohhh, tak boleh. Encik kena ambik 'boarding pass' kat mesin depan tu dulu, baru boleh beratur untuk 'register luggage'." Kebetulan orang dibelakang abah pun kena benda yg sama. Dan kami masing2 pandang sama sendiri. Hahaha. Sebab apa? Sebab kami bukan datang KLIA setiap minggu. Tak pernah tahu kena 'self check-in' dulu. Dan depa pun takdak pulak letak 'sign' atau apa2 notis bagitahu yang penumpang kena 'self check-in' dulu. Panas jugalah sikit. Tapi tak la tinggi sangat 'level'nya. Apa la salahnya depa letak satu notis dekat orang beratur tu tulis siap2 supaya pergi 'self check-in' dulu di mesin. Tak la orang kena beratur dua kali. Aduihhh, pelik2. 'World class airline' pun boleh tak prihatin benda2 macam itu. Ekekeke. Lepas abah masukkan beg, abah terpandang yang Aziah Jasmin, personaliti TV3 tu pun kena sama macam abah. Penat beratur, pastu kena keluar dari q dan pergi ke mesin.

OK lah, itu saja epekan kali ni. Abah nak sambung kerja skit. Sementara tunggu flight ke KK pukul 12 tghari nanti.

Selamat hujung minggu untuk anda semua.

2 comments:

Anonymous said...

insiden yg kat MAS tu sy dulu pun pernah kena. mmg geleng kepala laa time tu.

p/s: harap MAS dapat tukarkan kacang garam (salty nuts) dia tu kepada juadah yg lebih berbaloi. LOL.

Restnrileks said...

hehe..pergi sabah hari tuuu pun kena jugak..

betul cakap abah..kena laa letak sign..

tapi yang peliknya.. my boss buleh pulak kaunterr tuuu buatkan..

heran-heran..cam pilih kasih pulak rasa..