Tuesday, May 06, 2008

Cerita tentang hukum...

Kalau anda belek BH hari ni, ada satu kisah duka berkaitan kita. Kisah tentang bagaimana akhirnya bila kita asyik letakkan akal di punggung dan iman di tapak kaki.

Abah tidak tahu apa sebenarnya kisah disebalik kematian seorang lelaki yang hanya disyaki mengintai anak dara orang. Kalau betul, perbuatannya itu memang salah dan perlu dihukum. Tapi kalau betul dia tak buat, abah tak tahu apa la yg ada dalam fikiran manusia2 yang memukul dia hingga mati.

Memang betul, dalam undang2 dunia, dan undang2 akhirat pun, perbuatan salah akan dihukum. Tapi setakat abah tahu, tidak pernah abah dengar istilah hukuman "belasah sampai mati." Kalau rejam sampai mati tu, abah boleh terima la. Itupun untuk pesalah zina. Belasah sampai mati ini, rasanya adalah hukuman mereka yang hatinya telah dipenuhi dengan syaitan. Sebab mereka letakkan iman mereka ditapak kaki, dan akal depa pula kat bahagian punggung. Bila hati dah kosong dari iman, itulah jadinya.

Ini bukan satu kes saja, sebenarnya banyak lagi kes2 sebegini. Cuma mungkin untuk kes2 lain, orang yg dibelasah itu tidak mati. Yang patah riok ramai sgt la rasanya.

Masyarakat wajar menghukum, tapi bukan dengan cara ini. Dalam Islam sendiri pun, kalau kes yang tidak ada bukti yang betul2 kukuh, tidak boleh dijatuhkan hukuman. Apatah lagi kes syak wasangka.

FAZILAH Muhammad, isteri Hatib Leman yang maut dipukul kerana dituduh mengintai anak dara, duduk bersama anak-anaknya merenung masa depan di depan rumah yang daif di Kampung Belakang Kilang dekat Kuala Perlis, semalam. Dalam kejadian Sabtu lalu, Hatib yang sedang bersantai bersama keluarga sambil menonton televisyen terbunuh selepas diserang oleh sekumpulan lelaki. Kumpulan penyerang yang dianggarkan lebih 20 orang melarikan diri selepas polis yang dihubungi tiba di tempat kejadian. Mangsa yang parah dan tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan disahkan meninggal dunia jam 3.45 pagi kelmarin.

Abah kasihan tgk gambar keluarga arwah mangsa pukul itu. Abah tidak tahu apa yg ada dalam fikiran orang2 yang membelasah arwah tatkala tengok gambar itu. Adakah mereka gembira? Puashati? Kerana kononya dapat menegakkan keadilan ditangan sendiri. Entah keadilan apa yg mereka tegakkan, wallahua'lam. Atau adakah mereka rasa kesal?

Apapun rasa mereka, semoga orang lain dapat jadikan kes sebegini iktibar, supaya nanti tidak akan berlaku kes2 menghukum orang lain dengan tangan sendiri. Kita ada undang2. Biarlah undang2 yang menentukan. Bukan kita yang tentukan.

Kalau betulpun nak menegakkan undang2, bukan begitu caranya.

Pernah baca kisah bagaimana seorang budak yang mencuri HP dibelasah dengan teruk di Kompleks Wilayah? Ini satu lagi contohnya. Kalau betul dia bersalah, bukan itu gayanya menghukum. Biar dia diadili sewajarnya. Kalau pun dia mungkin terlepas hukuman dunia, hukuman Allah pasti tidak akan lari.

Dan abah tak rasa pun depa yang membelasah orang lain ini jenis nak menegakkan hukum pun. Depa cuma syok saja membelasah orang. Kononnya org buat salah kena dihukum. Kalau ikut hudud, orang yang memang terbukti mencuri akan dihukum potong tangan. Tapi yang menghukum ni takde pulak potong tangan. Depa cuma suka nak belasah saja sampai patah riok orang tu. Dan inilah yg abah kata, undang2 depa sendiri.

Oklah, tutup cerita itu. Nak cerita sikit tentang trip abah ke Penang baru2 ni.

Selama di Penang, abah dan keluarga cuma sempat pergi ke Penang Hill saja. Itupun terpaksa menunggu lama untuk naik train ke puncak bukit. Hajat dihati nak beli sikit jeruk2 sebagai buahtangan kawan2, tapi cari punya cari Bazar Chowrasta tu, jangan kata dapat jeruk, kami pulak yang kenyang makan langsat dalam kereta. Pusing2 punya pusing, sampai sudah tak jumpa Chowrasta. Jadinya, PB, minta maaflah tak dapat nak bagi ole2 jeruk. Nanti kalau abah pergi lagi, insyaAllah abah belikan.

Satu yg menarik kali ini, abah dan ummi berjumpa satu kedai nasi ayam yang sungguh yummy yummy. Nasi ayam kedai Misai di Kompleks Bukit Jambul memang sedap. Sebab itulah sepanjang 4 hari kami disana, hari2 makan nasi ayam misai. Ekekekke.

Tempat lain yg sempat singgah - Queensbay Mall. Itupun ronda kejap je, sebab tak larat nak ronda semua. Besar sangat. Lagipun apa yg ada diQM, kat KL pun banyak.

Yang menarik satu lagi, makan ikan bakar di tepi pantai. Jalannya arah ke Bayan Lepas. Abah lupa la pulak apa namanya. Boleh tahan la makanan laut bakarnya.

Waktu lain?? Abah sibuk dengan kerja di Seberang Jaya. Dan selama abah sibuk dgn kerja, ummi ngan anak2 melepak kat hotel sajalah.

Terima kasih buat Muzem dan Nizam, kerana sudi bawak abah makan char kuey teow yang sedap itu. Disebalik kesibukan kalian, masih sudi luangkan masa untuk abah. Abah sangat2 hargai. Semoga kita akan jumpa lagi nanti sekiranya abah ke Penang, insyaAllah.

p/s: Nak petik kata2 Muizz selepas turun dari Penang Hill - "It's soooo boring. No fun at all." Hehehehhe. Tokojut abah dongar. Mana pulak budak kecik ni belajar speaking london. Hahahaha, ini sah2 dialog dari cerita kartun mana2 nih.

6 comments:

irman_rahs said...

salam abah, nak komen yg last tu jer, budak2 skg yg kecik2 mmg dah tak heran, smua tu bnyk dipelajari dari menonton tv lah...man tengok pun dkt rumah mcm tu juga, anak buah dah pandai tiru gaya artis...lebih2 lagi cerita tom2 bak, anak2 ku dan mcm2 lagi keluaran idea nakal aznil...respecet sikit dkt dia, ada bagus utk perkembangan budak2 tapi klu dah tak elok...sndiri mau ingatla kan....

Anonymous said...

Abah di Indonesia hari-hari jadi gini ...bilang nya penghakimanan masyarakat. Saya sungguh ngak setuju. Any way makasih sudi mampir di bonoriau semuga kita terus jadi teman lewat ONLINE>

akupunyahal said...

betapa ceteknya rakyat malaysia yang berugama Islam ini kan yer abah.... padahal mereka ini sepatutnya berugama dan tau hukum... tetapi sudah menjadi dunia akhir zaman bila manusia menjadi munafik...

arsaili said...

salam abah..moga sihat selalu..kesal juga bila terlalu mengikut kata hati..kata bomoh dan sebagainya...apa2 pun buat ikut saluran yg betul agar tiada yang teraniya..

Abah Mui'zz said...

Salam Irman. Pengaruh TV ni banyak buruk dar yang baik, dan susah juga nak kawal sebenarnya. Tapi nak tak nak, memang kena kawal, supaya anak2 zaman skrg ini tidak akan teruk terpengaruh dgn elemen tidak baik TV.

Pak Bono (kalau abah boleh panggil dgn gelaran ini), masyarakat wajar menghukum, tapi biarlah kena dengan caranya. Abah pun gembira dapat kenal pak bono melalui alam maya ini. Semoga kita akan terus2an berhubungan, insyaAllah.

Malim, dalam dunia hari ni, manusia munafik dimana2 sahaja. Termasuklah orang yang kita jumpa dan bergelak ketawa hari2 itu. Berjaga2lah.

Betul Ar. kata hati yg membawa mati, sebaiknya dielakkan, tapi kata hati yg membawa bahagia, kena ikut juga. Ahaks. Semoga Ar dah sihat dari demam.

Restnrileks said...

hmmm.. sedih betul bila masyarakat buat andaian yang tersendiri.. bila fikir2 balik jadi kes tuu..

mcm apa bezanya.. rakyat malaysia yang hakimi orang tak bersalah tuuu dengan kes Dua'Khalil yang mati kena bunuh oleh kaum2 lelaki dia..

tak dak bezakan...

apa-pun... wahhhh muiz dah pandai speaking london laaa..

komen rizal - "abah..your blog is not boooorrrriiingggg... and it is fun to visit.." hehehe