Thursday, May 22, 2008

Cerita tentang bakat...

Lama tak mengepek, hari ni nak mencurah rasa sikit. Bukan rasa apa pun, tapi rasa penat nak melayan soal kerja. Bukan abah tak ikhlas kerja, abah rasa abah buat sebaik mungkin yg mampu pun, tapi bila orang2 disyarikat ini seolah tak ambil kira tentang beberapa perkara, buat abah naik penat nak mengikut.

Bulan ni saja, abah perlu ke Penang, kemudian ke KK, dan 2 hari lepas, abah ke Batu Pahat dan Kluang. Abah suka pun kerja diluar pejabat ini, walaupun memenatkan kerjanya. Tak kisah la sangat, sebab abah enjoy. Cuma yang jadi tak best, waktu abah memandu balik KL dari Kluang petang semalam, rakan pejabat abah hantar sms, bagitahu abah, kerja yg diberi oleh syarikat, perlu abah siapkan paling lewat pukul 12 malam tadi. Aduhai.

Abah tahu itu kerja, yang memang abah kena buat, tapi depa ni kadang tak pertimbangkan langsung kerja2 lain yang abah buat. Abah buat kerja diluar itupun untuk syarikat, dan kerja2 dipejabat pun untuk syarikat juga. Bukan nak mengada2, tapi kalau la boleh dipertimbangkan kerja2 lain yg terpaksa abah buat, abah sangat berbesar hati.

Dan oleh kerana terpaksa siapkan, lepas maghrib abah siapkan juga kerja. kerja apa? Menanda kertas peperiksaan pelajar. Kalau sebelum ini, abah akan baca dengan teliti jawapan pelajar, tapi malam tadi, abah terpaksa tidak ikut kebiasaan itu. Mana jawapan yg tak tepat, abah kosongkan saja, walaupun ada sipi2. Kalau sebelum ni, abah bagi saja markah jika ada sipi2 jawapannya, tapi malam tadi, hehehe, mintak maaflah pada pelajar2 yang terlibat, abah tak sempat nak tengok jawapan yg sipi2. Dan abah juga tak sempat nak melayan nota2 cinta dari pelajar yang seringkali abah jumpa setiap semester.

Akhirnya, siap juga malam tadi. Dan lepas siap, kebetulan kat TV ada tayang ulangan American Idol. abah layan juga la. Menonton dua David, abah rasa inilah yang dinamakan manusia berbakat. Bukan seperti bakat2 yang Malaysia dok tayangkan hari-hari di Astro itu. Pada abah, yang itu cuma sekadar membuang masa mengejar glamor saja. Bakat nyanyian memang tak ada, kalau adapun, setakat seorang dua. Selebihnya, depa cuma pencari glamor dan mungkin nak dapatkan hadiah yang Astro tawarkan. Tahun depan, harap pihak Astro dapat tukar nama rancangan, jadi Akademi Mengejar Glamor. Baru sesuai dengan pelajar2nya. Ekekeke, amboi, mengutuk AF abah ya! Hahaha, bukan kutuk, tapi itulah realitinya. Astro sibuk cari untung, yang nayanya, manusia2 yang saban hari mengadap kisah2 AF, dan mengundi pelajar2 yg tak sepatutnya masuk tempat tu pun.



Abah menunggu juga bila Akademi Nasyid bakal ke udara. Dan abah berharap, bakat2 dalam AN nasyid akan punya bakat yang betul supaya mampu bukan setakat menghiburkan, tapi juga menyedarkan pendengar dan peminat akan hakikat kehidupan.

Oklah, abah berhenti dulu. Hujung minggu ini mungkin akan penat sedikit, kerana anak perempuan pengasuh Muizz dan Azim akan berkahwin. Kena la tolong sedikit sebanyak.

4 comments:

Restnrileks said...

Malaysia dah jadi mcm masyarakat yang terlalu pentingkan hiburan laa abah. Astro lagi laa.. gembar gemburkan hiburan mcm seolah2 tuuu laa the most in thing yang berlaku sekarang ni..

I ve stopped watch AF. Last masa ke AF2 jer.. Glamour jerr, nyayi masih lagik tak baiki. I think rasanya kita spoilkan mereka..hahaha

I am waiting for akademi rotan..ha haha.. tiap2 minggu kena buat design baru.kekeke

Anonymous said...

Saya tunggu Abah masuk Akademik Nasyid nanti.... mesti sedap suara ya Abah.... kalah suara budak-budak AF hehehehehhe.... Layannnnn Abah Oiii...

Anonymous said...

betul ke Abah nak masuk Akademik Nasyid nie....wah kena tunggu nie...

Abah Mui'zz said...

Jal, abah setuju dgn rizal.

Anonymous dan misliha (kak mis ke ni?), abah mana boleh masuk AN. Sebab abah cuma tahu nyanyi lagu 'Sepohon Kayu' je. Itupun kalau menyanyi, mesti akan ada orang geleng2 kepala. Ekekekeke.