Tuesday, March 04, 2008

Cerita tentang ahli baru...

Setelah sekian lama menyepi dari blog ini, hari ni alhamdulillah, abah diberi sikit kesempatan untuk mengepek sepatah dua kata (sepatah dua ke??). Bukan ada perkara menarik pun, sekadar ingin memaklumkan pada rakan2 blog. Walaupun mungkin ramai yang dah tahu.

Tanggal 22 Februari yang lepas, alhamdulillah, keluarga abah menerima seorang lagi ahli baru. Bukan menantu yek. Tapi ahli baru yang berbinkan abah. Disekian banyak rasa risau dan teruja dalam hati, kurang lebih pukul 6.45 petang, abah dapatlah melihat insan yang kami tunggu2 selama ini muncul didepan mata. Alhamdulillah, segala puji buat Allah. Kedua-dua ummi dan baby sihat waktu itu, walaupun berat baby cuma 2.56 kg saja.

Dan hari ini, hampir 10 hari abah hidup dengan ahli baru itu. Satu perkara saja yang bermain dalam hati abah - gembira. Masakan tidak, dalam kami tidak diberi harapan untuk menimang zuriat lagi oleh para doktor, selepas Mu'izz, Allah Maha Pengasih masih beri kami ruang untuk itu. Ummi pun abah rasa berkongsi perasaan yang sama dengan abah. Cuma ummi tidak sangat dapat tunjukkan keterujaan kerana masih perlu banyak berehat (walaupun hakikatnya abah tak rasa ummi punya rehat yang cukup). Kesian Ummi. Allah saja yang mampu membalas jasa2 Ummi pada abah dan anak2.

Dan abah rasa, anda mesti nak tahu juga kan, apa nama yang kami beri pada gerangan si buah hati terbaru ini? Dan ada kemungkinankah abah tukar nama blog abah ini? Hahaha.

Setelah menimbang2kan beberapa nama selama beberapa hari, akhirnya abah, ummi dan Mu'izz memilih untuk menamakan insan terbaru itu sebagai Ahmad Azim Hafiz.

Dan untuk blog, rasa2nya abah akan kekalkan nama yang sama. Nanti kalau abah panjang umur, dan kalau Azim tanya, pandai2lah abah menerangkan. Ekekeke.

Jutaan terima kasih buat semua rakan-rakan atas doa dan harapan. Atas ucapan tahniah dan lawatan yang sekian banyak kami terima. Terutamanya untuk Bang long dan Muzem - terima kasih banyak2. Allah swt saja yang mampu membalas apa yang telah anda hulurkan pada kami.

Mana gambar Azim? Haha, gambar nanti dulu ya. Abah belum sempat pindahkan gambar dari kamera ke dalam laptop abah ni. InsyaAllah selepas abah balik dari Bangkok nanti, abah akan cuba letakkan diblog ini, sekadar untuk tatapan kawan2 yang ingin melihat.

Terima kasih sekali lagi dari kami sekeluarga untuk anda semua. Jumpa lagi insyaAllah.

6 comments:

akupunyahal said...

tahniah yer abah.. dapat lagi satu reseki... semoga terus dapat rezeki lagi tahun depan.. :)

shafarina said...

tahniah.... kami tunggu gambar azim ye!

Ejalz said...

Tahniah abah, ummi and muizz.. semoga keluarga bertambah gembira dengan kehadiran ahli baru...

Restnrileks said...

tahniaahhhh abah.. dengan kehadiran ahli baru. Moga bertambah rezeki dan bertambah ceria...

Abah Mui'zz said...

Malim, wan, ejalz n rizal, terima kasih banyak2 atas ucapan dan doa untuk abah n famili.

Abah doakan kebahagiaan untuk anda semua juga. Semoga rezeki kita semua akan bertambah murah lepas ni, insyaAllah.

Wan, insyaAllah esok abah upload gambar Azim. :-)

Amie said...

Tahniah dari kami di Yanbu.