Seperti yang abah janjikan, ini abah letakkan gambar buah hati terbaru abah untuk tatapan mereka yang sudi.
Walaupun abah tidak mahir ambil gambar, dan tidak minat sangat pun mengambil gambar, apatah lagi bergambar, namun untuk anak2, ada sikit kekecualian disitu. Ada satu rasa kepuasan bila dapat 'capture' wajah anak2. Bukan setakat itu saja, waktu abah berjauhan [atau berdekatan sekalipun], bila abah belek2 semula gambar2 anak dalam album atau laptop abah ini, akan datang satu rasa aman, rasa tenang, rasa bahagia menyusup masuk ke jiwa.
Untuk Mu'izz dan Azim, selain Ummi, abah sangat berharap agar kalian berdua dapat menjadi teman terulung hidup abah. Walaupun banyak ketikanya abah marah, abah berleter atau abah pukul, tapi tidak sekali-kali abah 'pindah'kan kalian jauh dari hati abah. Bagaimanapun dan apapun yang terjadi, anak2 abah akan tetap dekat dihati abah dan ummi.
Semoga Allah tidak uji kami dengan ujian yang berat bersabit anak2 ini, insyaAllah.
Untuk anak2 abah berdua ini, andai kata satu hari nanti sudah boleh faham erti kasihsayang, maka fahamilah kata-kata dibawah ini, yang abah tujukan khas buat kalian.
Mata berlirikan
Memancarkan keluhuran
Cerah kesederhanaan mu
Seindah kejujuranmu
Detik seia sejiwa
Terungkap setia
Tiada upaya sepi
Maka kudup penantianku
Hadirnya teman sejati
Melangkah kita menjejak mimpi
Bahgia berdiri dengan mu di sisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring
Chorus :
Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak ingin ku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu
8 comments:
alahai, comelnye... ade dah tu muka bakal "pemblog".. ;-). murah rezeki abah ya.
sebijik muka abangnya.. muka abahnya..? emmm... lupa la...hehe..
nanti sampaikan salam berpantang pada ummi.. bila pulak dia kene denggi tu, masa pantang ni ke? dah okay now?
Tahniah ...moga menjadi anak yang soleh..cute betul azim nih...
muzem, harap2 samada Muizz atau Azim, suatu ketika nanti akan dapat berkongsi ilmu yang mereka ada, samada melalui penulisan blog, atau apa saja. Terima kasih atas segala doa dan harapan muzem untuk kami sekeluarga.
ejalz, dah lupa muka abah ke? Aduihhhh, macam mana lah boleh lupa muka jejaka idaman semalaya nih. Ekekekkeke. Gurau je ejalz.
arsaili, terima kasih banyak2. Semoga doa dan harapan arsaili akan dimakbulkan Allah.
dari gambar, nampak betul yang abgnya sayang pada adiknya ya.
Oh ya Am masih belum ucapkan tahniah untuk Abah ya.
"Tahniah untuk Abah"
Am, terima kasih atas ucapan.
Alhamdulillah Am, Muizz setakat ini nampak kasihnya pada Azim. Harap2 perasaan itu akan tetap kekal dalam jiwa dia, insyaAllah.
Harap Am dan famili sihat2 saja.
tahniah-tahniah yerr.. dah ada dua ahli baru. moga2 dimurahkan rezeki. hehehe... wah lepas ni kena laaa beli aiskrim tambah stok.. muiz satu azim satu... hehehe..
salam
ngek'koh mano ??
Post a Comment