Wednesday, February 20, 2008

Cerita tentang teruja, dan risau...

Post pagi ini adalah post khusus untuk "ahli baru" yang akan mengganggotai keluarga abah tidak berapa lama lagi insyaAllah. Dan malam tadi, abah terfikir2 untuk mengubahsuai nama blog abah ini. Bukan apa, takut nanti ada orang jeles pulak bila nama dia tak ada kat blog. Hahaha.

Tak ada cerita banyak pun, sekadar satu makluman pada kawan-kawan abah, dan rakan2 pembaca blog abah, bahawa esok, abah akan mula bercuti selama 2 minggu mungkin. Bercuti kerana hari Jumaat nanti, Ummi akan melalui proses melahirkan zuriat ke2 kami. Selepas 7 tahun, abah faham kalau ummi (dan abah juga) risau, walaupun dalam masa yang sama, teruja. Teruja kerana kami memang tidak pernah sabar [sejak dari tahu yg ummi hamil 8 bulan yg lalu] nak melihat bagaimana rupa sikecil ke-2 ini. Risau ada juga sebab bimbang andai berlaku sebarang komplikasi sewaktu proses bersalin, seperti yg pernah berlaku dulu. Abah sangat berharap moga Allah tidak menguji abah dan ummi kali ini dengan ujian yg tak mampu kami nak tanggung.

Oleh kerana itu juga, abah dengan penuh rendah hati disini memohon doa dan harapan dari anda semua, semoga proses kelahiran itu akan berjalan dengan lancar nanti. Dan semoga kedua-dua Ummi dan baby nya akan sihat sejahtera. Tiada apa yang lebih abah harapkan dari kawan2 selain doa agar segalanya baik untuk kami.

InsyaAllah, abah akan cuba update sebarang berita berkaitan itu (hahaha, dah jadi blog personal dahhh) untuk pengetahuan rakan2 semua. Pada yang terasa hati sebab abah tak bagitahu secara peribadi, abah minta maaf. Bukan tak ingin bagitahu, tapi kesibukan kerja dan urusan keluarga yang buatkan abah lupa untuk beritahu.

Urusan berbloging akan bersambung mungkin agak lewat sedikit nanti. Tapi akan tetap bersambung insyaAllah.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum. InsyaAllah, muzem n nizam doakan smoga Abah akan lebih tenang menunggu kelahiran ke-2 ini.Semoga segala keterujaan dan kerisauan itu dapat diatasi dan segala urusan dipermudahkan oleh-Nya.
-salam dari i4p

Restnrileks said...

Moga-moga semuanya selamat abah. InsyaALLAH. dan selamat bercuti yerr..

arsaili said...

salam abah, tahniah dan semoga dipermudahkan on your new arrival...