Thursday, November 15, 2007

Cerita tentang haji...

Dalam kesibukan (betul ke sibuk?) kerja hari ni, abah nak juga ambil masa mengepek kat blog ni. Aduhhh, susah betul kalau dah ketagih blog ni. Kan Muzem?

Semalam, abah balik Terengganu. Sebab - nak hantar ayah abah ke airport. Ayah akhirnya diberi peluang (setakat hari ini) untuk menunaikan rukun Islam ke5. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Setelah sekian lama abah menunggu ayah dapat kesana, tahun ini, murah pulak rezeki ayah. Ayah ditaja sepenuhnya oleh pihak kerajaan negeri Terengganu untuk menunaikan ibadah haji ini.

Tidak banyak cerita, sekadar nak berkongsi pengalaman abah semalam di lapangan terbang negeri terengganu yang agak klasik itu. Mahunya tak klasik, airport lain dah guna 'electronic display', tapi di airport KT, masih lagi guna papan. Sekali fikir, sedih juga tgk. Tapi bila dua kali fikir, ok apa sesekali dapat jumpa papan pengumuman di airport. InsyaAllah, dah siap airport baru tu, cantiklah agaknya airport di negeri tumpah darah abah itu.

Dan diairport itu jugalah, abah dapat mendengar pengumuman diberikan dalam Bahasa melayu versi orang Ganu. "Tuang Puang para pengiring jemooh haji, diminta untuk tidak berkumpul ditempat orang check-ing". Kurang lebih gitulah bunyinya. Tersenyum jugalah abah. Bukan tersenyum sebab rasa pelik. Tapi tersenyum sebab sudah lama tidak mendengar pengumuman dipembesar suara dalam loghat Ganu. Kali terakhir dengar waktu abah sekolah dulu saja.

Keadaan agak sesak juga. Al-maklum sajalah, seorang jemaah haji yang nak naik kapalterbang, hampir 10-15 kereta sanak saudara datang mengiringi. Sekali pandang, macam "Buat apalah datang ramai2, buat sesak aje." Tapi bila fikir kedalam sikit, "Alhamdulillah, sesungguhnya talian persaudaraan dgn anak beranak atau jiran tetangga masih kekal utuh." Masih ramai saudara mara dan sahabat handai yang meraikan pemergian para jemaah. Sambil2 mendoakan agar selamat mengerjakan haji mabrur, dan selamat pulang kepangkuan keluarga semula.

Ayah juga tidak terkecuali. Dan abah sendiri tidak sangka, sebegitu ramai saudara mara dan kawan2 ayah yang sanggup memandu selama hampir 2 jam untuk ke lapangan terbang, bagi meng'hantar' ayah. Ramai sepupu2 abah yang sudah lama tidak abah ketemu, akhirnya abah jumpa di lapangan terbang itu. Ramai juga pakcik2 dan makcik2 yg abah jumpa. Pendek kata, lebih meriah hari semalam, berbanding hari raya yang kami sambut kebelakangan ini.

Sebagai anak, abah boleh rasakan yang ayah cukup gembira semalam. Gembira kerana pemergian ayah ke Mekah ini mampu kumpulkan ramai saudara mara sahabat handai. Dalam pada itu, abah juga tahu ayah pasti sedih. Sedih kerana akan meninggalkan kami semua untuk paling tidak 45 hari. Tapi tidak mengapalah, kami semua mendoakan supaya ibadah ayah di Mekah kali ini berjalan dgn baik, semoga kesihatan ayah akan baik, dan semoga dipermudahkan segala perkara, insyaAllah. Dan semoga haji yang diperolehi adalah haji yang sesungguhnya ada nilainya disisi Allah SWT.

Oklah dulu takat ni. Ada beberapa insiden menarik lain yg berlaku semalam, tapi tak apalah. Abah simpan dalam memori sajalah yang itu.

Esok abah akan ke Kuala Terengganu lagi sekali. Ada kerja sikit pada hari sabtu dan ahad.

Selamat berhujung minggu pada rakan2 blog. Pada yang ada anak atau adik yg cemerlang UPSR, tahniah dari abah. Kalau tak cemerlang, insyaAllah peluang lain ada lagi - asal saja tidak cepat berputus harap.

5 comments:

pB said...

Salam Abah ...

pB doakan agar Ayah akan sentiasa sihat di Tanah Suci dan moga segala urusan Ayah di sana dipermudahkan Allah.

Semoga Ayah akan menjadi tetamu Allah yang paling ISTIMEWA

tergamam jugak bila pertama kali mendgr suara abah

Anonymous said...

haha..
tahu dakpo.. kalu ktagih main blog sokmo paghoh, bah..susoh nok brubat kekgi..

haha.

p/s: moge ayah abah dpt haji mabrur. amiin.

arsaili said...

salam..moga ayah abah mendapat haji yg mabrur..aminn

Jamal Abd Rahman said...

moga ayah abah selamat pergi dan balik..serta dpt hj mabrur..insyaallah..

abah yg ni bila pulak nak kesana? didoakan sampai jugak kesana satu hr nanti...

Abah Mui'zz said...

PB, tergamam. Ekeke, suara merdu katak abah memang senantiasa akan menggamamkan sipendengar. :-)

Muzem, ada bakat jadi org pantai timur nih. Ekekeke.

Arsaili, insyaAllah. Semoga dimudahkan segalanya.

UncleJ, abah yg ini memang nak pergi juga kesana, insyaAllah, moga dimudahkan juga untuk kesana nanti.