Monday, November 12, 2007

Cerita tentang 6...

Ahad, 11 November 2007, ada orang tertunggu2 abah balik dari kerja. Kebetulan pagi semalam abah bekerja pada sebelah pagi. Sampai saja dirumah, "Abah, mana kek birthday Ahmad?". Abah kata, "La, lupa la nak beli." Ingatkan muka dia berubah, tapi nampak sama je dgn muka sebelum ni. OKlah tu. Abah pun keluar ambik kek dikereta, dan bila masuk rumah, nampak je kotak kek, terus senyum lebar dia. Ohhh, rupa2nya mengharap juga abah beli kek untuk harijadi dia.

Dan agenda seterusnya seperti biasalah, tiup lilin, potong dan makan kek - antara kami bertiga. Paling mengejutkan, dia tak bertanya pun apa hadiah untuk dia. Ummi saja yg tiba2 tanya, "Mana hadiah abang?". Bukan tak nak bagi awal2, tapi bimbang dia tak layan pun kek yg abah beli sebab dapat hadiah. Tapi sebab Ummi dah tanya, maka abah pun keluarkanlah hadiah harijadi yang sekian lama dia dah mintak (sejak 2,3 bulan sebelum ini). Dan tekaan abah betul, dia langsung dah tak hiraukan kek yang sedang dinikmatinya. Abang..abang.


Alhamdulillah, semalam, genaplah 6 tahun masihi Muizz hidup dibumi Allah. Dan genaplah 6 tahun juga hati ummi dan abah dipenuhi kasih sayang, kerinduan, kegembiraan, kesedihan, kerisauan, dan pelbagai ke lagi, hanya sebab seorang manusia kecik bernama Ahmad Mu'izz Hakim ini. Syukur pada Allah, untuk tahun ke6nya, Muizz masih lagi diberikan nikmat kesihatan, untuk dia bergerak cergas seperti anak2 lain. Dan alhamdulillah juga, dia diberi sifat ingin tahu banyak perkara, yang kadangkala sesak nafas juga abah nak menjawabnya. Mahu tak sesak, malam sebelumnya, abah tengok satu VCD yg Ummi beli. Cerita tentang "siapa manusia?". Dalam VCD itu ditunjukkan bagaimana manusia terbentuk. Dan bila cerita tentang itu, sudah tentu percantuman sperma dan telur tidak dapat dipisahkan. Maka bertanyalah si kecik abah itu, "Abah, itu apa tu[merujuk pada sperma]?". Dan abah, terpaksalah berfikir2 jawapan yang sesuai untuk persoalan itu dan persoalan2 yang seterusnya, spt. "Benda[sperma] tu dalam badan kita ke?", "Dia duduk kat mana dalam badan kita?", "Camna dia boleh jumpa dgn telur tu?".

Seperti tahun2 sebelum ini juga, impian dan harapan abah tetap sama untuk anak kesayangan abah seorang ini. Semoga Allah beri kami kekuatan, kesabaran, kasih sayang untuk membentuk anak ini menjadi anak yang kami idam2kan, walaupun abah dan ummi tahu, tidak sesenang itu akan tercapai impian itu. Apapun, andai abang dipanjangkan umur, dan blog abah ini juga panjang 'umur'nya, moga2 abang dapat membaca semula segala apa yang abah repekkan disini, terutamanya yang berkaitan abang. Semoga abang akan dapat sesuatu dari sini.

OKlah, abah nak cerita tu saja untuk hari ni. Ingat nak mengepek tentang tindakan polis menutup jalan2 masuk ke KL pada hari sabtu tu, tapi malas la pulak. Lain kali la, kalau diizinkan, insyaAllah.

p/s: Terima kasih untuk Muzem, San, Na & family - atas ucapan harijadi serta hadiah untuk Muizz. Abah yakin dia sangat menghargainya, cuma dia tak tahu bagaimana nak tunjukkan saja.

5 comments:

akupunyahal said...

wah untungnya muiz abah belikan transformer.... :)abah plak klu birthday siapa belikan hadiah?

Anonymous said...

happy 6th birthday Muiz.

robot ijau lagi .. hehe.

arsaili said...

salam..la dah besar muizz...semoga senantiasa di rahmati Allah dan menjadi anak yg soleh..ameen..best hadiah tuh...ehehe

Anonymous said...

Quote:

"Apapun, andai abang dipanjangkan umur, dan blog abah ini juga panjang 'umur'nya, moga2 abang dapat membaca semula segala apa yang abah repekkan disini, terutamanya yang berkaitan abang. Semoga abang akan dapat sesuatu dari sini."..

p/s: barisan frasa yg sungguh menyentuh perasaan.. ape-apepun, "amiiin".

Abah Mui'zz said...

Malim, Muizz dah lama target nak dapat robot transformer. Kebetulan rezeki dia kali ini. Hadiah abah? Ekeke, Ummi le yg bagi.

Jeff, abah sebenarnya nak cari robot kuning (Bumblebee), tapi reganya, mak aih. Sama dgn kos minyak kereta abah untuk sebulan.

Arsaili, terima kasih atas doa dan ucapan.

Muzem, abah tak tahu nak kata apa.