Thursday, August 27, 2009

Cerita tentang khusyuk...

Salam sahabat, selamat berpuasa untuk hari ke 6nya Ramadhan kali ini. Semoga kita akan tetap dipanjangkan umur, diberi kesihatan tubuh badan, tidak dinyanyukkan untuk kita menamatkan Ramadhan kali ini dan kali2 yg akan datang dengan jayanya insyaAllah.

Abah sekadar nak berkongsi sedikit dengan sahabat2 semua berkenaan apa yang abah dengar dalam beberapa hari berpuasa ni, samada dalam tazkirah di surau atau dalam radio. Dan kisah ngepekan kali ni cuma berpusat pada soal kekhusyukan dalam ibadah solat.

Khusyukkah solat kita selama ini? Pernahkah anda tertanya2 dalam diri sendiri persoalan itu? Abah tak tahu anda, tapi abah pernah. Bukan setakat pernah, tapi selalu sgt. Dan jawapannya abah tahu. Dan anda pun abah rasa tahu jawapannya bila terlintas soalan macam itu, kan?

Cuma yang kita tak tahu, kenapa solat kita tak khusyuk. Kita tahu waktu dalam solat, fikiran kita banyak menerawang ke lain. Fikiran kita tak berada ditempat kita solat, tapi ia pergi jauh menjelajah serata alam, atas apa saja yang kita nak fikir dan ingat. Kerja, orang, peristiwa, perancangan masa depan, dan apa saja. Allah? terfikir juga, tapi banyaknya fikir benda lain la, kan? Hahaha, itu abah, bukan sahabat2. Abah tahu sahabat2 semua khusyuk solatnya dan ibadah2 lainnya.

Dan 2 malam lepas, abah rasa abah dah jumpa apa jawapan kepada persoalan, kenapa aku tak dapat khusyuk dalam solat. Kata ustaz(yg abah dah lupa namanya), ada satu penghalang antara hati kita dan kekhusyukan solat kita, dan penghalang itu, adalah dosa2 kita. Bukan maksudnya untuk dapat solat dengan khusyuk, kita mesti suci dari dosa, mustahil la kan, sebab kita manusia biasa, paling tidak akan ada juga dosa2nya. Cuma kalau kita boleh kurangkan perkara2 dosa dalam diri kita, insyaAllah, hati kita tidak akan sukar sangat untuk tunduk pada Allah dalam solat kita.

Dan yg pernah abah dengar juga, antara sebab lain kenapa hati tidak sepenuhnya fokus pada Allah dalam solat, adalah kerana kita sekadar membaca apa yg perlu dibaca tanpa kita fahami apa yg dibaca. Paling mudah, surah Fatihah. Kita mungkin fasih membacanya, tapi fahamkah kita apa maknanya? Mungkin kita faham, tapi betulkah faham dalam ertikata menghayati maksudnya?

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai (maaliki) hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah (na'budu)dan hanya kepada Engkau kami mohon
pertolongan (nasta'iin).
Tunjukilah (ihdina)kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai (maghdhuubi 'alaihim) dan bukan jalan mereka
yang sesat (dhollin).

Pagi tadi dalam radio, ada ustaz mengulas tentang "Tunjukilah (ihdina)kami jalan yang lurus."

Kata beliau, "Jalan apakah yg lurus itu? Saban waktu kita minta Allah tunjukkan kita jalan yg lurus. Tapi jalan yg macammana dan jalan apa jalan yg lurus?

Allah dah tunjuk, cuma mungkin kita tidak sedar dan mungkin kita tidak nampak. Jalan yg lurus itu adalah jalan yang telah diterangkan dalam Al-Quran. Baca Al-Quran, fahami maksudnya, fahami tafsirnya, insyaAllah kita akan ketahui jalan yg lurus yang sering kita minta pada Allah tunjukkan pada kita itu."

Itu antara apa yg abah dapat dari apa yg dikata. Kalau abah salah quote, maafkan abah.

Sekadar itu dulu hari ini, insyaAllah ada waktu luang, kita jumpa lagi di ngepekan akan datang.

2 comments:

arsaili said...

salam ramadhan buat abah sekeluarga semoga kedatangannya kali ini membawa seribu rahmat

Adliff said...

Salam,
Abah,

benar sekali, perkara utk khusyuk dalam beribadah amatlah payah. terutama apabila jiwa terbeban oleh pelbagai hal.

baguslah abah buat peringatan begini. membacanya menginsafkan diri.
selamat berpuasa abah dan isteri serta muiz.